| kawalan(control) | Tindakan atau kuasa yang ada pada sistem atau pihak tertentu untuk melaksanakan sesuatu rancangan. | Kamus Komputer |
| unit kawalan(control unit) | Bahagian unit pemprosesan pusat yang mengarah kendalian setiap langkah pemprosesan. | Kamus Komputer |
| medan kawalan(control field) | Kedudukan dalam bingkisan, suruhan, atau rekod. | Kamus Komputer |
| logik kawalan(control logic) | 1. Susunan proses untuk dilakukan oleh komputer. 2. Cara pemasangan litar logik pengawalan. | Kamus Komputer |
| litar kawalan(control circuit) | Litar bagi unit yang mengawal proses. | Kamus Komputer |
| kitar kawalan(control cycle) | Kitar dalam penggunaan mesin kad tebuk. Dalam kitar ini penyuapan kad dihentikan untuk menukarkan kawalan. | Kamus Komputer |
| kenyataan kawalan(control statement) | Kenyataan yang mengandungi maklumat bagi menentukan cara atau arah aliran pelaksanaan atur cara atau arahan pengawalan bagi CPU. Kenyataan ini boleh diberikan oleh pengguna secara langsung atau dimasukkan ke dalam atur cara. | Kamus Komputer |
| kekunci kawalan(control key) | Kekunci yang digunakan untuk mengawal kursor, menukarkan ragam terminal, menghidupkan alat perhubungan, atau melaksanakan tugas khas tertentu. | Kamus Komputer |
| kata kawalan(control word) | Kata di hadapan atau di belakang suatu rekod, fail, atau blok data yang mengandungi maklumat terhadap sifat rekod, fail, atau blok tersebut. | Kamus Komputer |
| jujukan kawalan(control sequence) | Urutan pemilihan satu per satu suruhan dalam atur cara untuk dikerjakan oleh komputer. | Kamus Komputer |