| omong | 1. bp bahasa, bicara: ~ Jawa; ~ Melayu; 2. cakap, kecek: banyak ~; ~ kosong (melompong) cakap angin; 3. berkata, bercakap: suka ~ kotor; lagak Padang, ~ Betawi prb cakap tinggi tetapi tidak berisi; omong-omong, beromong-omong bercakap-cakap, berkata-kata; mengomong bercakap, berkata; mengomongkan memperkatakan, mengatakan; omongan bicara, cakap, kecek: ia ngeri mendengar ~ itu; jadi ~ orang jadi buah mulut orang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sambut | ; bersambut 1. ada balasan (jawaban dll): pertanyaan tadi tidak ~; 2. disertai (oleh): bunyi tapak sepatu berdentum-dentum dihentakkan kuat-kuat pd anak tangga ~ dgn cakap-cakap kasar dan bangga; 3. membeli sesuatu dgn membayar kemudian; dagangan ~ yg dijualnya ki mengatakan sesuatu dgn hanya menurut kata orang lain; bersambutan 1. berpadanan, sesuai (dgn): rambutnya ikal terlalu panjang ~ dgn leher-nya jinjang; 2. = bersambut-sambutan, sambut-menyambut berbalas-balasan, ber-sahut-sahutan: maka berbunyilah nobat nafiri, ~ pula dgn bunyi-bunyian sekalian; bunyi jeritnya tersangat kuat, bergaung bersambut-sambutan bunyinya; menyambut 1. menerima (menangkap dll) dgn tangan: maka surat itu disambut oleh bentara, dan dipersembahkannya kpd Sultan Pahang; saya menghulurkan tangan kepadanya dan disambutnya; 2. menerima (perkhabaran, cadangan, dll), memberi (me-nunjukkan) reaksi kpd: ibu ~ berita itu dgn menghamburkan air mata; ini dilakukan sbg ~ cadangan Angkatan Sasterawan 50; 3. = menyambuti sl menerima kedatangan orang, mengalu-alukan (tetamu dll), me-nyongsong: maka pergilah segala bentara dan biduanda ~ orang dua belas itu; 4. menjawab (percakapan dll), menyampuk: Wan Derus ~ cakap isterinya; 5. menjawab (cabaran, tentangan, dll), melawan (serangan, kecaman, dll): ia ~ cabaran itu; 6. meneruskan (giliran), melanjutkan (kerja yg berganti-ganti): dua orang polis khas datang dgn senapang bercekah ~ giliran mereka bertugas malam itu; 7. membeli dgn membayar beransur-ansur: dia dapat ~ dulu barang di kedai Malabari itu; ~ baik menerima baik, berkenan, ber-setuju: jurubicara konsulat Filipina di Kuala Lumpur hari ini ~ baik langkah Malaysia itu; sambut-menyambut 1. berbalas-balasan (perbualan, nyanyian, dll): mereka berpantun ~; 2. berturut-turut, berganti-ganti, sambung-menyambung; sambutan 1. penerimaan (ketibaan tetamu dll), cara-cara meraikan atau menyambut sesuatu (hari raya, tetamu, dll): bagaimana nanti ~ yg akan diterimanya kalau ia pergi ke sana? 2. perhatian (pandangan, anggapan, dll) terhadap sesuatu hal, reaksi: buku karangannya telah mendapat ~ yg baik drpd masyarakat; 3. jawaban terhadap cabaran (tentangan dll), balasan, perlawanan: cabaran itu mendapat ~ drpd orang-orang muda; 4. barang yg dibeli dgn bayarannya ditangguh-kan, barang yg diamanahkan utk dijual; ~ baik penerimaan baik, perkenanan, per-setujuan; ~ permaidani merah sambutan istimewa yg diberikan kpd tetamu kenamaan atau orang yg terkenal, biasanya ketibaannya disambut dgn hamparan permaidani merah; penyambutan perihal menyambut: sebuah senyum telah diberikannya sbg salam ~; penyambut 1. orang yg menyambut (tetamu dll), penerima: ~ tetamu; 2. kayu yg dipasang utk menyangga gelegar (pd rumah); 3. angka pembahagi yg besar (dlm kira-kira pecahan); 4. pelengkap (dlm sesuatu ayat). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kecek I | (kécék) 1. Mn, Kl cakap, celoteh, borak: seorang yg cetek ilmu pengetahuannya lebih omong atau ~nya; ~ anak-anak celoteh anak-anak (budak-budak); banyak ~ banyak cakap, banyak mulut, (cerewet); beralih ~ beralih percakapan (kpd hal yg lain); habis ~ habis cakap (sudah selesai); 2. Kl, Tr tipu, kecoh; ~ anak Melaka prb gayanya spt orang yg berada padahal serba kekurangan (cakap tinggi tetapi tidak berisi); ~ bagai bunyi merendang kacang prb percakapan yg tidak keruan; ~ bagai ketiak ular prb percakapan yg tidak berkeputusan (berpanjang-panjangan); ~ berlauk-lauk, makan dgn sambal lada prb, Mn selalu menyombongkan kepandaiannya (kekayaannya dll) padahal bodoh (miskin dll); berkecek-kecek bercakap-cakap, berceloteh, berbual-bual, berborak; mengecek 1. bercakap-cakap, berbual-bual, berborak-borak; 2. memujuk utk meminta (menyuruh berbuat) sesuatu: ibu bapanya hari-hari mendongeng, ~ dan memujuk dia supaya berkahwin; 3. menipu atau memperdaya (dgn kata-kata); sudah dikecek dikecong pula prb dua kali tertipu (terpedaya); mengecekkan 1. mempercakapkan, memperkatakan (hal orang lain); 2. memegahkan (kepandaiannya, kekayaannya dll); pengecek 1. orang yg suka mempercakapkan hal orang lain; 2. (orang yg) pandai memujuk atau meminta-minta sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| debu | 1. tanah kering atau bahan lain dlm bentuk serbuk halus yg menutupi bumi, permukaan benda, atau yg berterbangan ditiup angin: ~ di tepi jalan itu berterbangan apabila kereta lalu; 2. sl patik, hamba; ~ tuanku hamba tuanku; berdebu ada debu, dipenuhi debu, berhabuk, terdapat (diliputi dsb) debu yg berterbangan: jalan-jalan yg ~; mendebu menjadi spt debu (menjadi halus); cakap ~ cakap (pertuturan) yg keluarnya bertalu-talu; mendebukan menjadikan atau menyemburkan dlm bentuk debu: oleh yg demikian, pendebu alat utk mendebukan (racun kulat dll).telah diciptakan alat yg boleh menyemburkan atau ~ racun kulat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| cakap II | 1. Id sanggup, boleh, mampu, dapat (membuat sesuatu), dapat dan pandai melakukan sesuatu, cekap; 2. elok, cantik, rupawan; 3. Mn tangkas, lekas, pantas, cekap; bercakap sl sanggup, berani (mengerjakan sesuatu): maka Sultan Mansur Shah pun memberi titah menyuruh menaiki Hang Kasturi, seorang pun tiada ~; mempercakap, mempercakapkan Id menjadikan cakap (mahir, dapat, mampu) utk melakukan sesuatu, mempercekap; kecakapan 1. kesanggupan, kemampuan, kecekapan; 2. Id kemahiran, kepandaian (melakukan sesuatu); 3. Mn kepantasan membuat (mengerjakan) sesuatu, ketangkasan, kepantasan, kecekapan; ®cekap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sapa | 1. tegur: “Duduklah nona,” ~nya lembut; 2. ramah: raja itu murah sekali serta dgn tegur ~nya kpd rakyatnya; bersapa keteguran (oleh hantu dll); bersapaan, bersapa-sapaan saling bertegur (bercakap-cakap), tegur-menegur; menyapa mengajak bercakap-cakap, menegur: seorang pun tidak ~ atau mengendah-kan dia; sapa-menyapa saling menyapa atau bertegur sapa, bersapa-sapaan: banyak teman mulai ~; mereka sudah lama tidak ~; tersapa 1. ark ditegur, diajak bercakap-cakap; 2. disapa, keteguran (oleh hantu, orang halus, dll); sapaan teguran, ajakan utk bercakap-cakap: tiba-tiba terdengar ~ di dapur rumah; ~ salam ucapan salam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| menyapa | mengajak bercakap-cakap, menegur: seorang pun tidak ~ atau mengendah-kan dia; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| dengar | ; panggil tak ~ ki jauh (sekali); corong ~ Id corong alat mendengar; salah ~ salah menangkap (percakapan, kata-kata yg dituturkan, dll); dengar-dengar menurut khabar yg diterima, menurut yg diketahui: ~nya Idah selalu bergaduh di sana; ~ angin menurut khabar angin; engar-dengaran 1. mempedulikan, mengendahkan, mendengar (menerima, menurut, percaya, dsb): jangan tuanku ~ akan sembah orang yg tiada sebenarnya; 2. perasaan seolah-olah mendengar (sesuatu), perasaan spt terdengar-dengar: cuma ~ saya sahaja agaknya; berdengar Mn didengar(kan), dipedulikan, diturut(kan); mendengar 1. menangkap (bunyi, suara) dgn telinga: pd mulanya dia tidak ~ orang mengetuk pintu; 2. mendapat (khabar, berita, dll), mendapat tahu: setelah ia ~ khabar Raja Iskandar datang, maka Raja Kida Hindi pun menghimpunkan segala rakyat dan raja-raja; 3. memberikan perhatian kpd kata-kata dsb seseorang (utk mengikutnya, mempertimbangkannya, dsb), mempedulikan, mengikut (kata, suruhan, dll): kerana si isteri ~ hasutan orang, kedamaian rumah tangga tidak terdapat di rumahnya; ~, mengingat (menimbangkan) memutuskan Id (digunakan berkaitan dgn) proses membuat sesuatu keputusan (resolusi); dengar cakap enggang, makan buah beluluk, dengar cakap orang, terjun masuk lubuk prb hendaklah berfikir dahulu sebelum membuat sesuatu pekerjaan, jangan mendengar cakap orang; didengar ada, dipakai tidak prb tidak mengikut nasihat; mendengarkan, mendengari 1. mendengar akan (sesuatu): fikiran Khatijah semakin terang apabila ~ suara takbir memuji Tuhan; kemudian Datuk Ujang menceritakan kisah yg pernah didengarinya drpd seorang komunis yg ditawan; 2. mengendahkan, mempedulikan, mengikutkan (nasihat, bujukan, dll): jangan kamu dengarkan sangat cakap orang; memperdengarkan 1. melakukan sesuatu (spt memainkan alat muzik, menyanyikan lagu, dsb) supaya didengar oleh orang lain, menyiarkan (lagu dsb) melalui radio: Hamzah sering diundang utk ~ gesekan biolanya dlm majlis yg besar-besar; 2. menyiarkan (mengemukakan dsb) supaya diketahui umum atau orang lain: keluhan para isteri tentang kelakuan suami yg keterlaluan banyak sekali diperdengarkan menerusi majalah; terdengar 1. (sudah) didengar: apabila ~ oleh Pak Pandir bunyi itu, ia pun lari lintang-pukang; 2. dapat (boleh) didengar: sebelum dia masuk, ~ olehnya bunyi orang mencuci baju; 3. ki sanggup (tahan) didengar: tenarlah bunyi sumpah seranahnya akan Pak Pandir, hingga tiada ~ oleh anjing dan kucing; 4. didengar, diketahui: berita itu sudah ~ merata-rata; terdengar-dengar seolah-olah (masih) mendengar, seolah-olah belum luput dr telinga; kedengaran 1. (dapat) didengar, terdengar: dr jauh ~ bunyi loceng sayup-sayup dibawa angin; 2. diperoleh berita, diketahui: setelah ~lah ke benua Siam, maka paduka Bubunnya pun menyuruh ke Melaka hendak minta surat sembah; pendengaran 1. pancaindera utk mendengar, alat mendengar (seluruh bahagian telinga): kalau ~ rosak, tentu tidak boleh mendengar lagi; 2. perihal mendengar(kan), apa yg dapat didengar: Kak Bedah mengangkat kepalanya utk menjelaskan ~nya; pendengar 1. alat (perkakas, benda) utk mendengar(kan); 2. orang yg mendengar (bunyi, percakapan, dsb): ~ radio; 3. = pendengaran pancaindera utk mendengar; 4. Id mahasiswa tidak berdaftar tetapi mengikuti (mendengar sahaja) kuliah-kuliah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| enggang I | sj burung dlm famili Bucerotidae (yg ada cula di atas paruhnya yg besar), burung jawa; ~ belantara sj burung, Rhyticeros plicatus; ~ belukar = ~ buluh sj burung, Anorrhinus galeritus;~ bulu = ~ jambul putih sj burung, Berenicornis comatus; ~ papan sj burung, Buceros bicornis; ~ lilin = ~ kenyalang sj burung, Buceros rhinoceros; ~ apa kpd ~, orang apa kpd orang prb susah senang kita, kita yg merasakannya, susah senang orang tinggallah pd orang (masingmasing menjaga sendiri); ~ lalu atal jatuh, anak raja mati ditimpanya prb menerima akibat (kemalangan) kerana kebetulan berada di tempat dll kejadian itu; burung pipit sama ~, (mana boleh sama terbang) prb perhubungan atau perjodohan yg tidak sama padan, manakan boleh selamat; makanan ~ hendak dimakan oleh pipit prb hendak melakukan sesuatu yg bukan padan dgn taraf (kesanggupan dll); (men)dengar(kan) cakap ~ prb mendengarkan cakap orang atau musuh binasa sudahnya; pipit meminang anak ~ prb orang yg miskin (kecil-kecil dll) meminang anak orang kaya (besar-besar dll) tentu tidak munasabah; selama ~ mengeram prb lama benar; yg ~ sama ~ juga, yg pipit sama pipit juga prb berkaum (berkahwin dll) elok dgn yg sama pangkat (kedudukan, taraf, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| memutuskan | 1. menjadikan putus, mengeratkan: aneh sekali perkara yg sekecil itu rupanya yg ~ perhubungan persaudaraan antara dua beradik itu; perhatikan gerakan jarum kompas apabila arus itu dijalankan atau diputuskan; 2. menyelesaikan (sesuatu yg sedang berjalan), menangguhkan, membatalkan, memansuhkan (perjanjian dll): fikiran orang itu diputuskan oleh bang sembahyang Isyak; mereka bersetuju tidak akan ~ perjanjian tanpa berunding lebih dulu; tiba-tiba dia ~ ceritanya yg baru hendak dimulai; 3. mengambil ketetapan, menentukan, menetapkan: kuasa tertinggi sekali bagi membuat undang-undang dan ~ dasar-dasar pemerintahan negara ialah parlimen; kalau tidak jua dapat diputuskan barulah dibawa kpd orang tua-tua atau guru; 4. menjatuhkan hukuman, menghukum: sesiapa pun tidak boleh membuat komen tentang kes yg masih belum diputuskan oleh mahkamah; ~ cakap menyela cakap orang; ~ fikiran (hati, niat) menetapkan fikiran (hati, niat); ~ nyawa (umur) a) membunuh, mematikan; b) mati; | Kamus Dewan Edisi Keempat |