Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dibakar

Puisi
 

Tetakku bemban di muka pintu,
     Dibakar dengan bunga selasih;
Janganlah jangan cakap begitu,
     Belumlah kita bercerai kasih.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Gaharu dibakar kemenyan berbau.

Bermaksud :

Memperlihatkan kelebihannya supaya dipercayai orang.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
terbakar1. sedang atau sudah bernyala (kerana dibakar dll), habis dibakar; 2. ki menghangat, marah: emak ~, lalu dilemparkannya kayu kpd saya; ~ kampung kelihatan asap, ~ hati siapa tahu prb kesusahan seseorang jarang dipedulikan orang lain, kerana tidak kelihatan olehnya;Kamus Dewan Edisi Keempat
abu I1. sisa sesuatu yg telah hangus dibakar atau terbakar: ~ drpd ranting dan daun kering yg dibakar boleh dijadikan baja; ~ dapur; ~ rokok; 2. debu, serbuk; ~ kayu (Hut) bahan tak organik (terutama oksida, karbonat, dan fosfat drpd kalsium, kalium, dan magnesium) yg terdapat di dlm kayu; ~ logam (Hut) bahan lebihan logam yg tertinggal selepas selesai proses pembakaran lengkap kayu atau bahan organik lain; spt ~ di atas tunggul prb Mn dgn mudah boleh tercampak atau terhalau, tidak bererti, tidak tetap (suami dlm rumah keluarga isteri­nya dlm masyarakat Minangkabau dan di tempat-tempat tertentu di NS); sudah jadi ~ arang prb sudah rosak sama sekali, tidak ada gunanya lagi; terpegang di ~ hangat prb Mn baru saja memulai sesuatu pekerjaan sudah mendapat kesusahan; mengabu menjadi abu, menyerupai abu; mengabui 1. membubuh abu (pd sesuatu); 2. = ~ mata ki menyebabkan (seseorang) terpedaya hingga tidak mengetahui atau menyedari keadaan atau tujuan yg sebenar, mengelirukan, menyesatkan pandangan, memperdaya: beliau mengingatkan pen­duduk-penduduk di situ supaya mengawasi tindak-tanduk golongan yg cuba ~ mata orang ramai;Kamus Dewan Edisi Keempat
peruntimbunan kayu-kayu (daun-daun dll) yg hendak dibakar; puntung ~ a) sisa kayu-kayu dll yg sudah dibakar; b) Mn perjamuan yg terakhir bagi pengantin; memerun membakar saki-baki kayu-kayu (daun-daun dll) bagi kali kedua di tanah yg baru dibuka, membakar timbunan sampah: sekarang sudah tiba masanya utk ~ dan membersihkan kawasan itu sebelum menanam anak-anak getah; diperun kulambai Mn habis terbakar; pemerunan perbuatan memerun (kayu-kayu­an dll), pembakaran (sampah dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
asap1. gas yg kelihatan keluar dr benda yg dibakar (berkepul-kepul dsb naik ke udara); 2. = ~ air wap; ~ air mata = ~ tangis gas pemedih mata; ~ api asap yg keluar dr api; ~ belerang asap dr belerang (gunung berapi); ~ kemenyan asap yg keluar apabila kemenyan dibakar; belum dipanjat ~ kemenyan prb belum ber­kahwin; menggantang ~ (mengukir langit) prb a) melakukan perbuatan yg sia-sia; b) berangan-angan (akan sesuatu yg tidak mung­kin dicapai);berasap 1. mengeluarkan asap, ada asap; 2. diselubungi oleh kabus; dapur tidak ~ prb miskin sekali; telah ~ hidungnya prb telah beroleh keuntungan se­sudah lama menderita kekurangan;mengasap 1. menjadi asap; 2. = mengasapi; mengasapi 1. mengenakan asap pd sesuatu (supaya masak, harum, kering, hilang nyamuk, dll); 2. memasak (mengeringkan, meng­harum­kan, dsb) dgn asap: perempuan itu mengangkat tempat bara utk ~ rumahnya; ~ daging mengeringkan daging dgn asap; ~ pakaian mengharumkan pakaian dgn me­ngenakan asap dupa; pengasapan perihal (perbuatan) mengasapi; perasap, perasapan tempat membakar ke­menyan dll, pedupaan: ia menyuruh aku me­masang ~ dan memasukkan sedikit setanggi.Kamus Dewan Edisi Keempat
apamsj penganan yg biasanya dibuat drpd tepung beras yg dicampurkan dgn ibu roti dan dikukus; ~ balik sj apam yg dibakar dan ditaburi kacang, gula, dsb di atasnya dan dilipat dua; ~ dewa = ~ lenggang apam yg dibakar dgn meleng­gangkannya dlm sj belanga; ~ Malaysia sj apam yg dibuat drpd campuran tepung gandum, gula hangus, telur, soda kuih, dsb dan dikukus; ~ mangkuk sj apam yg dikukus dlm mangkuk-mangkuk kecil; ~ manis sj apam yg berwarna-warni yg dibuat drpd campuran tepung beras, aiskrim soda, dsb dan dikukus; mengapam 1. memasak apam; 2. menye­rupai apam.Kamus Dewan Edisi Keempat
selar Icap atau tanda yg dibuat pd kulit haiwan dsb dgn menggunakan besi yg dibakar atau besi panas. ~ matahari kesan pd kulit yg disebabkan oleh sinaran cahaya matahari: Terlampau banyak berjemur boleh menyebabkan ~ matahari. menyelar 1 membubuh tanda atau cap dgn besi yg dibakar. 2 ki mengeluarkan kata-kata yg mem­burukkan orang lain; mengecam; me­nuduh. menyelarkan membubuh sesuatu sbg tanda pd kulit haiwan dsb: Pekerja ~ tanda bintang pd lembu-lembu itu. selaran ki kata-kata yg mem­burukkan orang lain; kecaman; tuduhan: ~ ini menyakitkan hati kita yg mendengarnya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kemenyan Idupa atau getah drpd sj tumbuhan (Styrax benzoin) yg harum baunya apabila di­bakar, luban jawi; jenis-jenisnya: ~ arab, ~ hantu, ~ hitam, ~ merah, ~ putih, ~ serani; belum (sudah) diasapi ~ belum (sudah) berkahwin; apakah gunanya ~ sebesar tungku kalau tidak dibakar = ~ sebesar lutut, jika tidak dibakar manakan berbau prb tidak ada gunanya ilmu pengetahuan yg disimpan sahaja dan tidak diajarkan kpd orang lain; gaharu dibakar, ~ berbau prb memperlihatkan kele­bihan supaya dipercayai orang.Kamus Dewan Edisi Keempat
hangit1. (berbau) spt bau kain terbakar; 2. rosak atau terbakar dan berbau (bkn makanan spt nasi, lauk, kuih, dsb yg dimasak atau dibakar terlalu lama): dia asyik berbual sehingga ~ nasi di atas dapur; 3. berbau busuk spt bau peluh, hapak (badan kerana tidak mandi atau berpeluh): badannya ~ kerana sudah beberapa hari dia tidak mandi; memberi ~ ki memberi malu; ~-pengit a) terlalu hangit; b) Pr, Kl hangus rentung; menghangitkan menyebabkan hangit (masak­an, kuih yg dibakar); kehangitan 1. perihal hangit (masakan, kuih yg dibakar); 2. perihal hangit (hapak), bau hangit, kehapakan.Kamus Dewan Edisi Keempat
ukup1. barang-barang harum (spt kemenyan, setanggi, dll) yg dibakar utk mengasapi pakaian supaya berbau harum; 2. Jk membakar kemenyan (setanggi dll); 3. ark bunga-bungaan (spt melati, mawar, dll) yg digunakan utk mengharumkan teh; 4. bau-bauan yg wangi; air ~ air wangi (utk mengharumkan pakaian); minyak ~ minyak wangi; berukup 1. mengasapi diri dgn asap ke-menyan (setanggi dll) yg dibakar; 2. sudah diukup dgn asap kemenyan (setanggi dll); mengukup, mengukupi mengasapi pakaian dll dgn asap kemenyan (setanggi dll), men-dupai: Ampu Jatmaka memerintah supaya berhala gangsa itu dilulur, diukup, dan dihias; ukupan 1. barang-barang yg wangi (spt kemenyan, setanggi, dll) utk mengukup; 2. = perukupan bekas tempat membakar ukup, ceraka, pedupaan; 3. = pengukup sj sungkup drpd rotan dll tempat meletakkan pakaian yg hendak diukup (di bawah sungkup itu diletakkan pedupaan).Kamus Dewan Edisi Keempat
wolframlogam yg tahan dibakar; tungsten.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas