Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dikemaskinikan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
mengemaskinikanmenjadikan kemas kini, mengusahakan dsb supaya (menjadi) kemas kini: kamus-kamus Melayu mestilah dikemaskinikan dgn tambahan kata-kata baru; meminda dan ~ beberapa peruntukan dlm akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984; ~ lagi pengetahuan yg sedia ada; mengadakan strategi baru atau ~ rancangan-rancangan lama;Kamus Dewan Edisi Keempat
perisian titi(bridgeware)Perisian atau perkakasan komputer yang berfungsi untuk menyambungkan peralihan antara dua sistem yang tidak serasi. Biasanya sistem yang dikemaskinikan akan dibekalkan dengan atur cara atau peranti penitian yang membolehkan atur cara atau penggunaan lama dijalankan oleh sistem baru.Kamus Komputer
penutupan teratur(orderly close-down)Pemberhentian sistem secara tersusun yang membolehkan sistem dimulakan semula dengan sempurna. Pesanan dan taraf sistem diselamatkan dan rekod serta fail yang terbuka dikemaskinikan dan ditutup terlebih dahulu. Bandingkan penutupan tidak teratur.Kamus Komputer
jumlah cincangan(hash total)Nombor yang terhasil setelah menjumlahkan medan untuk semua rekod dalam fail. Hasil jumlah cincangan ini digunakan sebagai penyemak rekod fail. Hasil jumlah ini dikira semula apabila fail itu disemak semula. Jika ada rekod yang berubah atau telah dikemaskinikan, maka hasil jumlah cincangan yang baru ini akan berbeza dengan nilai kiraan asal.Kamus Komputer
kemas kinilengkap dgn (mengandungi, mem­punyai, dsb) maklumat (data, ciri-ciri, unsur­-unsur, dsb) yg terbaru, sejajar dgn kemajuan (perkembangan dll) semasa: menyediakan data dan fakta yg ~; reka bentuk dan mutu yg ~; daftar atau jadual yg ~; mengemaskinikan menjadikan kemas kini, mengusahakan dsb supaya (menjadi) kemas kini: kamus-kamus Melayu mestilah dikemaskinikan dgn tambahan kata-kata baru; meminda dan ~ beberapa peruntukan dlm akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984; ~ lagi pengetahuan yg sedia ada; mengadakan strategi baru atau ~ rancangan-rancangan lama; pengemaskinian perbuatan (usaha dsb) mengemaskinikan: buku-buku tatabahasa yg ada itu berdasarkan bahasa Melayu dulu, jadi suatu usaha ~ perlu dilakukan.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas