| terjawab | dapat dijawab; tidak ~ tidak dapat dijawab, tidak dapat diberikan jawabannya atau penjelasannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| soal | 1. soalan: ~ semacam itu tidak perlu dijawab; 2. hal atau perkara (yg sulit atau rumit), masalah: ~ wang perlu difikirkan sedalam-dalamnya; ~ tarian dan pelajaran mendapat tempat istimewa dlm perbualan kami; ~ pokok hal (perkara) yg penting atau utama; ~ selidik sejumlah soalan yg dikemukakan secara berterusan dlm borang tertentu utk dijawab oleh sebilangan orang dlm usaha mencari dan mengumpulkan maklumat tertentu; bersoal mengemukakan soal, bertanya; menyoal mengemukakan pertanyaan, memberi soalan, menanya: Siti ~ lagi apabila didapatinya soalan tadi tidak mendapat jawaban; ~ balas menyoal seseorang yg memberi keterangan utk sesuatu pihak (pihak lawan dll) utk memastikan kesahihan keterangan yg diberikannya; menyoalkan menanyakan sesuatu kpd; mempersoalkan mengemukakan sesuatu sbg soal, menjadikan soal, membahaskan, membincangkan, memperdebatkan: akhbar itu pula ~ mutu hasil-hasil sastera sekarang; soalan sesuatu yg ditanyakan (dlm peperiksaan dll), pertanyaan: jawab lima drpd tujuh soalan yg di bawah ini; ~ bocor soalan (peperiksaan, ujian dsb) yg sudah diketahui sebelum peperiksaan, ujian dsb dijalankan: mereka mendapat ~ bocor SPM drpd pemuda itu; ~ ramalan soalan yg diramalkan akan keluar atau ditanyakan dlm peperiksaan, ujian dsb: dlm saat-saat akhir ini, Siti mahu memberi perhatian kpd ~ ramalan serta tip yg diberi oleh guru. persoalan 1. sesuatu yg dipersoalkan, masalah: semakin hari ~ wanita semakin menjadi bertambah menarik; 2. pembicaraan, perbahasan, perbincangan; penyoalan perihal atau perbuatan menyoal atau menyoalkan: cerpen ini berakhir dgn ~ terhadap dirinya; penyoal orang yg menyoal atau mengemukakan soalan: soalan yg dikemukakan oleh ~ itu sukar difahami oleh responden. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| jawab | balasan yg diucapkan apabila dipanggil (disoal dsb), sahut; soal ~ pertanyaan dan jawaban mengenai sesuatu atau berbagai-bagai perkara (biasanya disiarkan dlm akhbar, majalah, dsb); berjawab ada jawabnya, berbalas, disahuti: pertanyaannya masih belum ~ lagi; menjawab membalas (surat, pertanyaan, dll), menyahuti: dia tidak ~ sepatah pun; terjawab dapat dijawab; tidak ~ tidak dapat dijawab, tidak dapat diberikan jawabannya atau penjelasannya; jawaban, jawapan 1. jawab, balas(an): sebahagian drpd ~nya dapat kamu teka; 2. sesuatu yg dituliskan sbg penyelesaian atau keputusan terhadap sesuatu soalan atau masalah (terutamanya dlm ujian bertulis): sila berikan ~ yg tepat kpd soalan-soalan yg berikut; penjawab orang yg menjawab: sepuluh soalan yg meminta ~ mengenal jenis-jenis kata. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tidak terjawab | tidak dapat dijawab, tidak dapat diberikan jawabannya atau penjelasannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kontan keras | pd saat itu juga (dijawab, dibalas, dsb); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kuiz | ujian terhadap pengetahuan seseorang (dgn mengemukakan soalan-soalan utk dijawab). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| giat II | ejekan, cemuh: ~ dan cemuh kawan-kawannya tidak pernah dijawab; menggiat mengejek, mencemuh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| berbalas | 1. menjawab, menyahut: maka ~lah suara dr dlm rumah; 2. dijawab: cintanya tidak ~; 3. balas-berbalas: kedua–duanya pun ~ pantunlah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| berteka; ~-teki | bersoal jawab dgn teka-teki; mengucapkan teka-teki supaya dijawab. | Kamus Pelajar |
| berteka-teki | bersoal jawab dgn teka-teki; mengucapkan teka-teki supaya dijawab. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |