| litar gabungan(combinational circuit) | Litar logik yang dibentuk berasaskan kaedah menggabungkan unsur logik berbanding dengan kaedah litar yang dibentuk secara berjujukan. | Kamus Komputer |
| buangan | 1. sesuatu yg dibuang (sampah dll); 2. (orang) yg dibuang (dihukum buang); 3. berada (dibentuk) di negeri asing kerana tidak dibenarkan (diharamkan) di negeri sendiri: kami tetap pewaris takhta itu walaupun kami hidup dlm ~; kerajaan ~ kerajaan yg dibentuk di negeri luar (utk melawan kerajaan yg ada); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| spt taji dibentuk | ki bentuk alis atau kening yg cantik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| terbentuk | dibentuk: batu-batu spt batu kapur dan batu pasir menyebabkan ~nya bukit-bukit; tidak ~ tidak terdidik, tidak terajar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| terbentuk | sudah dibentuk: Sebuah cawangan syarikat Syamelin telah ~ di kampung saya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| terbentuk | sudah dibentuk: Sebuah cawangan syarikat Syamelin telah ~ di kampung saya. | Kamus Pelajar |
| tercanai | sudah dicanai (dibentuk, disesuaikan): perkara ini ~ menjadi suatu penjelmaan yg tersendiri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| jawatankuasa | sekumpulan orang yg dilantik atau dipilih utk melaksanakan atau mengurus tugas-tugas tertentu, panitia; ~ ad hoc jawatankuasa khas yg ditubuhkan utk sesuatu tujuan tertentu tanpa perancangan awal; ~ induk jawatankuasa utama yg dibentuk bagi mengendalikan sesebuah majlis atau aktiviti, biasanya dianggotai oleh pengerusi jawatankuasa kecil; ~ kecil jawatankuasa yg dibentuk di bawah jawatankuasa induk utk menjalankan tugas tertentu, biasanya jumlah keanggotaannya kecil; ~ pemandu jawatankuasa yg berfungsi menentukan tertib kegiatan tertentu serta mengawasi arah perjalanannya agar mencapai matlamat yg dikehendaki. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| yayasan | 1 pertubuhan yg dibentuk utk mengusahakan sesuatu (spt mengeluarkan biasiswa, sbg badan penyelidikan). 2 bangunan khas utk sesuatu (spt rumah sakit, rumah anak yatim). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| kabinet bayangan | kabinet yg dibentuk oleh pihak pembangkang dlm persediaannya utk mengambil alih kekuasaan jika menang dlm pilihan raya umum. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |