| budu | pekasam yg dibuat drpd ikan yg halus. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| budu | sj pekasam ikan; kalau kubuka tempayan ~, baru tahu prb kalau kubuka rahsiamu tentu akan malu dll. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| budu | pekasam yg dibuat drpd ikan yg halus. | Kamus Pelajar |
| tempayan budu | a) tempayan utk membuat budu; b) ki rahsia busuk seseorang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tempayan | sj bejana yg dibuat drpd tanah liat utk menyimpan air dll: isikan air itu ke dlm ~; ~ budu = ~ peda a) tempayan utk membuat budu; b) ki rahsia busuk seseorang; ~ gumbang = ~ tapak gajah tempayan besar yg mulutnya sempit; ~ taban tempayan besar utk menyimpan air minuman; ~ telur buaya tempayan yg besar perutnya (spt buyung); kalau kubuka ~ budu baru tahu prb kalau kupecahkan rahsiamu sudah tentu kamu mendapat malu; mulut ~ bagaimana menjahitnya prb tidak dapat dilarang seseorang drpd mengatai kita (jika kita berbuat kejahatan); spt ~ tertiarap di atas air prb perihal orang yg bebal dan tidak mahu menurut nasihat yg diberikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tempayan peda | a) tempayan utk membuat budu; b) ki rahsia busuk seseorang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tetungap | Kd sj pekasam (drpd ikan kecil), budu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |