| dengan nama Allah | atas nama Allah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| simpan sebagai(save as) | Tindakan menyimpan fail yang sedang digunakan dengan nama dan sifat fail tertentu yang lain daripada nama asalnya. | Kamus Komputer |
| log masuk(log in, log on) | Tindakan menjalinkan perhubungan rasmi dengan sistem komputer dengan mendaftarkan nama dalam log sistem komputer sebelum dibenarkan menggunakan sistem. | Kamus Komputer |
| pencantuman mel(mail-merging) | Proses menggabungkan fail yang mengandungi surat borang dengan fail data untuk pencetakan. Proses ini akan menyisip secara automatik medan data dalam surat borang dengan data seperti nama dan alamat daripada fail data sebelum surat dicetak. | Kamus Komputer |
| demi | 1. sebaik sahaja (didengar, dilihat, dll), pd ketika: dia jatuh pengsan ~ didengarnya berita kemalangan yg menimpa anaknya; 2. dengan, atas (nama Tuhan dll, diucapkan sewaktu bersumpah, berikrar, dsb): ~ Allah, saya berkata benar; 3. kerana, untuk: ~ kepentingan dan kebajikan rakyat, maka berbagai-bagai rancangan pembangunan yg besar dijalankan; 4. yg satu (seorang) mengikuti yg lain, lepas (satu atau seorang diikuti pula oleh yg lainnya); dilihat dan ditiliknya gambar itu, satu ~ satu; berdemi; ~ Allah bersumpah dgn (atas) nama Allah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| nama atur cara(program name) | Perkataan atau label yang diberikan kepada atur cara untuk membolehkan atur cara tersebut dipanggil oleh atur cara lain atau sebagai tajuk kepada atur cara tersebut. Nama atur cara ini biasanya ditulis di baris pertama atur cara dan nama ini mempunyai kaitan dengan tugas yang dilakukan oleh atur cara tersebut. | Kamus Komputer |
| kad bebas(wild card) | Kemudahan yang membenarkan pengguna menyatakan rentetan atau nama yang ingin digunakan dengan menggunakan simbol khas atau menaip sebahagian daripada rentetan sahaja. | Kamus Komputer |
| Ada | Bahasa pengaturcaraan aras tinggi yang mirip bahasa Pascal tetapi mempunyai ciri bermodul, dengan ketahanan dan penyelenggaraan yang lebih tinggi. Bahasa ini dicipta oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat pada penghujung dekad 1970-an dan diberi nama Ada mengambil sempena nama Ada Agusta Lovelace, orang yang dianggap oleh kebanyakan penyelidik komputer sebagai pengatur cara pertama. | Kamus Komputer |
| al-Muntaqim | Ar Yang Membalas Dengan Seksa (satu drpd 99 nama Allah). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| masa pengikatan(binding time) | Tahap ketika penyusun menggantikan nama simbolik atau alamat dalam atur cara sumber dengan kod mesin yang setara. | Kamus Komputer |