| pramasa | sebelum tiba masanya yg dijangkakan atau yg sebenar (bkn sesuatu kejadian, peristiwa dsb): kelahiran ~; kematian ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| terawal | 1. lebih awal (dahulu) drpd yg dijangkakan (ditetapkan dsb); 2. paling awal; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| lengah(delay) | Lambatnya isyarat sampai pada waktu yang dijangkakan. | Kamus Komputer |
| ironi | keadaan atau kejadian yg menunjukkan pertentangan atau kesan sebaliknya antara sesuatu yg dijangkakan dgn yg menjadi hakikatnya: ~nya jika “Dasar Belia Nasional” ini mahu diterima, maka dgn sendirinya kita mempersempit ruang lingkup pelaksanaan dasar itu sendiri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kesan sampingan | kesan yg turut timbul selain drpd kesan utama yg dikehendaki atau yg telah dijangkakan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| rancangan keputusan(decision plan) | Sistem atau peraturan yang digunakan untuk membuat keputusan apabila peristiwa atau masalah yang dijangkakan itu wujud. | Kamus Komputer |
| cereka sains | cereka tentang pengembaraan di angkasa lepas, dunia khayalan, kehidupan di planet lain dsb berdasarkan penemuan saintifik atau yg dijangkakan pd masa depan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| akan | 1. bagi, buat, pada, untuk: beli buku ~ daku; 2. utk menyatakan sesuatu kemungkinan (hendak terjadi sesuatu), utk menyatakan jangkaan tentang sesuatu (kejadian, perlakuan, perkembangan, dll), dijangkakan: Perdana Menteri ~ tiba pd pukul 10.00 pagi; penyakit itu ~ merebak jika penduduk-penduduk di daerah itu tidak disuntik segera; hari ~ hujan; 3. kata sendi yg menghubungkan kata kerja tak transitif dgn frasa nama (kadang-kadang dipendekkan menjadi kan): lupa ~ orang tua; tidak sedar ~ dirinya; 4. adapun, perihal, mengenai, tentang: ~ sekarang anak kita pun sudah besarlah; ~ harta peninggalan ayahnya itu ...; akan-akan mirip benar, hampir ada persamaan (pd rupa, sifat, dll): wajahnya ~ wajah arwah datuk saya; barangkali dia bukan anak raja, tidak ada ~ langsung dgn Seri Negeri; seakan-akan sama benar, seolah-olah, seperti: pemilihan pengerusi itu ~ pemilihan presiden suatu negara; mengakan ark bermaksud (hendak), mengarah: ~ utk mencapai sesuatu tujuan; mengakankan ark memisalkan, mengumpamakan; keakanan waktu yg akan datang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mencantas | 1. memangkas atau memancung (hujung dahan, kepala, dll); 2. ki memotong atau mengurangkan sesuatu (spt perbelanjaan) yg tidak perlu atau berlebihan: perbelanjaan yg tidak perlu terpaksa dicantas kerana kurangnya pendapatan yg dijangkakan pd tahun depan; 3. ki mengeluarkan atau menggugurkan sesuatu drpd senarai tertentu: namanya dicantas drpd senarai pemain bola sekolah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| menjangkakan | 1. menetapkan waktu (ukuran) atau apa yg harus dikerjakan (dan masanya): pekerjaan itu dijangka siap dlm masa satu tahun; 2. menduga, menyangka: hujan sudah berhenti, tidak jadi turun spt yg dijangkakan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |