| mustajab | Ar 1. berjawab atau dikabulkan (doa, permintaan, dll), makbul: doa pun terlalu ~ dan barang pintanya pun dikabulkan Allah; 2. bp mujarab: ubat yg amat ~ utk penyakit sengal; memustajabkan menjadikan makbul (doa, permintaan dll), memakbulkan, memperkenankan: pd hari raya juga kita digalakkan memperbanyak doa kerana inilah harinya Allah ~nya; mudah-mudahan doanya itu dimustajabkan oleh Allah; kemustajaban perihal mustajab, kemanjuran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| termakbul | diterima atau dikabulkan (apa-apa yg dipinta); berhasil; diperkenankan: Mudah-mudahan ~ permintaan anakanda itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| makbul | = termakbul diterima atau dikabulkan (apa-apa yg dipinta); berhasil; diperkenankan: Mudah-mudahan ~ permintaan anakanda itu. memakbulkan menjadikan makbul; menyampaikan (maksud dll); memperkenankan: Semoga Allah ~ doa saya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| berterima | ark (telah) diterima, (telah) dikabulkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| masin perkataannya | perkataannya dituruti (dikabulkan dll) orang;; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| luhur | mulia, tinggi, agung: moga-moga citacitanya yg ~ itu dikabulkan Tuhan; meluhurkan mengagungkan, memuliakan, menghormati: ~ tanah air; keluhuran keagungan, kemuliaan, kebesaran: kekuatan puisi Amir Hamzah, kecuali dlm ~ angan yg dibeberkannya, terletak dlm kerapian bentuk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mengabulkan | membenarkan permintaan dll; meluluskan; mengizinkan: Semua permintaan ulama itu telah dikabulkan oleh Sultan Aceh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| mengabulkan | membenarkan permintaan dll; meluluskan; mengizinkan:Semua permintaan ulama itu telah dikabulkan oleh Sultan Aceh. | Kamus Pelajar |
| syafaat | Ar kelebihan yg dikurniakan Allah kpd Rasulullah SAW utk menolong umatnya di padang mahsyar kelak: barang pintanya dikabulkan Allah SWT dgn berkat ~ Nabi Muhammad SAW. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| masin | rasa spt rasa garam, asin; ~ lidah (mulut) apa yg dikatakan semuanya terjadi (kejadian dll), perkataannya dituruti (diterima) orang; ~ perkataannya perkataannya dituruti (dikabulkan dll) orang; air ~ air laut; telur ~ telur yg telah diasinkan (dgn cara memeram dlm air garam); belum tahu di~ garam prb masih belum mempunyai pengalaman; garam kami tidak ~ padanya prb perkataan kami tidak dipedulikan; memasinkan menjadikan sesuatu masin: air laut yg melimpah itu telah ~ tanah yg terletak di sepanjang pantai itu; kemasinan perihal masin (air dll), rasa masin; pemasinan proses (perbuatan) memasinkan: ~ ikan-ikan itu mudah dilakukan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |