| berturutan | 1. tidak berantara antara satu dgn lain, lepas satu-satu, terus-menerus dgn teratur (tidak berselang), tidak berhentinya, beruntun-runtun, bersam-bung-sambung: beliau telah kalah dlm tiga pilihan raya kecil kpd parti lawannya secara ~; 2. terus melakukan sesuatu dgn tiada henti-nya, bertubi-tubi, berulang-ulang: maka meriam pun sudahlah diisi, lalu ditembaknya tiga pucuk ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kronologis | berdasarkan kronologi, berturutan mengikut masa kejadian (peristiwa dll): sebuah buku mengenai sejarah perkembangan seni lukis Malaysia yg disusun secara ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| jerait(catena) | Siri yang berturutan. | Kamus Komputer |
| tindak balas rantai(chain reaction) | Pengerjaan tugas yang berturutan akibat pelaksanaan suruhan atau tugas tertentu. | Kamus Komputer |
| haplografi | (Lin) pelenyapan satu huruf atau satu suku kata serupa yg berturutan dlm tulisan sesuatu perkataan, mis dua huruf s dlm ejaan Inggeris assimilation hanya tinggal satu apabila diserapkan kpd ejaan asimilasi dlm bahasa Melayu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| untaian | 1. sesuatu yg bersambung-sambung spt rantai, karangan, rangkaian; 2. sesuatu yg berturutan (bkn peristiwa dll), rentetan: hidup kita ini adalah ~ perubahan, tidak ada yg diam, tidak ada yg kekal; kenapa ~ katanya tidak begitu kemas dan teratur lagi? | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| epifora | (épifora) (Lin) pengulangan bunyi akhir kata atau struktur ayat dlm rangkap atau ayat yg berturutan utk mencapai kesan stilistik tertentu, mis rima di akhir baris dlm rangkap syair. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| klik dua kali(double-click) | Tindakan menekan butang pada peranti tetikus sebanyak dua kali secara berturutan. | Kamus Komputer |
| tindak balas rantaian | (Kim) sj tindak balas kimia yg berlangsung mengikut mekanisme langkah demi langkah, secara berturutan, dgn setiap langkah menjana bahan reaktif yg menyebabkan langkah seterusnya berlaku; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| rentetan | 1. rangkaian, untaian: ~ kata; rondo ialah satu ~ bunyi yg berulang-ulang dimainkan; ~ peristiwa beberapa peristiwa yg berlaku berturutan (satu demi satu); 2. deretan, runtunan, siri: se~ dgn itu ia melengking sambil berdiri; 3. bunyi senapang dll yg berturut-turut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |