Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata betul kah


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
ya II1. sr kata utk menyatakan benar (setuju), memang benar, betul: ~, saya ada dua orang anak; ~kah engkau ini yg bernama Tuanku Malim Deman?; ~ tak ~ (juga) bp memang benar (betul), benar (betul) juga; 2. sr kata utk menyatakan sanggup (melakukan sesuatu dll), baiklah: ~lah patik membawa Duli Yang Dipertuan lari; 3. kata utk menyahut panggilan orang, saya: ~ pak cik; mengeyakan mengatakan ya, membenarkan, menyungguhkan: lebih baik engkau yakan saja akan kata-katanya; ® ia II.Kamus Dewan Edisi Keempat
salah1 tidak spt yg semestinya; tidak betul; tidak benar: Hitungan kamu itu ~, buat semula. 2 sesuatu yg tidak baik atau yg tidak layak; cela: Apa ~nya kalau kita bertanya kpd guru. 3 perbuatan yg tidak patut atau yg tidak menurut undang-undang: Hukumannya setimpal dgn ~nya. 4 tidak kena pd yg dituju; tidak tepat: Tembakan yg kelimanya, ~ juga. ~ bantal berasa sakit pd leher selepas bangun drpd tidur. ~ bawa tidak pandai mentadbirkan sesuatu hal atau tersilap mengamalkan sesuatu ajaran. ~ cakap berbuat silap ketika bercakap menyebabkan orang lain sakit hati dll. ~ faham tidak mengerti akan hal yg sebenarnya. ~ kain terselak kain sehingga menampakkan kemaluan. ~ kata tidak betul perkataannya. ~ laku perlakuan yg dianggap tidak bermoral atau tidak beretika. ~ langkah kesilapan pd permulaan melakukan sesuatu dan mengakibatkan keburukan (bencana) kpd diri seseorang. ~ mulut terlepas cakap (biasanya mengata-ngatai orang). ~ piantan salah waktu (musim) me­lakukan sesuatu dan hasilnya sia-sia saja. ~ sangka kesilapan membuat te­lahan, mis menuduh seseorang yg bukan-bukan. ~ satu (sebuah, seorang dll) satu (sebuah, seorang dll) drpd beberapa benda dsb. ~ urat tergeliat. bersalah berbuat sesuatu yg salah; ada salahnya: Jika aku ~, aku minta maaf. bersalahan 1 tidak sama (dgn); berbeza drpd; berlainan: Rupa paras gadis itu tidak ~ dgn rupa paras ibunya. 2 tidak sesuai (dgn); bertentangan (dgn): Ke­lakuan mereka itu ~ dgn adat resam orang-orang di sini. bersalah-salahan tidak cocok (dgn); tidak sefahaman; berbantah: Keluarga yg sering ~ tidak akan mengecap kebahagiaan. menyalahi 1 tidak menurut peraturan (hukum dsb); bersalahan dgn: Segala undang-undang dan peraturan yg lain tidak boleh ~ perlembagaan negara. 2 tidak mem­benarkan; mencela; menentang: Siapa­kah yg berani ~ arahannya? 3 berbuat salah (tidak baik) terhadap orang lain: Orang yg suka ~ orang lain akan menerima balasannya juga. menyalahkan 1 me­ngadakan salah; memandang salah: Kami berharap agar saudara tidak akan ~ mana-mana yg betul. 2 menuduh orang lain yg bersalah; menyatakan bersalah: Jika kerja kamu tidak berhasil, jangan ~ sesiapa. 3 menjadikan tidak kena; menangkis tikaman orang dll: Hang Tuah melompat ke kiri ke kanan ~ tikaman Hang Jebat. kesalahan 1 perbuatan yg salah; apa-apa yg salah: ~nya yg besar adalah menerima rasuah drpd tauke itu. 2 keadaan atau hal salah: ~ membuang sampah di merata-rata tempat. pesalah orang yg bersalah.Kamus Pelajar Edisi Kedua

Kembali ke atas