menyuap | 1 menggerakkan tangan ke mulut utk memasukkan makanan dsb: Dia ~ anak bongsunya makan. 2 memberi rasuah; menyogok. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
suap | 1 banyaknya nasi dll yg dijemput atau yg diambil dgn sudu dsb dan dimasukkan ke dlm mulut ketika makan: Ketika makan, jangan terlalu besar ~mu. 2 = wang ~ wang yg diterima drpd seseorang kerana membenarkan orang itu melakukan sesuatu yg salah di sisi undang-undang; wang rasuah. bersuap makan dgn bantuan orang lain (orang lain yg memasukkan makanan ke mulutnya): Kerana terlalu uzur, makannya pun terpaksa ~. bersuap-suapan saling memberi makan dgn tangan, sudu dsb; bertukar-tukar suap (spt dlm istiadat bersanding). menyuap 1 menggerakkan tangan ke mulut utk memasukkan makanan dsb: Dia ~ anak bongsunya makan. 2 memberi rasuah; menyogok. menyuapi menyuap berkali-kali. menyuapkan memasukkan sesuatu (makanan dsb) ke dlm mulut: Dia ~ nasi lembik ke mulut anaknya. suapan 1 apa-apa yg disuapkan. 2 wang suap. penyuapan perbuatan, hal dsb menyuap, menyuapi atau menyuapkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |