| aksara(character) | Lambang unik yang digunakan dalam sistem tulisan sesuatu bahasa untuk menyampaikan maklumat. | Kamus Komputer |
| subset aksara(character subset) | Set kecil aksara yang merupakan sebahagian daripada set utama aksara yang lebih besar. | Kamus Komputer |
| set aksara(character set) | Satu kumpulan aksara yang ditetapkan boleh wujud bagi suatu sistem. | Kamus Komputer |
| sesakan aksara(character crowding) | Kaedah mengecilkan ruang di antara aksara yang disimpan dalam pita magnet untuk memampatkan ruang simpanan data atau memendekkan masa pita dimainkan. | Kamus Komputer |
| saiz aksara(character size) | 1. Jumlah bit yang digunakan untuk mewakili suatu aksara dalam simpanan ingatan. 2. Matra tinggi dan lebar bongkah aksara pada paparan tabir pengawas video dalam unit unsur gambar. | Kamus Komputer |
| rentetan aksara(character string) | Jujukan atau kumpulan aksara yang disusun dalam satu baris panjang. | Kamus Komputer |
| pic aksara(character pitch) | Ketumpatan aksara pada talian tercetak yang biasanya dinyatakan dalam unit aksara per inci. | Kamus Komputer |
| peta aksara(character map) | 1. Jadual yang mengandungi kod aksara yang terdapat dalam sistem. 2. Petak pada paparan yang setiap satunya mengandungi huruf, nombor, atau simbol khas. | Kamus Komputer |
| penyemakan aksara(character checking) | Proses menyemak setiap aksara. | Kamus Komputer |
| penjarakan aksara(character spacing) | 1. Penjarakan di antara satu aksara dengan aksara lain. 2. Penjarakan di antara data yang diluangkan sebanyak satu aksara. | Kamus Komputer |