| bertuah | 1. mempunyai tuah, bernasib baik, berbahagia, beruntung: ia berasa sangat ~ kerana hidupnya mewah; 2. mendatangkan tuah, berhikmat, sakti: ayamnya sangat ~, tiada orang yg berani melawan ayamnya itu; 3. ark ketulahan, terpesona; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| bertuah | 2 mendatangkan untung atau tuah; berhikmat: cincin ~. | Kamus Pelajar |
| bertuah | 1 mempunyai tuah; beruntung: Ia berasa ~ kerana mempunyai anak yg pandai. | Kamus Pelajar |
| mencabut nombor bertuah | mengambil satu nombor drpd kumpulan utk menentukan yg bertuah memenangi sesuatu hadiah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| keris bertuah | keris sakti; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| cabutan bertuah | undian yg dibuat dgn mencabut keratan kertas bernombor secara rambang yg menawarkan hadiah tertentu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| berdaulat | 1. bertuah, berbahagia; 2. mempunyai kuasa (yg tertinggi): raja yg ~; 3. (merdeka dan) berkuasa atau berhak sepenuhnya di atas urusan atau pemerintahan sendiri: negara yg merdeka dan ~; 4. mempunyai kedudukan yg tinggi dan berkuasa, berwibawa: bahasa Melayu dapat menjadi bahasa yg ~ di negeri kita, bukan bahasa Inggeris atau bahasa asing yg lain; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tuah | bertuah | Kamus Pelajar |
| berhikmat | mempunyai hikmat; bertuah: Keris Tamingsari dipercayai ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| naik tangan | beruntung, bertuah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |