| tergigit | 1. telah digigit; 2. boleh digigit; 3. tidak sengaja digigit; ~ lidah a) tidak bermalu, tidak menghiraukan kecaman (celaan) orang; b) tidak berani bercakap terus terang (kerana terhutang budi dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| gigit | ; bergigit, bergigitan mencengkam (mencengkeram dll) dgn gigi antara satu sama lain, saling menyepit dgn gigi; menggigit 1. mengapit (mengacip, menyepit, dsb) dgn gigi: kaki pencuri itu digigit anjing; ~ bibir ki berasa marah (geram); ~ jari (telunjuk) ki berasa kecewa (hampa); 2. mengapit atau mencengkam (bkn kasut); 3. berasa seakan-akan dicengkam atau dicucuk-cucuk (kerana kelaparan dll): perut Pak Dollah semakin ~ lapar; 4. menimbulkan rasa seakan-akan dicengkam-cengkam atau dicucuk-cucuk (kerana kesejukan dll): dinginnya terasa ~-gigit ke tulang sumsum; tergigit 1. telah digigit; 2. boleh digigit; 3. tidak sengaja digigit; ~ lidah a) tidak bermalu, tidak menghiraukan kecaman (celaan) orang; b) tidak berani bercakap terus terang (kerana terhutang budi dll); gigitan 1. cengkaman dgn gigi utk menggigit; 2. bekas digigit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| bintat | bekas digigit nyamuk dll pd kulit. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| bintat | bekas digigit nyamuk dll pd kulit. | Kamus Pelajar |
| bintul | bintil (kerana digigit nyamuk). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| geritan | kesan atau bekas digigit (tikus dll): Jika ada tanda ~ tikus pd tandan buahnya, letakkan racun tikus pd pangkal pokok itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| geritan | kesan atau bekas digigit (oleh tikus dll): Jika ada tanda ~ tikus pd tandan buahnya, letakkan racun tikus pd pangkal pokok itu. | Kamus Pelajar |
| bintul | bengkak-bengkak kecil, spt bekas digigit nyamuk. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| kertap | bunyi spt bunyi barang keras digigit atau daun pintu ditutup; ~-kertup berbunyi kertap berkali-kali; berkertap berbunyi kertap: giginya ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kerkak | bunyi spt bunyi barang keras digigit atau dikunyah, kerkup. | Kamus Dewan Edisi Keempat |