| tumit spt pauh dilarik | tumit (perempuan) yg cantik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| bindu | sj alat utk mencengkam dan memusingkan benda-benda (spt kayu, gading) yg dilarik. membindu melarik sesuatu dgn menggunakan bindu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| melarik | 1. menjadikan licin dan bulat (dgn bindu), membindu, mencanai: catur gading baru dilarik; 2. mengorek atau melubangi, mengukir; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| bindu | sj alat utk mencengkam dan memusingkan benda-benda (spt kayu, gading dll) yg dilarik. membindu melarik sesuatu dgn menggunakan bindu. | Kamus Pelajar |
| larik I | ; melarik 1. menjadikan licin dan bulat (dgn bindu), membindu, mencanai: catur gading baru dilarik; 2. mengorek atau melubangi, mengukir; larikan hasil drpd melarik; pelarikan perbuatan atau hal melarik; pelarik alat utk melarik (bindu), alat utk membentuk belanga (labu air dll drpd tanah liat). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tumit | 1. bahagian yg di belakang sekali drpd tapak kaki (di bawah buku lali); ~ bagai lengkuas muda = ~ spt pauh dilarik = ~ telur burung tumit (perempuan) yg cantik; 2. bahagian drpd sesuatu yg menyerupai tumit: dia menghentakkan ~ sepatunya di lantai; cakap berdegar-degar, ~ di keting prb orang yg bercakap besar tetapi penakut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| melarik | 1 melicinkan dan menjadikan bulat dgn alat tertentu (bkn kayu, logam dll); membindu: Kerja-kerja ~ memerlukan ketelitian. 2 melicinkan dan membulatkan kayu, logam dsb dgn alat tertentu: Kaki kerusi itu siap dilarik. 3 mengorek atau melubangi sesuatu (dgn bor dsb): ~ lubang skru. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| larik | ; melarik 1 melicinkan dan menjadikan bulat dgn alat tertentu (bkn kayu, logam dll); membindu: Kerja-kerja ~ memerlukan ketelitian. 2 melicinkan dan membulatkan kayu, logam dsb dgn alat tertentu: Kaki kerusi itu siap dilarik. 3 mengorek atau melubangi sesuatu (dgn bor dsb): ~ lubang skru. larikan hasil drpd melarik. ~ kasar larikan yg dilakukan pd peringkat awal (sebelum larikan kemasan). ~ kemasan larikan yg dilakukan (selepas larikan kasar) utk melicinkan sesuatu. pelarik alat utk melarik (gading, kayu dsb); alat utk membentuk belanga (labu air dll) drpd tanah liat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| kelopak I | sesuatu yg tipis yg menjadi penutup atau pembalut; ~ buluh (rebung) pembalut buluh (rebung) yg masih muda; ~ bunga bahagian yg berwarna terang pd bunga; ~ jantung pembalut jantung pisang; ~ mata bahagian di antara kening dgn mata (yg menutupi mata), pelupuk mata; ~ salak kulit buah salak; spt ~ pandan prb menyatakan kecantikan (keelokan) tubuh dsb seseorang perempuan: betisnya spt ~ pandan, lehernya spt gambar dilarik; tinggal ~ salak prb habis segala harta (kerana kecurian dsb atau kerugian dlm perniagaan); berkelopak mempunyai kelopak; mengelopak, terkelopak terbuka (terkembang) kulit penutupnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| gading I | 1. taring gajah: keris berhulu ~; 2. = warna ~ warna putih kekuning-kuningan (spt warna gading); aur (buluh, nyiur) ~ aur (buluh, nyiur) yg berwarna kekuning-kuningan; 3. sl sepasang pengapit yg mengiringi pengantin; ~ pd gajah yg sudah keluar itu bolehkah dimasukkan pula? prb apa yg ditentukan tidak mungkin diubah lagi; bagai tanduk bersendi ~ prb sepasang yg elok dan padan; pucuk leban ~ gajah, bekerja segan makan gagah prb orang yg malas bekerja padahal ia tidak sakit; spt ~ dilarik prb rupa yg cantik dan bersih; sudah dapat ~ bertuah, tanduk tidak berguna lagi (terbuang tanduk kerbau mati) prb sebab mendapat yg baru, yg lama (atau kurang sempurna) dibuang; tak ada ~ yg tak retak prb tidak ada sesuatu yg betul-betul sempurna;bergading mempunyai gading, memakai gading; telah mati yg ~ prb telah meninggal orang yg berkuasa;menggading 1. menyerupai gading (nyiur yg baru tumbuh); 2. menikam dgn gading. | Kamus Dewan Edisi Keempat |