| punat | 1. benih (bisul dll), mata bintil (bengkak dll): macam bisul yg pecah ~nya; 2. ki sumber segala kejahatan; 3. bp tombol (lampu, radio, dll): ia memetik ~ lampu di dinding dan ruangan itu menjadi terang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mata I | 1. alat utk melihat (pd manusia atau binatang), pancaindera utk melihat: ~nya hitam dan besar sedikit dan selalu pula ter-kejip-kejip; ~ hitam bahagian mata yg berwarna (di tengah-tengah); 2. bahagian yg tajam pd alat pemotong (kapak, pisau, dll): pisau itu ~nya tumpul; ~ cangkul; ~ kapak; ~ tenggala (bajak); 3. sesuatu yg menyerupai mata (spt lubang kecil, lubang jala, dll): ~ jarum; 4. sela antara dua senggat (pd kayu pembaris dll), sela antara dua anak tangga: tempat betara itu dihadap orang tinggi, tiga ~ anak tangganya; 5. ki yg di tengah-tengah benar, pusat: ~ bisul; ~ alamat sasaran, tujuan; 6. tunas pd ubi (dahan dll); 7. punca, sumber (air, pencarian, dll); 8. markah yg diperoleh (dlm peperiksaan, pertandingan, dll): pasang-an dr Malaysia telah memenangi set pertama dgn ~ 15–10; 9. sl jenis-jenis (masakan, hidangan, dll); beratus-ratus ~ gulai beratusratus jenis gulai; ~ air a) tempat air terbit dr tanah; b) bp kekasih; ~ anggaran Id bahagian (pos) anggaran belanja; ~ angin arah yg ditunjukkan oleh jarum kompas, arah angin datang (timur, barat, dll); ~ batin perasaan dlm hati, rasa hati; ~ bedil butir-butir pembidik pd laras bedil; ~ belanak pusat pusingan (lingkaran); ~ benda barang(-barang) yg berharga (spt permata dll); ~ bisul lubang bisul; ~ buku buku jari dll; ~ bulan bentuk bulan yg tampak samar-samar; ~ cemperling mata yg merah warnanya; ~ cincin permata (intan, berlian, dll) pd cincin; ~ dabus besi tajam yg digunakan dlm permainan dabus; ~ dacing garis-garis pd dacing (utk menunjukkan berat); ~ dagangan barang-barang dagangan; ~ duitan tamak akan wang; ~ duli buku lali; ~ gaji tangga gaji; ~ gawai ark pembantu; ~ gelap mengamuk kerana marah dll; ~ gergaji a) bahagian yg tajam dan bergerigi pd gergaji; b) Kl orang yg bermuka-muka (dgn dua pihak); ~ gobek (gunting) bahagian yg tajam pd gobek (gunting); ~ hati a) perasaan hati; b) sl wakil peribadi, ganti diri; ~ hitam bahagian biji mata yg hitam; ~ huruf tiap-tiap satu huruf; ~ ikan sj kudis yg bernanah (pd kaki dll); ~ jahitan bahagian yg dijahit; ~ jala (jaring) lubanglubang yg terdapat pd jala (jaring); ~ jalan penunjuk jalan, peninjau; ~ kail kawat yg bengkok dan tajam hujungnya pd kail; ~ kain corak kain; ~ kakap lubang kecil pd bahagian bawah perahu (digunakan utk mengeluarkan air); ~ kaki tulang yg membonggol pd pergelangan kaki (buku lali); ~ kasar mata sahaja (tidak menggunakan teropong dll); ~ kati (tahil) garis pd dacing yg menunjukkan kati (tahil); ~ kayu a) tanda bekas dahan yg telah dipotong pd kayu (berwarna hitam); b) tidak tahu menulis atau membaca (buta huruf); ~ kemung mata yg besar; ~ keranjang suka melihat perempuan; ~ kerek bulatan pd kerek; ~ ketam besi tajam pd ketam kayu; ~ kotak orang yg tidak tahu memilih mana yg baik dan mana yg buruk; ~ kucing a) sj batu permata; b) sj damar yg jernih warnanya; c) Id sj lampu berwarna pd peti radio; ~ kumpuan = ~ majmuk mata yg terdiri drpd beberapa mata yg kecil-kecil (spt mata lalat dll); ~ lembu = ~ sapi = ~ kerbau telur yg digoreng bulat-bulat (tidak dipecahkan bahagian merahnya); ~ lipas a) mata yg tidak berwarna (pd kuda); b) mata yg suram; ~ lolong Kl mata yg tersembul; ~ luka lubang atau liang luka; ~ pajak ark (Palembang) orang yg wajib membayar cukai; ~ panah bahagian hujung anak panah (yg tajam); ~ pedoman jarum pedoman yg menunjukkan mata angin, mata angin dlm pedoman; ~ pelajaran jenis ilmu pengetahuan yg diajarkan (di sekolah, maktab, dll); ~ pena bahagian hujung pena yg digunakan utk menulis; ~ pencarian (peng-hidupan) pekerjaan yg dilakukan utk mendapatkan sara hidup; ~ perdagangan barangbarang dagangan; ~ petai ki mata yg tidak dapat melihat dgn betul; ~ petir pancaran kilat yg diikuti oleh petir; ~ piano bahagian piano yg diketuk-ketuk (utk mengeluarkan bunyi); ~ punai lubang yg bersegi enam (pd anyaman dll); ~ rantai gelang-gelang pd rantai; ~ ringkas mata serangga dsb yg mempunyai satu kanta, mis labah-labah dan kala jengking; ~ sangkur benet, bayonet; ~ surat Id tulisan (huruf) pd surat; ~ susu puting susu; ~ tangga sela antara dua anak tangga; ~ telinga ganti diri sendiri, wakil peribadi; ~ tombak hujung tombak yg tajam; ~ tunas tunas yg baru bercambah; (di) ~ umum (pd) pandangan umum, di khalayak ramai; ~ wang a) wang yg bukan wang kertas, wang drpd logam (duit syiling); b) jenis atau unit wang yg digunakan di sesebuah negeri; ~ wang asing mata wang negara lain selain mata wang negara itu sendiri, mis mata wang asing bagi Malaysia ialah yen, dolar dan rupiah; dgn ~ kepala sendiri sendiri (melihat); ~ memandang apa hendak sakit, bahu memi-kul timpa perasaan = berapa berat ~ meman-dang, berat lagi bahu memikul prb walau bagaimana susah pun seseorang melihat kesusahan yg ditanggung orang lain, tetapi lebih susah orang yg menanggung kesusahan itu; ~ tidur bantal berjaga prb perihal perempuan yg melakukan kejahatan pd waktu suaminya percaya betul padanya; hilang di ~, di hati jangan prb walaupun telah jauh tetapi janganlah melupakan orang yg ditinggalkan; jadi ~ telinga prb orang yg jadi harapan dan yg selalu memberi pertolongan; kerana ~ buta, kerana hati mati prb perihal orang yg menurutkan hawa nafsunya akhirnya mendapat kesusahan; silap ~ pecah kepala prb kalau kurang hemat dlm sesuatu pekerjaan yg berbahaya tentu akan mendapat kesusahan; tentang ~ dgn ~ prb berhadapan satu sama lain; mata-mata 1. polis; 2. Id penyuluh; ~ gelap polis rahsia, penyuluh; ~ khas polis yg mempunyai tugas-tugas tertentu (pd zaman darurat); ~ tentera polis tentera (utk mengawasi tatatertib tentera); memata-matai 1. mengawasi secara diamdiam (gerak-geri seseorang dll), mengamat amati: mereka disuruh mencari rahsia kita, ~ segala sikap dan gerak-geri kita; 2. Br membaiki siratan jala (jaring dll); termata-mata jelas sekali kelihatan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kecut I | 1. kering dan berkedut (bkn kulit tubuh, buah, dll), kisut, lisut (kulit tubuh), kempis (bisul): buah yg ~ dan hampir busuk; bunga yg ~; ia kelihatan masih muda, belum begitu ternampak kedut dan ~nya; 2. berkerut; ~-berut Kl, Tr terlampau kecut (sayur, kulit tubuh, dll); 3. = ~ hati ki takut, gentar, gerun: ia gementar, ~ hatinya bukan main; ~ perut ki (berasa) sangat takut, ngeri, gerun; mengecut menjadi kecut (kisut, lisut), mengedut, mengecil: kain itu ~ setelah dibasuh; mengecutkan 1. menyebabkan kecut (kisut, lisut), mengedutkan, mengerutkan: ubat ini boleh ~ bisul dgn segera; 2. = ~ hati menakutkan, menggentarkan, menggerunkan, mengerikan: di sana kami mendengar berita-berita yg ~; kejadian-kejadian ngeri yg ~ hati; kekecutan perihal kecut; pengecutan perihal atau perbuatan mengecut(kan): ~ otot rambut membuat rambut berdiri lebih tegak; pengecut orang yg tidak berani melakukan atau menghadapi sesuatu situasi (tugas dsb), penakut: yg ~ sudah lama lari; ~-~ yg tak boleh diharap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mata | 1 alat pancaindera pd muka manusia atau binatang yg digunakan utk melihat: ~nya bulat dan hitam. 2 bahagian yg tajam pd sesuatu alat pemotong dsb: ~ pisau ini sumbing. 3 apa-apa yg menyerupai mata 1 atau 2 (bentuknya atau rupanya): ~ bisul; jarum. 4 markah yg diperoleh dlm sesuatu ujian atau pertandingan: Pasukan Selangor dan Pulau Pinang telah mendapat ~ yg sama banyak. ~ air a. tempat air memancut dr tanah; sumber. b. orang yg dikasihi; kekasih. ~ alamat sasaran yg dituju; bulan-bulan; matlamat. ~ angin arah angin datang; arah yg ditunjukkan oleh kompas. ~ cincin batu permata yg ada pd cincin. ~ dacing garis-garis pd batang dacing utk menunjukkan berat sesuatu. ~ duitan orang yg mementingkan wang saja; orang yg tamak akan wang. ~ hati perasaan hati. ~ hitam bahagian biji mata yg berwarna hitam. ~ kail kawat bengkok yg tajam hujungnya utk memancing. ~ kaki buku lali. ~ kasar mata biasa (tidak menggunakan teropong). ~ kayu a. tanda bekas dahan yg telah dipotong pd kayu. b. tidak tahu membaca atau menulis. ~ keranjang sangat suka melihat perempuan (ttg lelaki). ~ lembu (kerbau, sapi) nama masakan telur yg digoreng bulat-bulat. ~ panah bahagian hujung anak panah yg tajam. ~ pelajaran jenis-jenis ilmu pengetahuan yg diajarkan di sekolah-sekolah dll. ~ pencarian pekerjaan yg dilakukan utk memperoleh nafkah. ~ petai mata yg tidak dpt melihat dgn betul. ~ piano bahagian piano yg ditekan-tekan dgn jari utk menghasilkan bunyi. ~ punai lubang pd sesuatu anyaman yg bersegi enam. ~ ringkas mata serangga dsb yg mempunyai satu kanta, mis mata labah-labah dan mata kala jengking. ~ tangga anak tangga. ~ tunas tunas yg baru bercambah. ~ wang jenis wang yg digunakan di sesuatu tempat. mata-mata pegawai kerajaan yg ditugasi menjaga keamanan di dlm negeri; polis. ~ gelap polis yg mencari rahsia. memata-matai mengawasi gerak-geri seseorang dll secara diam-diam; mengamat-amati. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| parut | 1. = pemarut, parutan alat utk mengukur kelapa dll; 2. bekas luka (bisul dll) pd kulit: di dahinya kelihatan satu ~ yg telah tua; 3. bekas ditetak pd pokok (kayu dll): kapak itu mengunggis ~-~ luka di pokok itu; luka itu sembuh ~nya tinggal juga = luka sudah hilang ~ tinggal juga prb walaupun sudah berbaik-baik tetapi dlm hati, pertelingkahan yg lepas itu terasa jua; berparut mempunyai parut: kepala yg ~; memarut mengukur (kelapa dll) dgn parut: kelapa diparut kemudian diperah; parutan 1. parut; 2. sesuatu yg sudah diparut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| matang I | 1. masak (buah-buahan, makanan), sudah tua (bkn daun tembakau): buah ini sudah ~; 2. sudah hampir akan pecah (bkn bisul); 3. ki mempunyai banyak pengalaman, sudah sempurna (fikirannya), menunjukkan kesempurnaan atau kedewasaan pemikiran: hujah yg mantap dan ~ tentang sastera Melayu; sungguhpun ia masih muda, tetapi fikirannya sudah ~; orang yg benar-benar ~ dlm ilmu ini; 4. cukup tempohnya (bkn simpanan tetap dll); mematangkan 1. memasakkan; 2. menjadikan matang (fikiran dsb): Aristotles inilah yg ~ ilmu yg selama ini dianggap mentah; kematangan 1. perihal matang, kemasakan; 2. terlampau masak; 3. ki kesempurnaan fikiran (pengalaman dll): tindak-tanduknya memperlihatkan ~ dlm cara berfikirnya; pematangan proses menjadi matang: ~nya mengambil masa kira-kira enam minggu; pematang (sesuatu bahan dsb) yg mematangkan: bahan ~ dimasukkan bersama supaya buah-buahan itu cepat matang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kepercayaan | 1. keyakinan atau akuan akan benarnya (adanya, berlakunya, dll) sesuatu, iman, iktikad: ada ~ yg mengatakan telur, ikan, dan daging menyebabkan bisul; kerajaan berusaha hendak menyatupadukan penduduk-penduduk negeri yg terdiri drpd berbagai-bagai kaum, keturunan, ~, fahaman, dsb; ~ kuno kepercayaan kpd yg kuno (kolot); 2. sesuatu yg dipercayai (diyakini, diterima sbg benar, dll); sudah jadi ~ yg turun-temurun sudah jadi sesuatu yg dipercayai turun-temurun; 3. keyakinan atau rasa pasti akan kejujuran (kebaikan dll) orang; ~ dan kejujuran orang terhadap aku harus aku pelihara sungguh-sungguh; kerana sudah beberapa kali diperdaya ~nya terhadap lelaki sudah tidak ada lagi; ~ akan (kpd) diri sendiri kepercayaan (keyakinan) pd kebolehan diri sendiri; mosi ~ Id usul (dlm parlimen dll) utk menegaskan keyakinan pd kebijaksanaan (kecekapan) pemerintah; surat ~ surat tauliah (surat mengesahkan pemiliknya benar-benar memegang jawatan dll yg dinyatakan); 4. boleh dipercayai, amanah (jujur dll): ini juga disuruhkan, tetapi biar orang ~ supaya jangan pecah rahsia ini; 5. orang yg dipercayai (diamanahkan sesuatu): perkara itu diserahkan kpd ~nya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tumbuh I | 1. hidup dan menjadi bertambah besar atau sempurna (benih, pokok, rambut, dll): anak kelapa sudah mulai ~; janggutnya ~ panjang; 2. menjadi besar (tubuh badan dll), sedang naik: perempuan muda yg sedang ~; 3. terbit, terjadi, timbul (perkara): jika ~ satu-satu hal, aku tidak tahu, aku tidak mahu bertanggungjawab lagi; ~ di tanah yg gembur prb anak gadis yg kaya ibunya; di mana ~ di situ disiang prb jika telah terjadi sesuatu perkara atau perselisihan barulah diperiksa (diselesaikan); kerambil ~ di matanya prb a) perempuan muda yg elok rupa parasnya dan kaya pula; b) pembesar negeri yg cerdik lagi berada; tak ~ tak melata prb orang mengatakan tentang sesuatu perkara itu tentulah ada sebabnya; bertumbuh hidup, tumbuh: pokok labu air itu ~ menjalar ke sana ke mari; menumbuhi tumbuh (hidup) di: orang yg darahnya kotor selalu ditumbuhi jerawat; menumbuhkan 1. menjadikan tumbuh, menjadikan berkecambah: baja ini gunanya utk ~ benih semaian itu dgn cepat; 2. menjaga atau memelihara supaya tumbuh (hidup, berkembang, dll) dgn sempurna, memperbesar, memperkembang: tidaklah lebih menguntungkan bagi Filipina utk pindah kpd bahasa Melayu-Indonesia drpd ~ bahasa Filipina itu; 3. mendatangkan (menimbulkan, menerbitkan) sesuatu perasaan (perselisihan dll): pertentangan mata antara gadis dgn pemuda itu akhirnya ~ kasih sayang yg tiada taranya; tumbuhan 1. sesuatu yg tumbuh (berkecambah, hidup, dll); 2. = tumbuh-tumbuhan segala yg hidup dan berbatang (berakar, berdahan, berdaun, dll), pokok: paku-pakis mempunyai beberapa sifat yg sama dgn tumbuh-tumbuhan berbunga; 3. Jk sj bisul dlm daging; ~ dwimusim (Bio) tumbuhan yg menamatkan kitar hidupnya dlm dua musim, spt kubis dan lobak merah; ~ saka (Bio) tumbuhan yg hidup lebih drpd dua tahun (biasanya berbatang keras, berbunga serta berbuah pd setiap musim), mis pokok jati; ~ semusim (Bio) tumbuhan yg menyempurnakan keseluruhan kitar hidup-nya dlm satu musim tanaman (satu tahun), mis padi, jagung; ketumbuhan 1. ditumbuhi oleh: halaman rumah yg dahulunya dijagai dan ditanami bunga, sekarang ~ lalang; 2. penyakit kulit (yg mudah berjangkit), cacar; jenis-jenisnya: ~ bungkus, ~ jagung, ~ jintan, ~ ketumbar, dll; 3. (Ubat) tisu yg membesar atau membengkak secara tidak normal, mis tumor; 4. = tumbuhan Jk sj bisul dlm daging; pertumbuhan perihal tumbuh, perkem-bangan: pokok yg tidak cukup baja dan air akan terbantut ~nya; penumbuhan perihal menumbuhkan: jaminan itu tidak akan bererti kalau usaha ~ bahasa itu sendiri tidak berjalan dgn sewajarnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| percaya | 1. = ~ akan (kpd) mengakui (menerima, yakin) akan benarnya (adanya dll) sesuatu: ~lah kata-kataku, aku tidak bercakap bohong; orang Islam wajib ~ kpd Allah dan Rasul-Rasul serta pengajaran mereka; 2. = ~ akan (kpd) yakin atau berasa pasti (akan kebaikan, kejujuran, dll orang), pasti dapat berbuat sesuatu (akan terhasilnya sesuatu): aku ~ kpd kau, aku tahu bahawa kau jujur; ia ~ cita-citanya akan tercapai; undi tidak ~ undi (dlm mesyuarat, parlimen, dll) utk menyatakan tidak yakin akan kebolehan atau kejujuran dll seseorang (sesebuah parti) yg berkuasa; ~ angin lalu percaya kpd kata-kata atau khabar yg belum pasti benar atau tidaknya; mempercayai 1. mengakui atau yakin akan benarnya (adanya, berlakunya, dll) sesuatu, menerima sbg benar kata-kata dll orang: ia tidak ~ segala kata dan keterangan perempuan itu; senapang tersebut dipercayai telah dicuri drpd seorang pengawal kampung; 2. menganggap atau berasa pasti bahawa seseorang jujur (baik, amanah, dapat diharap, dll): datuk penghulu itu seorang yg dipercayai dan dihormati oleh orang kampungnya; percaya-mempercayai saling mempercayai: perasaan tidak ~ antara satu sama lain; mempercayakan menyerahkan atau meninggalkan dgn sepenuh keyakinan (supaya dijaga dll), mengamanatkan: tanah dan rumah yg baru dibelinya itu dipercayakan kpd orang yg menyewa rumahnya; kepercayaan 1. keyakinan atau akuan akan benarnya (adanya, berlakunya, dll) sesuatu, iman, iktikad: ada ~ yg mengatakan telur, ikan, dan daging menyebabkan bisul; kerajaan berusaha hendak menyatupadukan penduduk-penduduk negeri yg terdiri drpd berbagai-bagai kaum, keturunan, ~, fahaman, dsb; ~ kuno kepercayaan kpd yg kuno (kolot); 2. sesuatu yg dipercayai (diyakini, diterima sbg benar, dll); sudah jadi ~ yg turun-temurun sudah jadi sesuatu yg dipercayai turun-temurun; 3. keyakinan atau rasa pasti akan kejujuran (kebaikan dll) orang; ~ dan kejujuran orang terhadap aku harus aku pelihara sungguh-sungguh; kerana sudah beberapa kali diperdaya ~nya terhadap lelaki sudah tidak ada lagi; ~ akan (kpd) diri sendiri kepercayaan (keyakinan) pd kebolehan diri sendiri; mosi ~ Id usul (dlm parlimen dll) utk menegaskan keyakinan pd kebijaksanaan (kecekapan) pemerintah; surat ~ surat tauliah (surat mengesahkan pemiliknya benar-benar memegang jawatan dll yg dinyatakan); 4. boleh dipercayai, amanah (jujur dll): ini juga disuruhkan, tetapi biar orang ~ supaya jangan pecah rahsia ini; 5. orang yg dipercayai (diamanahkan sesuatu): perkara itu diserahkan kpd ~nya; berkepercayaan mempunyai kepercayaan; ketidakpercayaan perihal (atau keadaan) tidak percaya: telah timbul ~ terhadap gaya kehidupan wanita cara lama di kalangan wanita yg berkenaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |