| bancuh | ; berbancuh sudah atau telah dibancuh;membancuh 1. mencampurkan atau menggaulkan bahan-bahan menjadi satu atau sebati, mengadun (adunan kuih dll), mengaduk: ibu sedang ~ adunan kuih; 2. mengocok (daun terup, kad, dll);bancuhan sesuatu yg dibancuh;pembancuhan perbuatan membancuh;pembancuh 1. orang yg membancuh; 2. alat utk membancuh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| bancuhan | sesuatu yg dibancuh; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| berbancuh | sudah atau telah dibancuh; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| bancuhan | benda-benda yg sudah dibancuh; adukan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| bancuhan | benda-benda yg sudah dibancuh; adukan. | Kamus Pelajar |
| kopi segera | kopi yg telah diproses dan tersedia utk dibancuh atau dijadikan minuman dgn cepat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| kordial | minuman yg berasaskan buah-buahan, biasanya pekat dan dibancuh dgn air sebelum diminum. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pati | 1 tepung halus-halus yg mendap ke bawah drpd sesuatu benda yg dibancuh dgn air: ~ kopi; ~ sagu. 2 isi yg terpenting atau yg terutama drpd sesuatu; inti; sari: ~ santan kepala santan; ~ syarahan isi penting drpd sesuatu syarahan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| simen | /simén/ 1 serbuk halus (dibuat dgn membakar batu kapur, tanah liat dll) yg setelah dibancuh dan dikeringkan, menjadi keras dan digunakan utk membuat lantai rumah dll. 2 bahan yg digunakan utk menampal gigi yg berlubang. menyimen 1 membuat lantai dsb drpd simen; memasang sesuatu dgn simen. 2 menampal (gigi) dgn simen. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| gadung I | sj tumbuhan liar (pokok melilit, umbinya mengandungi racun, tetapi kalau direndam dlm air atau dibancuh dgn abu basah, boleh dimakan), Dioscorea hispida;hijau ~ hijau muda (spt warna daun gadung); mabuk ~ a) mabuk kerana makan gadung; b) gila berahi; ~ cina sj tumbuhan (pokok memanjat), Smilax cina; ~ jantan = akar ~ tikus sj tumbuhan (pokok memanjat), canar babi, Smilax helferi; ~ kasturi sj anggerik (orkid), Epidendrum spp.; ~ lilin = ~ mabuk sj tumbuhan (pokok memanjat), Dioscorea hispida; ~ samak sj tumbuhan (pokok memanjat), Vitis cinnamomea; ~ seberang sj tumbuhan (pokok memanjat), Smilax helferi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |