| lanjar I | labuh atau panjang (kerana dihulurkan dll), kurus tinggi; selanjar bersambung-sambung, berterusan: balak ~; keselanjaran perihal selanjar (bersambung-sambung, berterusan): ~ kerja; melanjar Jk 1. menjadi atau bertambah panjang (kerana dihulurkan, tumbuh, dll); 2. menghulurkan (tali dll) panjang-panjang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| menghulurkan | 1. melepaskan sesuatu (spt tali dll) agar menjadi panjang: maka tali pun dihulurkan ke bawah dan raga pun dikosongkan; 2. mengeluarkan memanjang, menganjurkan, menjulurkan, menyembulkan (kepala dll): ~ lidah utk menjilat; lazimnya, batang tumbuh tegak ke atas dan ~ daun-daun ke satu arah yg sesuai utk mendapat sebanyak-banyak cahaya; ia memanjangkan badannya yg di bahagian haluan dan ~ kepalanya; 3. memanjangkan, memperpanjang (masa, perbincangan, dll): jika perlu, waktu perundingan itu boleh dihulurkan sampai beberapa hari lagi; 4. mengunjukkan, memberikan (dgn tangan dianjurkan): ia mengambil segelas air dan ~nya kpd suaminya; ~ pertolongan; 5. Mn menghantar atau membawa sesuatu utk: ~ makanan ayah ke kebun; 6. menuruti (kehendak, hawa nafsu, dll): jangan dihulurkan sangat kehendak orang itu; ~ tangan a) menganjurkan tangan (utk bersalaman dll); b) memberikan bantuan, membantu; c) berbaik-baik kembali; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| huluran | sesuatu yg dihulurkan; bantuan; pertolongan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| huluran | sesuatu yg dihulurkan, bantuan, pemberian, pertolongan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| huluran | sesuatu yg dihulurkan; bantuan; pertolongan. | Kamus Pelajar |
| derma bakti | bantuan yg dihulurkan demi sesuatu tujuan kebajikan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| menyenggau | 1 mencapai dgn tangan yg dihulurkan; menjangkau. 2 membakar dgn pantas (bkn api). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| mengumbut | 1. menarik kembali (tali yg dihulurkan dll), membongkar (sauh): maka jurubatu pun ~ sauh langsung ber-dayung; 2. mencabut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| senggau | ; menyenggau 1 mencapai dgn tangan yg dihulurkan; menjangkau. 2 membakar dgn pantas (bkn api). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| umbut II | ; mengumbut 1. menarik kembali (tali yg dihulurkan dll), membongkar (sauh): maka jurubatu pun ~ sauh langsung ber-dayung; 2. mencabut; ~ hati mengambil hati; ~ nyawa mencabut nyawa, membunuh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |