| nukil | nukilan; menukilkan memetik (cerita, karangan, dll), mengutip; nukilan sesuatu yg dipetik (dipungut dll), kutipan, petikan, pungutan: penelitian saya terhadap berbagai-bagai sumber spt ~ sejarah terbitan-terbitan yg berkaitan; nukilan sesuatu yg dipetik (dipungut dll), kutipan, petikan, pungutan: penelitian saya terhadap berbagai-bagai sumber spt ~ sejarah terbitan-terbitan yg berkaitan; penukil orang yg memetik (cerita, karangan, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| memungut | 1. mengambil atau mengutip sesuatu yg ada di bawah (kerana jatuh dll): semua barang lama, tempurung, botol, dll hendaklah dipungut, jangan dibiarkan bersepah-sepah; 2. memetik atau mengambil buah (bunga, hasil tanaman, dll): petani gembira ~ hasil tanaman mereka; kanak-kanak yg rajin ~ bunga; 3. ki mengambil manfaat (faedah, untung, dll): kita yg bersusah-payah, orang lain yg ~ hasilnya; 4. menarik atau mengutip (bia, cukai, derma, sewa, tol, dll): pertunjukan pentas kerana ~ derma bencana alam; kalau dapat bolehlah diberikan ubat-ubat itu tanpa ~ bayaran; hasil zakat yg dapat dipungut tahun ini sungguh memuaskan; 5. mengutip atau memetik (karangan dll), mengambil atau meminjam kata-kata (drpd bahasa lain): buku ini mengandungi beberapa cerita yg dipungut drpd beberapa hikayat yg terkenal; 6. = memungutkan ark mengambil akan anak, mengambil (laki-laki) utk dijadikan menantu, mengambil orang utk dijadikan pembantu rumah tangga: persatuan utk ~ anak-anak yg terbiar; akan kupungut anak cucunya; 7. = ~ suara mengundi dgn mengambil suara (anggota, rakyat, dll): cadangannya utk ~ suara seluruh ahli dewan diterima oleh ketua; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pungutan | sesuatu yg dipungut, pendapatan (perolehan, hasil) memungut: kata ~; wang ~; ~ suara a) referendum; b) pilihan raya; ~ zakat hasil kutipan zakat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pungutan | apa-apa yg dipungut: wang ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| cukai kastam | cukai yg dipungut oleh kerajaan atas barang-barang yg diimport atau dieksport. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| wang seraya | wang yg dipungut drpd penduduk (utk keperluan tempatan spt mem-bayar gaji ketua kampung dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| nukilan | sesuatu yg dipetik (dipungut dll), kutipan, petikan, pungutan: penelitian saya terhadap berbagai-bagai sumber spt ~ sejarah terbitan-terbitan yg berkaitan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kastam | 1. cukai yg dipungut oleh kerajaan atas barang-barang yg diimport atau dieksport; 2. jabatan kerajaan yg memungut cukai (atas barang-barang yg diimport atau dieksport): bapanya bekerja sbg pegawai rendah pejabat ~; pegawai ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| derma kilat | derma yg dipungut dgn serta-merta utk sesuatu bantuan kecemasan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pungutan | apa-apa yg dipungut: wang ~. | Kamus Pelajar |