| sandiwara | 1. pertunjukan cerita yg dilakon-kan oleh orang, pementasan cerita, setambul, tonil: mereka bersetuju utk mengadakan ~ pd Hari Ibu Bapa nanti; bintang ~; 2. sesuatu kejadian yg tidak sungguh-sungguh (utk mengabui mata sahaja dll); bersandiwara 1. bermain sandiwara: dia pandai ~, lakonannya memberi kesan pd penonton; 2. berbuat sesuatu dgn tidak sungguh-sungguh (utk mengabui mata dll): ia selalu memancing-mancing dulu reaksi, selalu ~ dulu, selalu berputar-putar dulu, berbohong dulu; menyandiwarakan 1. melakonkan sandiwara, mementaskan: cerita itu pernah disandi-warakan di radio; 2. mengarang cerita sandiwara drpd cerita biasa; 3. ki memainkan, mempermainkan; persandiwaraan bidang, hal, dll yg berkaitan dgn sandiwara: zaman sebelum perang ada-lah dianggap sbg zaman pembaharuan atau pengenalan pengaruh Barat dlm ~ Indonesia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| dalang | 1. tukang cerita (dlm wayang kulit), orang yg memainkan wayang kulit (dgn menggerak-gerakkan patung yg menjadi watak cerita sambil bercerita): ~ itu pun berwayanglah lakon Pendawa Jaya; 2. ki orang yg memimpin (mengatur langkah dsb) sesuatu gerakan secara sulit atau dgn sembunyi-sembunyi: siapakah ~nya di belakang gerakan ini?; ~ politik orang yg merancang, mengatur, memimpin dsb sesuatu kegiatan politik secara sulit atau sembunyi: terlalu banyak ~ politik yg bermain di sebalik tabir politik parti; mendalang memainkan wayang kulit: pd perayaan hari kemerdekaan, negeri Kelantan telah mengirimkan beberapa orang utk ~; mendalangi memimpin (mengatur langkah dsb) sesuatu gerakan secara sulit atau dgn sembunyi-sembunyi: orang yg ~ pemberontakan itu sedang dicari-cari; mendalangkan 1. bermain (mempertunjukkan) wayang kulit; 2. = mendalangi; pendalangan perihal mendalang (cerita atau pengetahuan dalang). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| simpan | 1. sl singkat (cerita, kisah, dll), ringkas; mengambil ~ meringkaskan (cerita dll), menyingkatkan; 2. cadangan; hutan ~ hutan yg dipelihara sbg cadangan; tayar ~ tayar cadangan; bersimpan sl berkemas-kemas, bersiap sedia: maka saudagar pun ~lah hendak membawa saudaranya; pandai makan tak pandai ~ prb orang yg tidak pandai menaruh rahsia; menyimpan 1. menaruh di tempat yg selamat (supaya tidak rosak, tidak hilang, dll): barang itu disimpan dlm stor; 2. menghimpun (wang), menabung: seorang biasanya ~ sebanyak 15 peratus drpd pendapatannya; 3. = menyimpani mengemas-ngemas supaya teratur atau tersusun (pinggan mangkuk dll); 4. tidak membuang, membiarkan, mengekalkan: beliau telah menyingkirkan beberapa orang tokoh antikomunis dan ~ serta menambah lagi bilangan tokoh-tokoh yg prokomunis dlm kabinetnya; dia lebih suka ~ rambut panjang; 5. memendam (perasaan), menyembunyikan atau tidak melahirkan (perasaan): Mahmud juga ada ~ hati terhadap Ramlah; 6. memegang (rahsia) dgn teguh, merahsiakan; 7. menaruh (memakai, menggunakan) secara rahsia atau sulit: ia ada ~ seorang gundik; 8. memiliki dan memakai (ilmu pengetahuan biasanya ilmu batin), mempunyai; 9. mengandungi, memuat: ubat itu ~ pelbagai khasiat; 10. membuat peringatan atau catatan, merekodkan: ~ kira-kira; menyimpankan 1. menyimpan utk; 2. menyuruh simpan kpd; tersimpan 1. (sudah) disimpan, terkandung: kekayaan yg ~ dlm perbendaharaan bahasa; 2. sl terserah (terpulang) kpd: kami sekalian pun tiada akan dapat kami mengubat, ~ pelihara tuan kita; simpanan 1. sesuatu yg disimpan (wang, barang makanan, dll): wang ~ wang yg disimpan; 2. sesuatu yg disimpan dan digunakan apabila diperlukan (pemain, tentera, dll), cadangan; tentera ~ tentera (bukan tentera biasa) yg dipanggil utk berkhidmat apabila diperlukan; 3. = tempat ~ = persimpanan tempat menyimpan; penyimpanan 1. perihal menyimpan; 2. tempat menyimpan (mengumpulkan); penyimpan orang dll yg menyimpan: akar ~ makanan dinamakan akar cepuk; ~ kira-kira orang yg memegang kira-kira (perniagaan dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| entah | 1. = entahkan tidak tahu: siapa dia? E~; macam mana perkara ini mahu di-selesaikan? E~lah; entahkan beberapa zaman lamanya cerita dibawa air yg hilir, angin yg lalu dan burung yg terbang; 2. kalau-kalau, barangkali, boleh jadi: ~ benar, ~ tidak, tak tahulah!; jikalau Paduka Tuan mau melanggar pd malam Jumaat tatkala Sang Setia melanggar, ~ kesukaran gerang Melaka; 3. sama ada ... atau ...: ~ setuju, ~ tidak, kita buat juga; entah-entah 1. kalau-kalau, barangkali, boleh jadi, jangan-jangan: ~ dia sudah tidak ada lagi di situ; 2. = berentah; 3. ark keturunan yg kelima atau keenam; 4. ark kiraan atau hitungan nilai wang yg terkecil sekali; berentah mengatakan entah (apabila bercakap atau menjawab pertanyaan); entah-berentah Mn anu (tidak diketahui dgn tepat, hanya khayalan semata); negeri ~ sl negeri anu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sangat | 1. terlalu, terlampau: bilangan murid yg mendapat sijil pertama ~lah sedikit; 2. hebat, kuat, menjadi teruk: susahnya amat ~; penyakitnya bertambah ~; 3. benar-benar (sungguh-sungguh, sememangnya, dll): mereka mahu ~ mendengar cerita itu; apalah ~ apa pentingnya (mustahaknya dll); sangat-sangat 1. terlalu (terlampau dll) sangat, amat sangat: cermin itu suatu benda yg ~ ajaib; elektromagnet adalah ~ berguna; 2. sungguh-sungguh benar: burung dan binatang mamalia ~ mengambil berat akan keselamatan anak mereka; bersangatan amat (terlalu) sangat: seluruh anggotanya telah letih lesu oleh ~ penat; menyangat menjadi lebih hebat (kuat, teruk, dll): dr sehari ke sehari semakin ~ sahaja sakitnya itu; menyangatkan menjadikan hebat (kuat, teruk, dll); mempersangat menjadikan bertambah sangat, menjadikan lebih (hebat, kuat, teruk, dll); tersangat terlalu sangat, teramat sangat: penyakit ini ~ mudah berjangkit; kesangatan 1. perihal sangat, keterlaluan; 2. teramat sangat: segala orang Melaka tidak boleh berdiri di pantai, drpd ~ bedil Peringgi itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| hibur | ; menghibur menyenangkan atau menggirangkan hati: cerita sedih atau tragedi juga ~ dgn caranya sendiri; berhibur, berhibur-hibur berbuat sesuatu utk menghiburkan (menyenangkan) hati: kurangnya kemahuan utk mengikis sikap suka ~; menghiburkan menyenangkan, menggirangkan, melipurkan: yg boleh ~ hatinya ialah kekanda dan adindanya sahaja; muzik ~ hati, lebih-lebih lagi setelah penat memeras otak; terhibur menjadi senang (girang, gembira) hati, terlipur hatinya: setelah Sira Panji bertemu dgn saudaranya, maka ~lah sedikit hatinya; hiburan sesuatu (perbuatan, benda, dll) utk menghiburkan (menyenangkan, menenteramkan) hati: mudah-mudahan cerita ini dapat menjadi ~ kpd sekalian pembaca; taman ~ tempat menghiburkan hati; penghiburan hal menghibur(kan); penghibur 1. sesuatu yg boleh menghiburkan hati, pelipur; 2. orang (spt penyanyi, pelawak, dsb) yg kerjanya menghiburkan orang ramai, pelipur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tidak | digunakan utk menyatakan bukan (menafikan, menolak, menghalang, dsb), tiada, tak: rumah saya ~ jauh dr sini; cerita itu ~ benar; ~ alang tidak (bukan) sedikit, banyak; ~ apa a) = ~ apa-apa tidak ada sesuatu; b) tidak mengapa; ~ boleh (dapat) ~ pasti, sudah tentu, mesti, tidak boleh diingkari (diabaikan dll); ~ lain dan ~ bukan (ialah, hanyalah) a) tidak lain drpd ...; b) hanya; ~ (tak) main bp tidak pakai, tidak mengamalkan sesuatu; ~ sekali-kali sedikit pun tidak; ~ urung tidak dapat tiada, tidak boleh tidak; baik ~nya baik atau tidak baiknya, baik buruknya; dapat ~nya dapat atau tidak dapatnya; jangan ~ a) tidak boleh tidak, harus; b) tidak dgn sungguh-sungguh; tidak-tidak (yg) bukan-bukan, (yg) ganjil-ganjil (mustahil, tidak dapat diterima akal, dll): terbitlah berbagai-bagai perkataan yg ~, yg boleh membingungkan dan menyusahkan hati; setidaknya, setidak-tidaknya 1. sekurang-kurangnya: kalau tidak dapat memberi berapa yg diminta, setidak-tidaknya berilah berapa yg boleh; 2. barang sedikit (mesti...); 3. bagaimanapun (mesti...); bertidak mengatakan tidak, menafikan: anaknya meratap dan ~ akan tuduhan-tuduhan itu; menidakkan, mempertidak, mempertidak-kan menjadikan (menganggap, mengatakan, dll) tidak ada, meniadakan: kpd mereka ~ atau melanggar adat resam ini akan menjadi kesalahan besar; dipertidaknya laki-laki kita oleh Betara Majapahit maka kita dikirim subang; ketidak...an perihal tidak...; ketidakadilan perihal tidak adil; ketidakpastian perihal tidak pasti; ketidaksungguhan perihal tidak sungguh-sungguh; ketidakupayaan perihal tidak berupaya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| larat I | 1. dibawa arus, pergi jauh-jauh, hanyut: ada untung digantung sauh, kalau tidak ~lah kami; sauhnya ~ sauhnya hanyut (tidak dapat berkuat); 2. dlm berbagai-bagai erti bermaksud bertambah sangat (berdukacita, mengembara, dll): makin lama makin ~, makin dilupakan makin teringat; hati hiba membawa ~; ~ fikiran a) terlalu amat sedih; b) tersesar (fikiran); ~ hati sedih hati, lara; berlarat, berlarat-larat, melarat 1. bertambah jauh (hanyut, pergi, dll), berpanjang-panjang, berkait-kait (perbualan, cerita, dll), berlarut-larut, menjadi-jadi, merebak: mereka bercakap berlarat-larat dr perkara tembakau sampai ke perkara politik; saya harap peperangan ini tidak melarat, mudah-mudahan lekas padam dan berhenti; 2. tidak menentu (kedudukan dll), tidak terjaga: hidup mereka sangat melarat, pengangguran menjadi-jadi; melarat panjang selalu dlm kesusahan; memperlarat menjadikan lebih panjang (lama, rumit, dll); kemelaratan perihal (keadaan) melarat: ~ hidup; salah satu kecaman Allah ialah manusia yg tidak membantu ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| biar | 1. agar, supaya: berilah aku wang, ~ aku beli baju itu; 2. lebih baik (drpd): ~ mati drpd menanggung malu; 3. = ~lah tidak mengapa, tidak jadi apa, tidak ada halangan: ~ mati anak, jangan mati adat; ~ mati (dll) ~ hidup (dll) baik mati (dll) mahupun hidup (dll): ~ besar, ~ kecil asal ada; ~ begitu walau begitu; biarnya biarpun; biarpun meskipun; membiarkan 1. mengabaikan, tidak mempedulikan: air matanya yg mengalir itu dibiarkannya saja; 2. merelakan, mengizinkan, tidak melarang: dia tidak ~ dirinya diperlakukan begitu; terbiar 1. terabai, terbengkalai, terlantar: sungguh kasihan, adinda, akan bapa yg menderita dan anak yg ~; 2. ditinggalkan (didiamkan) begitu saja, tidak terganggu: suasana itu ~ begitu saja; keterbiaran keadaan terbiar: sekiranya berlaku kebuntuan atau ~; kebiaran terbiar: pd zaman penjajahan, kesusasteraan Melayu tidak dihargai, penghasilan sastera, dlm hal ini cerita pendek, adalah sesuai dgn keadaan ~ itu; lima enam helai kertas yg ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| betul | 1. benar, tidak salah: barangkali ~ kata engkau itu; 2. tepat, langsung: buah itu jatuh ~ di atas kepala saya; pukul satu ~; 3. sungguh, sangat: dia sudah gila ~; ~lah budak ini; 4. sejati, tulen: dua lagi orang Melayu ~ menjadi broker; bongkok baru ~, (buta baru celik) prb angkuh atau sombong kerana beroleh kekayaan atau pangkat; sebetulnya sebenarnya, sesungguhnya, nyata: itu ~ begitu;betul-betul 1. benar-benar, sungguh-sungguh: demokrasi ~ diamalkan di sini; 2. sudah sempurna, cukup, benar-benar: biarkan air itu mendidih dan ~ masak; gaulkan ramuan itu sehingga ~ sebati; 3. tepat benar: dia berdiri ~ di hadapan saya; 4. dgn baik dan sempurna, elok-elok: sikat rambutmu ~ supaya kelihatan kemas;berbetul ark 1. membaiki, merapikan (pakaian, sanggul, dll): Tun Tuah pun tersangkut pd tirai paseban itu, lalu ~; 2. sesuai, cocok: beta hendak pertaruhkan diri beta yg dagang ini kpd anak raja itu, tetapi jikalau sudah ~ pd fikiran nenek;berbetulan bertepatan (dgn), selaras (dgn), sesuai (dgn): letakkan mata gergaji itu ~ dgn tebal kayu yg hendak dibelah;membetuli 1. menujui, mengarahkan, mengenai sasaran: Panji Semirang pun segeralah mengambil anak panahnya, dikenakan pd ibunya, lalu dibetuli dan dilepaskan; 2. membaiki: sambil bangun ia ~ kain sarungnya;membetulkan 1. membaiki (kerosakan, kesalahan, dll): ia ~ duduknya; ~ ejaan yg salah; ~ jam tangannya; 2. membenarkan, menganggap betul: pembunuh itu ~ segala tuduhan;kebetulan 1. dgn tidak sengaja, dgn tidak disangka-sangka: cerita ini berdasarkan pengembaraan dan peristiwa-peristiwa ~; 2. keadaan (kejadian) yg terjadi secara tidak diduga: ini satu ~ saja; 3. tepat atau kena benar (dgn tidak sengaja), pd ketika yg sama (dgn): saya ~ ada di sana ketika ia mengucapkan kata-kata itu;berkebetulan bersamaan masanya (halnya dll): Louis Braille ~ buta sewaktu ia berumur tiga tahun;pembetulan perihal (perbuatan, kerja, dsb) membetulkan: ~ kesalahan itu boleh dibuat nanti. | Kamus Dewan Edisi Keempat |