| pencetak rantai(chain printer) | Pencetak jenis hentaman yang menggunakan rantai berputar yang mempunyai set aksara cetakan tertera padanya. Aksara akan tercetak apabila penukul cetakan menghentam rupa huruf aksara berkenaan pada rantai lalu kena pada riben yang mengalas kertas. | Kamus Komputer |
| tindak balas rantai(chain reaction) | Pengerjaan tugas yang berturutan akibat pelaksanaan suruhan atau tugas tertentu. | Kamus Komputer |
| rantai perduaan(binary chain) | Rangkaian litar flip-flop yang disambung secara lata. Keadaan flip-flop yang terdahulu akan mempengaruhi keadaan flip-flop yang selepasnya. | Kamus Komputer |
| rantai pembilangan(counting chain) | Rangkaian pembilangan yang dilakukan secara berturut-turut dengan menggabungkan beberapa pembilang secara bersiri. | Kamus Komputer |
| rantai daisi(daisy chain) | Rangkaian yang disilangkan dan disambungkan untuk membentuk gelung yang menyerupai kalung bunga. | Kamus Komputer |
| rantaian peristiwa(event chain) | Kejadian atau keadaan yang berlaku selepas suatu peristiwa awal yang tertentu wujud. | Kamus Komputer |