| dapat tidaknya | dapat atau tidak dapatnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| memangku | 1. meletakkan sesuatu di atas riba (dan memegang atau memeluknya), meriba: aku tidak dapat ~nya lagi di atas lututku; 2. membawa sesuatu di atas lengan yg dibengkokkan (seakan-akan mendakapnya): enam belas jawatan ~ perkakas kerajaan dan memegang dian; bininya dipangku dan dibawa keluar dr semak itu; 3. ark memeluk atau menganut (agama, ideologi, dll); 4. mengelolakan atau menyelenggarakan (kerajaan, negara, dll): ~ negeri; 5. mewakili (sbg wali), memegang jawatan sementara bagi menggantikan pegawai dll yg tetap: Raja Abdul Jalil dirajakan spt wasiat Sultan Muzaffar Shah itu, dipangku oleh Bendahara; kerana Mahahakim itu bercuti atau sakit, maka tempatnya boleh dipangku oleh seorang Hakim Besar; 6. memegang sesuatu jawatan (pangkat), memikul tanggungjawab: siapakah yg ~ jawatan pengarah syarikat itu pd masa ini?; jangan ~ ayam jantan, baik ~ ayam betina prb kalau pergi ke negeri orang janganlah menghabiskan harta tetapi hendaklah mencari keuntungan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| belalai I | hidung yg panjang pd gajah dll: ~ tenuk; ~ kupu-kupu; ~ gajah; mati gajah tiada dapat ~nya, mati harimau tiada dapat belangnya prb orang dagang itu tiada sama haknya dgn anak negeri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tidak | digunakan utk menyatakan bukan (menafikan, menolak, menghalang, dsb), tiada, tak: rumah saya ~ jauh dr sini; cerita itu ~ benar; ~ alang tidak (bukan) sedikit, banyak; ~ apa a) = ~ apa-apa tidak ada sesuatu; b) tidak mengapa; ~ boleh (dapat) ~ pasti, sudah tentu, mesti, tidak boleh diingkari (diabaikan dll); ~ lain dan ~ bukan (ialah, hanyalah) a) tidak lain drpd ...; b) hanya; ~ (tak) main bp tidak pakai, tidak mengamalkan sesuatu; ~ sekali-kali sedikit pun tidak; ~ urung tidak dapat tiada, tidak boleh tidak; baik ~nya baik atau tidak baiknya, baik buruknya; dapat ~nya dapat atau tidak dapatnya; jangan ~ a) tidak boleh tidak, harus; b) tidak dgn sungguh-sungguh; tidak-tidak (yg) bukan-bukan, (yg) ganjil-ganjil (mustahil, tidak dapat diterima akal, dll): terbitlah berbagai-bagai perkataan yg ~, yg boleh membingungkan dan menyusahkan hati; setidaknya, setidak-tidaknya 1. sekurang-kurangnya: kalau tidak dapat memberi berapa yg diminta, setidak-tidaknya berilah berapa yg boleh; 2. barang sedikit (mesti...); 3. bagaimanapun (mesti...); bertidak mengatakan tidak, menafikan: anaknya meratap dan ~ akan tuduhan-tuduhan itu; menidakkan, mempertidak, mempertidak-kan menjadikan (menganggap, mengatakan, dll) tidak ada, meniadakan: kpd mereka ~ atau melanggar adat resam ini akan menjadi kesalahan besar; dipertidaknya laki-laki kita oleh Betara Majapahit maka kita dikirim subang; ketidak...an perihal tidak...; ketidakadilan perihal tidak adil; ketidakpastian perihal tidak pasti; ketidaksungguhan perihal tidak sungguh-sungguh; ketidakupayaan perihal tidak berupaya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| hendaknya | sebaiknya, seharusnya, semoga, sepatutnya, seyogianya: semua kanak-kanak ~nya dapat memasuki sekolah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kelihaian | perihal lihai, kepintaran: ~nya dapat dibuktikan melalui peranannya di kampung itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| telap I | 1. dapat menembusi (bkn senjata spt keris dll), makan, mempan: keris itu tidak ~ pd tubuhnya; 2. dapat dicederakan, dapat dilukai, lut; tiada ~ oleh senjata kebal; 3. dapat ditembusi (air), dapat diresapi: tanahnya tanah liat yg tidak ~ air; menelap makan pd (senjata), mempan pd, melukai, mencederakan, mengena. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| jawapan | 1. jawab, balas(an): sebahagian drpd ~nya dapat kamu teka; 2. sesuatu yg dituliskan sbg penyelesaian atau keputusan terhadap sesuatu soalan atau masalah (terutamanya dlm ujian bertulis): sila berikan ~ yg tepat kpd soalan-soalan yg berikut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| konco | rakan (sahabat, teman), kakitangan, pembantu: dia dan ~nya dapat mempengaruhi orang-orang kampung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| jawaban | , jawapan 1. jawab, balas(an): sebahagian drpd ~nya dapat kamu teka; 2. sesuatu yg dituliskan sbg penyelesaian atau keputusan terhadap sesuatu soalan atau masalah (terutamanya dlm ujian bertulis): sila berikan ~ yg tepat kpd soalan-soalan yg berikut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |