Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata chip


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
cip(chip)Peranti elektronik yang memegang litar-litar halus bagi satu atau pelbagai fungsi yang diseratkan ke dalam wafer nipis separuh pengalir dan dibungkus dalam bungkusan penyambungan. Cip ini digunakan sebagai blok asas untuk membina litar yang lebih kompleks.Kamus Komputer
pilih cip(chip select)Satu atau lebih pin atau talian pada cip litar bersepadu yang apabila digunakan dengan menaikkan atau menurunkan aras logik talian akan memilih cip berkenaan daripada cip lain di dalam litar yang sama.Kamus Komputer
pembawa cip(chip carrier)Palam cip yang boleh disumbatkan ke dalam papan litar. Pembawa cip ini memegang cip litar bersepadu dan melindunginya daripada kerosakan semasa penggunaan atau pemasangan. Pembawa cip ini juga memudahkan penggantian cip yang rosak, kerana cip tidak dipateri terus.Kamus Komputer
keluarga cip(chip family)Kumpulan cip litar bersepadu yang berkaitan bagi jenama tertentu.Kamus Komputer
aras cip(chip level)Tahap kerosakan, reka bentuk, pembinaan atau perbincangan yang tertumpu pada peringkat cip litar bersepadu sistem.Kamus Komputer
cip mikropemproses(microprocessor chip)Bungkusan cip litar bersepadu yang mengandungi litar unit mikropemproses. Cip ini, apabila digabungkan dengan cip litar bersepadu dan peralatan persisian dalam suatu papan litar, akan membentuk mikrokomputer atau pengawal sistem.Kamus Komputer
cip ingatan(memory chip)Peranti cip litar bersepadu separuh pengalir yang direka bentuk untuk memegang bit ingatan.Kamus Komputer
komputer satu cip(one chip computer)Komputer yang pelaksanaan sistemnya dilakukan dengan satu cip litar bersepadu mikroelektronik. Sistem begini biasanya digunakan dalam sistem kawalan atau peranti khusus.Kamus Komputer

Kembali ke atas