Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dah nak

Puisi
 

Selayak burung di rimba,
     Padi emping tiga tangkai;
Ikutkan layak badan dah tua,
     Nak mati bertindih bangkai.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

415

Don't make a mountain out of a molehill

Membesar-besarkan sesuatu perkara atau masalah yang sebenarnya kecil atau remeh sahaja. (Peribahasa ini lazimnya dinyatakan kepada seseorang yang terlalu risau mengenai masalah kecil tetapi dianggapnya terlalu serius).

Laksana katak, sedikit hujan banyak bermain.

''I should not have lent you my motoycycle. Now, look what you have done! Mum will surely berate me forever. It must costly to repair it,'' the little brother complained. ''Come on, it's only a small scratch. Don't make a mountain out of a molehill. You dented my car the other day, and I did not even complaint!'' the big brother said.

''Menyesal aku beri kau pinjam motorsikal aku itu. Sekarang, tengok apa dah jadi! Mak tentu akan menghamun aku tak habis-habis. Tentu mahal nak membaikinya,'' rungut si adik. ''Alaihai, calar sedikit sahaja. Kalau ini laksana katak, sedikit hujan banyak bermain. Kau kemikkan kereta aku hari itu, aku tidak merungut sikit pun!'' kata si abang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
merenguh1. berdengkur; 2. Kd berbunyi spt bunyi lembu, mengeboh; 3. Kd, bp menangis (agak kuat): budak ini asyik ~ sahaja, bagi makan tak hendak; dah besar gajah pun nak ~ lagi.Kamus Dewan Edisi Keempat
renguh; merenguh 1. berdengkur; 2. Kd berbunyi spt bunyi lembu, mengeboh; 3. Kd, bp menangis (agak kuat): budak ini asyik ~ sahaja, bagi makan tak hendak; dah besar gajah pun nak ~ lagi.Kamus Dewan Edisi Keempat
menggatalberkelakuan suka usik-mengusik antara lelaki dgn perempuan dgn tujuan utk menggoda, memikat, dsb: dah tua begini pun masih nak ~ lagi; lelaki ini makin tua makin ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
gatal1. (be)rasa tidak enak pd kulit hingga menimbulkan keinginan utk menggaru (disebabkan oleh gigitan semut, nyamuk, dsb atau kudis, luka, dsb): jariku ~ benar, barangkali akan mendapat wang; 2. menyebabkan rasa gatal (kerana terkena ulat bulu dll); daun ~ jelatang; sakit ~ menderita penyakit kudis; semut ~ semut yg menimbulkan rasa gatal; 3. suka bergaul secara bebas dgn bernafsu (lelaki, perempuan), galak; 4. = gatal-gatal tidak dapat menahan keinginan utk membuat sesuatu, suka sekali hendak membuat sesuatu: kakiku sudah ~ hendak berjoget; ~ mulut suka menceritakan keburukan orang; ~ tangan sangat ingin hendak mengerjakan yg tidak-tidak; diturutkan, ~ tiba ke tulang prb sesiapa yg menurutkan nafsu akhirnya akan menyesal juga; kini ~ besok digaruk prb pertolongan yg terlambat; lain ~ lain digaruk prb lain yg disoal, lain yg dijawab; siapa ~ dialah menggaru prb siapa yg berkehendak, berusahalah sendiri; menggatal berkelakuan suka usik-mengusik antara lelaki dgn perempuan dgn tujuan utk menggoda, memikat, dsb: dah tua begini pun masih nak ~ lagi; lelaki ini makin tua makin ~;menggatalkan menjadikan gatal: getahnya kalau kena akan ~ badan; kegatalan perihal gatal, rasa gatal.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas