sampai hajat | berjaya mencapai apa-apa yg dihajati (dikehendaki). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mati langkah | tidak dpt melakukan apa-apa yg dihajati. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tangkap angin (wap) | bp tidak mendapat apa-apa yg dihajati; tidak berhasil. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tangkap | ; ~ angin (wap) bp tidak mendapat apa-apa yg dihajati; tidak berhasil. ~ gambar bp mengambil gambar. ~ muat bp mengambil mana-mana yg ada (sempat) sahaja. menangkap 1 memegang sesuatu dgn tangan atau dgn alat; memegang sesuatu yg bergerak atau yg lepas: Di situlah tempat mereka memasang perangkap utk ~ harimau. Bapanya pergi ke laut utk ~ ikan. 2 menahan orang yg membuat kesalahan dll; menjadikan sbg orang tawanan; menawan: Mereka belum dpt ~ penyamun itu. 3 menyambut atau menadah sesuatu yg bergerak pantas atau yg dilemparkan: Dgn mudah saja penjaga gol itu ~ bola yg ditendang oleh sayap kanan pasukan lawannya. 4 mengambil atau memetik siaran radio dll. 5 menanggap atau menerima sesuatu dgn pancaindera, hati atau fikiran; mencerap: Dia mudah ~ apa-apa yg diajarkan oleh gurunya. menangkapi menangkap beberapa (banyak) kali atau banyak yg ditangkap: ~ orang jahat. menangkapkan menangkap sesuatu utk orang lain. tertangkap sudah ditangkap; tertawan; terkena jerat dll. tangkapan sesuatu yg ditangkap; hasil drpd menangkap; tawanan. penangkapan hal atau perbuatan menangkap. penangkap 1 orang yg menangkap: ~ ikan nelayan. 2 alat utk menangkap: ~ suara alat yg menerima suara dan menyiarkannya semula. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sampai | ~ hajat berjaya mencapai apa-apa yg dihajati (dikehendaki). | Kamus Pelajar |
tangkap; ~ angin (wap) | bp tidak mendapat apa-apa yg dihajati; tidak berhasil. | Kamus Pelajar |
kehampaan | 1. perasaan kecewa (kerana tidak mendapat, menemui, mencapai dsb sesuatu yg dihajati atau dicita-citakan), kekecewaan: kebanyakan para orientalis menyatakan ~ mereka terhadap kekurangan tradisi kesusasteraan Islam; ia pergi dlm ~; 2. ki ketiadaan pengetahuan, kebodohan, kedunguan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menganga | 1 membuka mulut luas-luas. 2 ki tidak memperoleh apa-apa yg dihajati (kerana telah diambil orang dsb): Isilah borang ini dgn betul supaya apabila orang lain dpt, awak tidak ~ lagi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
nganga | ; menganga 1 membuka mulut luas-luas. 2 ki tidak memperoleh apa-apa yg dihajati (kerana telah diambil orang dsb): Isilah borang ini dgn betul supaya apabila orang lain dpt, awak tidak ~ lagi. mengangakan membuka (mulut dll) luas-luas atau lebar-lebar. ternganga 1 terbuka luas-luas atau lebar-lebar (bkn mulut, pintu dll): Mulutnya ~. Pintu rumah itu ~. 2 ki hairan dan tercengang (kerana mendengar sesuatu dll): Dia ~ mendengar berita yg memeranjatkan itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
puas | 1 lega, senang, kenyang, gembira dll kerana sudah merasai secukup-cukupnya atau sudah memperoleh apa-apa yg dihajati: Sesudah minum tiga gelas, barulah ia ~. Dia tidak akan ~ selagi tidak mendapat ijazah. 2 sudah lebih drpd cukup; tidak ingin lagi; jemu: ~ saya mencari kerja, tidak juga berjaya. berpuas berasa puas: Mereka tidak ~ hati dgn cara pelantikan itu. memuaskan menjadikan puas; memberi dll hingga puas; menyenangkan; melegakan: Keputusan hakim itu ~ kedua-dua belah pihak. Hasil padi tahun ini ~ juga. ~ dahaga minum sehingga hilang rasa dahaga. ~ dendam membalas dendam. ~ hawa nafsu menurut kemahuan nafsu supaya puas hati. kepuasan hal atau keadaan puas. pemuasan perbuatan atau hal memuaskan. pemuas yg memuaskan. sepuas-puas sehingga puas: Kami pergi ke sebuah anak sungai yg jernih airnya lalu minum ~nya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |