| blok berurutan(consecutive block) | Blok ingatan yang berada sebelah-menyebelah dengan blok ingatan lain tanpa sebarang sela di antaranya. | Kamus Komputer |
| struktur blok(block structure) | Struktur atur cara yang terdiri daripada blok data atau blok subrutin bagi memudahkan pengarangan atur cara dan pengujian dilakukan. | Kamus Komputer |
| sela blok(block gap) | Ruang atau jarak di antara dua blok data atau blok suruhan yang diwujudkan sebagai batasan dalam bahantara simpanan. | Kamus Komputer |
| blok analisis(analysis block) | Blok dalam ingatan komputer yang menempatkan atur cara pengujian analisis atau data hasil analisis. Selepas analisis tamat, blok ini akan dilonggokkan ke pencetak untuk dicetak. | Kamus Komputer |
| blok boleh ubah(variable block) | Blok yang tidak tetap saiznya. Saiz blok ini boleh ditentukan oleh pengatur cara. | Kamus Komputer |
| alihan blok(block move) | 1. Tindakan memindahkan blok data dari satu bahagian fail ke bahagian, atau ke fail, lain. 2. Tindakan memindahkan satu blok teks dari satu bahagian dokumen ke bahagian lain dalam pemprosesan perkataan. | Kamus Komputer |
| perantaian data(data chaining) | Penyusunan format dan kandungan sekumpulan blok data suatu rekod supaya setiap blok data mengandungi alamat blok data selanjutnya mengikut jujukan susunan fail tertentu. | Kamus Komputer |
| sistem kawan(buddy system) | Kaedah pelaksanaan sistem pengurusan ingatan dengan membahagi-bahagikan ingatan ke dalam blok yang bersaiz ganda dua genap. Ingatan ini sentiasa diperuntukkan dalam bentuk blok bersaiz ganda dua, sama ada dengan memecah-mecahkan blok ingatan besar yang bebas atau mengggabungkan blok kecil berdampingan yang bebas. | Kamus Komputer |
| peruntukan(allocation) | 1. Penentuan tempat simpanan blok data kepada blok ingatan tertentu. 2. Proses menempah kawasan ingatan untuk penggunaan suruhan tertentu. | Kamus Komputer |
| cetak blok | kaedah mencetak yg menggunakan blok kayu atau logam yg diukir dgn berbagaibagai corak dsb utk dicap pd kertas, kain dsb; | Kamus Dewan Edisi Keempat |