| teras cecawan(cup core) | Bentuk peranti ingatan teras yang digunakan untuk meningkatkan kelajuan pencapaian data dalam ingatan teras. | Kamus Komputer |
| ingatan teras magnet(magnetic core memory) | Sistem ingatan komputer yang menggunakan teras logam kecil feromagnet yang disimpai dalam bingkai bagi melambangkan bit komputer. Setiap teras boleh dimagnetkan kepada logik 1 atau logik 0. Sistem ini mula digunakan oleh Jay Forrester pada 1950 dalam sistem komputer Whirlwind 1, dan tidak digunakan lagi dengan adanya ingatan jenis mikroelektronik. | Kamus Komputer |