| berlengan | 1. mempunyai lengan: blaus ~ panjang; 2. ki berkelahi dsb dgn meninju, bertumbuk: dia sedia ~ jika dicabar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| ke muka | 1 ke hadapan: Dia segera pergi ~ kelas apabila dipanggil oleh gurunya. 2 maju; mara: Dia ~ apabila dicabar oleh lawannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| berdebat-debatan | bertukar fikiran (biasanya yg bertentangan) atau berbantahan bkn sesuatu perkara, berbahas: mahasiswa-mahasiswa itu dicabar tampil ke depan utk ~ di muka umum; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| berdebat | , berdebat-debatan bertukar fikiran (biasanya yg bertentangan) atau berbantahan bkn sesuatu perkara, berbahas: mahasiswa-mahasiswa itu dicabar tampil ke depan utk ~ di muka umum; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mencabar | 1. menyatakan keraguan akan kesahan atau kebenaran sesuatu, mempersoalkan, mempertikaikan: keputusan mahkamah itu diakui sah dan muktamad dan tidak boleh dicabar oleh badan-badan lain; 2. mengajak berlawan (bertanding, berkelahi), menentang, menyuruh melakukan sesuatu kalau berani: beliau seterusnya ~ puak pembangkang supaya membawa perkara itu ke mahkamah; dia ~ saya bertinju dengannya; 3. menguji kemampuan dan ketabahan seseorang dll (bkn pekerjaan, tugas, usaha, dsb): pekerjaan itu sungguh ~; peranan DBP menjadi lebih ~ lagi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| ke muka | 1 ke hadapan: Dia segera pergi ~ kelas apabila dipanggil oleh gurunya. 2 maju; mara: Dia ~ apabila dicabar oleh lawannya. | Kamus Pelajar |
| keanggotaan | perihal menjadi anggota, kedudukan (hak) sbg anggota, keahlian: komunis China menuntut ~nya diterima dlm Bangsa-Bangsa Bersatu; ~ negara itu dlm pertubuhan tersebut dicabar oleh beberapa buah negara anggota yg lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| debat | (débat) bahas, perbahasan: majlis ~ pd malam itu tidak jadi diadakan; berdebat, berdebat-debatan bertukar fikiran (biasanya yg bertentangan) atau berbantahan bkn sesuatu perkara, berbahas: mahasiswa-mahasiswa itu dicabar tampil ke depan utk ~ di muka umum; mendebat membantah (sesuatu pendapat, pendirian, dll) dgn mengemukakan alasan atau hujah, membahas; mendebatkan, memperdebatkan mendebat tentang sesuatu, membahaskan, memperbantahkan: ketika itu mereka sedang ~ hal-hal parti politik; perdebatan pertukaran fikiran biasanya yg bertentangan mengenai sesuatu hal (pendirian dll) dgn masing-masing pihak mengeluarkan pendapat (alasan dsb), perbuatan berdebat, perbahasan, perbantahan: ~ mengenai perincian belanjawan Kementerian Pendidikan akan diteruskan pd hari Khamis; pendebatan perihal (perbuatan dsb) mendebatkan atau memperdebatkan: soalan-soalan begini tidak mudah dijawab dan kerana itu ~ mengenainya masih berterusan; pendebat orang yg berdebat (mendebat), pembahas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| cabar I | tawar hati, takut, penakut: ~nya segala orang muda-muda ini; mencabar 1. menyatakan keraguan akan kesahan atau kebenaran sesuatu, mempersoalkan, mempertikaikan: keputusan mahkamah itu diakui sah dan muktamad dan tidak boleh dicabar oleh badan-badan lain; 2. mengajak berlawan (bertanding, berkelahi), menentang, menyuruh melakukan sesuatu kalau berani: beliau seterusnya ~ puak pembangkang supaya membawa perkara itu ke mahkamah; dia ~ saya bertinju dengannya; 3. menguji kemampuan dan ketabahan seseorang dll (bkn pekerjaan, tugas, usaha, dsb): pekerjaan itu sungguh ~; peranan DBP menjadi lebih ~ lagi; cabar-mencabar (perbuatan) saling mencabar (antara satu dgn lain): ~ adalah suatu bentuk provokasi yg mesti dielakkan; mencabarkan menawarkan hati, menghilangkan keberanian, menjadikan takut; tercabar kena cabar (dipersoalkan): dia tidak rela kelelakiannya ~; cabaran 1. hasil mencabar (mempersoalkan, mempertikaikan); 2. ajakan (utk berlawan dsb); 3. sesuatu (unsur, faktor, dsb) yg mencabar (menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi dll): pekerjaan yg penuh dgn ~; kecabaran ketawaran hati, ketakutan; pencabar orang (pihak, golongan, dsb) yg mencabar: ~ juara dunia, Anatoly Karpov, berjaya menyamakan kedudukan lapan mata; ~ kpd golongan elit ini menuduh mereka menjual kepentingan kumpulan etnik mereka kpd kumpulan etnik lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| anggota | 1. bahagian tubuh, terutama tangan dan kaki: duduk membongkok tidak menyenangkan ~ badannya; 2. ahli (sesuatu pasukan, pertubuhan, golongan, dll): ~-~ pasukan bomba bergesa-gesa ke tempat kebakaran itu; ~ perwakilan asing; ~ polis; ~ tentera; beranggota mempunyai anggota; beranggotakan mempunyai sbg anggota atau ahli; menganggotai menjadi anggota (sesuatu perkumpulan, pertubuhan, dll): pertubuhan itu dianggotai oleh peminat-peminat pel-bagai seni; Jabatan Pengajian Islam terus ~ Fakulti Sastera dan Sains Sosial; keanggotaan perihal menjadi anggota, kedudukan (hak) sbg anggota, keahlian: komunis China menuntut ~nya diterima dlm Bangsa-Bangsa Bersatu; ~ negara itu dlm pertubuhan tersebut dicabar oleh beberapa buah negara anggota yg lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |