| terhina | dipandang (dianggap) hina, telah dihinakan: dia berasa ~ dikata-kata begitu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| menghinakan | 1. memperlakukan spt orang yg hina, rendah (kedudukan dll): biarlah saya menghina diri saya sendiri sebelum orang lain ~ saya; 2. menyinggung perasaan orang (memaki dll), memburukkan nama orang, mengejikan: dia sudah tentu tak suka menghina orang dan tak suka pula dihinakan oleh orang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| menghina | , menghinakan 1. memperlakukan spt orang yg hina, rendah (kedudukan dll): biarlah saya menghina diri saya sendiri sebelum orang lain ~ saya; 2. menyinggung perasaan orang (memaki dll), memburukkan nama orang, mengejikan: dia sudah tentu tak suka menghina orang dan tak suka pula dihinakan oleh orang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kerana | kata yg digunakan sebelum memberikan keterangan atau penjelasan yg menjadi punca (permulaan, alasan, dsb) sesuatu keadaan, kejadian, masalah, perbuatan dll, sebab, oleh sebab, lantaran: mereka berjaya ~ kecekapan dan usaha yg sungguh-sungguh; pertempuran berlaku ~ kedua-dua pihak tidak mahu bertolak ansur; dia marah ~ dihinakan orang; apa ~nya maka begitu apa mulanya (sebabnya) maka begitu; ~ apa sebab apa; ~ Allah a) menurut kemahuan (perintah) Allah; b) dgn percuma (tidak menuntut apa-apa bayaran), utk mendapat pahala sahaja; oleh ~ = dari ~ disebabkan oleh, kerana. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| meludah | membuang ludah, mengeluarkan ludah: dilarang ~ di merata-rata tempat; orang itu menyumpah-nyumpah, ~ dan memaki-maki; ~ ke langit (muka juga yg basah) = ~ naik ke langit, menimpa muka sendiri juga prb melawan atau membantah orang yg berkuasa, kita juga yg susah; sudah diludah dijilat balik prb sudah dihinakan dimuliakan kembali, sudah dicela dipuji kembali; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| berludah | membuang ludah, mengeluarkan ludah: dilarang ~ di merata-rata tempat; orang itu menyumpah-nyumpah, ~ dan memaki-maki; ~ ke langit (muka juga yg basah) = ~ naik ke langit, menimpa muka sendiri juga prb melawan atau membantah orang yg berkuasa, kita juga yg susah; sudah diludah dijilat balik prb sudah dihinakan dimuliakan kembali, sudah dicela dipuji kembali; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| hina | 1. rendah tarafnya (kedudukan, pangkat, dll): mereka memandang kami sangat ~, macam anjing layaknya; 2. keji (perbuatan, kelakuan, dll), kurang sopan: perbuatan itu sangat ~ dan keji; ketahuan ~ mulianya mengetahui kedudukan yg sebenarnya; ~ budi kelakuan yg kurang baik; ~-dina = ~-lata = ~-leta = ~-papa (orang yg) paling rendah martabat lagi miskin; se~ semalu nasib yg sama, seia sekata; berhina; ~ diri merendahkan diri; menghina, menghinakan 1. memperlakukan spt orang yg hina, rendah (kedudukan dll): biarlah saya menghina diri saya sendiri sebelum orang lain ~ saya; 2. menyinggung perasaan orang (memaki dll), memburukkan nama orang, mengejikan: dia sudah tentu tak suka menghina orang dan tak suka pula dihinakan oleh orang; terhina dipandang (dianggap) hina, telah dihinakan: dia berasa ~ dikata-kata begitu; hinaan sesuatu yg menghina: kata-katanya mengandungi ~; kehinaan perihal hina (keji, buruk, dll), kerendahan (martabat dll), kekejian: ia telah jatuh ke dlm lembah ~; penghinaan perihal menghina(kan): perbuatan itu dianggapnya sebagai satu ~; ~ mahkamah (Udg) a) perbuatan mengingkari keputusan atau proses mahkamah; b) perlakuan biadab terhadap mahkamah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sampah | 1. benda-benda yg dibuang, kotoran (daun-daun kering, kertas-kertas kotor, dll), sarap; ~ sarap bermacam-macam sampah; 2. sesuatu (benda atau orang) yg tidak berharga atau berguna; ~ dunia = ~ masyarakat orang yg hina; ~ itu di tepi juga prb orang yg hina (miskin) itu selalunya tidak dipedulikan orang; ~ jangan ditendang sepak prb orang yg miskin jangan dihinakan; spt ~ hanyut prb orang miskin yg hidup melarat; teralang-alang bagai ~ dlm mata prb kemusykilan yg tidak dapat dilahirkan; menyampah 1. berasa benci (terhadap sesuatu atau seseorang), meluat, jijik: Semah ~ bukan kepalang; 2. spt sampah (kerana terlalu banyak dll); 3. bp mengganggu orang (mengacau dll); persampahan tempat membuang (timbun-an) sampah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| ludah | air yg keluar (drpd) dlm mulut, air liur; ~ sirih ludah yg berwarna merah (tatkala makan sirih); tempat ~ bekas utk menakung ludah; berludah, meludah membuang ludah, mengeluarkan ludah: dilarang ~ di merata-rata tempat; orang itu menyumpah-nyumpah, ~ dan memaki-maki; ~ ke langit (muka juga yg basah) = ~ naik ke langit, menimpa muka sendiri juga prb melawan atau membantah orang yg berkuasa, kita juga yg susah; sudah diludah dijilat balik prb sudah dihinakan dimuliakan kembali, sudah dicela dipuji kembali; meludahi meludah (berludah) pd: aku dihina terang-terangan seolah-olah orang ~ mukaku; meludahkan 1. menyemburkan ludah; 2. meludah utk mengeluarkan sesuatu drpd mulut: ia ~ air sirih yg sudah lama bertakung di dlm mulutnya itu; maka nanah itu diludahkannya ke dlm sebuah peluahan; peludahan bekas tempat meludah; peludah orang yg selalu dan suka meludah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| telunjuk | 1. = jari ~ jari antara jari hantu dgn ibu jari: tutup ketat-ketat lubang pam basikal itu dgn ~ tangan kiri; 2. ki perintah, kemahuan, suruhan: orang-orang Belanda sangat pandai mengambil hati orang-orang besar kita yg mahu mengikut ~nya;~ lurus kelengkeng berkait prb perihal orang yg pd lahirnya kelihatan baik tetapi di dlm hatinya jahat; ~ mencucuk (merosok, meni-kam) mata (jari) prb orang yg dipercayai berbuat khianat kpd kita; menggigit ~ prb tidak tercapai maksud; runcing ~ memalit sambal lada prb perihal hidup miskin dan melarat; sebusuk-busuk ~, ~ juga pencolek tahi mata prb sejahat-jahat kaum keluarga kalau seorang dihinakan orang semuanya akan turut membelanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |