Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata di manalah

Puisi
 

Kalau ada buah cempedak,
     Jangan diperam dengan ragi;
Khabar tiada alamat pun tidak,
     Di manalah hendak dicari lagi.


Lihat selanjutnya...(7)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
mengeram1. duduk di atas telur supaya panas dan menetas (bkn ayam dsb): hanya ayam betina sahaja yg ~; 2. duduk mengendap (spt harimau, kucing, dll yg hendak menangkap mangsanya); 3. ki selalu duduk di rumah atau di sesuatu tempat sahaja: kalau ~ di rumah sahaja manalah nak tahu hal orang; 4. Mn lendut, rendah, lekuk (lantai, jalan, dll); selama enggang ~ prb terlalu lama;Kamus Dewan Edisi Keempat
eram; mengeram 1. duduk di atas telur supaya panas dan menetas (bkn ayam dsb): hanya ayam betina sahaja yg ~; 2. duduk mengendap (spt harimau, kucing, dll yg hendak menangkap mangsanya); 3. ki selalu duduk di rumah atau di sesuatu tempat sahaja: kalau ~ di rumah sahaja manalah nak tahu hal orang; 4. Mn lendut, rendah, lekuk (lantai, jalan, dll); selama enggang ~ prb terlalu lama; mengerami mengeram di atas sesuatu (biasanya telur); ~ telur orang prb mengahwini perempuan yg telah mengandung; seumpama telur sesarang dierami induknya prb perihal anak-anak yg sama-sama berjaya kerana diberi layanan dan pemeliharaan yg saksama; mengeramkan menjadikan telur dierami, menetaskan (dgn mengerami);pengeraman perihal (perbuatan) mengerami;pengeram = mesin ~ sj alat yg mengeluarkan haba utk menetaskan telur.Kamus Dewan Edisi Keempat
memintas1. melalui (menempuh) jalan yg paling dekat: utk menjimatkan waktu, mereka ~ di kawasan itu; 2. menyeberang jalan dll, merentas jalan dll: mereka ~ arah ke selatan padang itu; 3. = memintasi memotong (menghalang) perjalanan orang: sesetengah orang-orangnya hendak lari ke hulu, maka dipintasi oleh Bugis dr darat; 4. menyelang (perbualan, percakapan, dll) orang: “manalah aku tahu,” Karim cepat-cepat ~; 5. = memintasi mencegah atau menghalang (cita-­cita, maksud, serangan musuh dll); 6. = me­mintasi melintasi, melalui, menjalani, meng­atasi: ~ segala kesulitan;Kamus Dewan Edisi Keempat
pintas; jalan ~ jalan yg paling dekat: kerana takutkan tentera Jepun yg berkawal di kota itu, maka kami telah mengambil jalan ~ di pinggir kota; sepintas; ~ lalu a) sambil lalu, sekali lalu: dapat juga abang kenal tokoh ulama India ini ~ lalu; b) selayang pandang, sebentar sekali; c) tidak bersungguh-sungguh, tidak men­dalam (membaca, mengkaji dll): ia telah mengkaji perkara itu ~ lalu sahaja; d) secara ring­kas sahaja (huraian, penjelasan, tinjauan dll): tiap-tiap perkara itu diberinya penjelasan kadar ~ lalu; memintas 1. melalui (menempuh) jalan yg paling dekat: utk menjimatkan waktu, mereka ~ di kawasan itu; 2. menyeberang jalan dll, merentas jalan dll: mereka ~ arah ke selatan padang itu; 3. = memintasi memotong (meng­halang) perjalanan orang: sesetengah orang-orangnya hendak lari ke hulu, maka dipintasi oleh Bugis dr darat; 4. menyelang (perbualan, percakapan, dll) orang: “manalah aku tahu,” Karim cepat-cepat ~; 5. = memintasi mencegah atau menghalang (cita­-cita, maksud, serangan musuh dll); 6. = me­mintasi melintasi, melalui, menjalani, meng­atasi: ~ segala kesulitan; memintaskan sl memintasi, mengatasi; pintasan 1. jalan yg paling dekat, jalan pintas; 2. penyeberangan jalan; kepintasan telah dipintasi (dilalui, dicegah, dll); pemintasan 1. perbuatan memintas (memintasi); 2. Mn tempat harimau selalu kelihat­an.Kamus Dewan Edisi Keempat
nikmatAr 1. anugerah Allah, kurnia: tidak ramai makhluk yg tahu menghargai ~ Tuhan yg begini indah dan permai; 2. enak sekali, sedap sekali, lazat: sedap? ...ah, lebih drpd sedap, inilah yg dikatakan lazat, inilah dianya ~; 3. keenakan, kelazatan, kesedapan: manalah akan dicari ~ yg sebegini lagi? 4. sl makanan (yg lazat-lazat), sedap-sedapan: telah sudah, maka segala halwa ~ pula diperedarkan oleh orang tambul sekalian raja-raja dan orang besar-besar; menikmati 1. mengecap (nikmat), meng­alami atau merasai sesuatu yg sedap (lazat, menyamankan, dsb): dlm kesibukan orang ~ nasi minyak, dia dapat lelap sekejap; 2. meng­­alami, merasai: menjadi suatu tang­gung­jawab guru bahasa bagi mendidik kanak-kanak berperasaan halus dan ~ penga­laman-pengalaman baik melalui pelajaran bahasa; kenikmatan perihal nikmat, keenakan, ke­sedapan, kesenangan: di bandar-bandar itu boleh kita dapati segala ~ tamadun moden; penikmatan perihal menikmati, pengecapan nikmat: kita juga harus menentukan apakah bahan pembelajaran bahasa Melayu yg me­mungkinkan ~ keindahan bahasa; kursus AB 211 ialah pemahaman, ~ dan penilaian kesusasteraan I.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas