| pertunangan | perihal bertunang (bertunangan): ~ antara Mahadi dgn Junah telah dirasmikan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| nikah gantung | perkahwinan yg sudah sah tetapi belum dirasmikan dgn perayaan (suami isteri belum tinggal serumah); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pertunangan | perbuatan atau hal bertunang: ~ anak raja itu telah dirasmikan. | Kamus Pelajar |
| pertunangan | perbuatan atau hal bertunang; ikatan bertunang: ~ anak raja itu telah dirasmikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| penubuhan | perbuatan atau hal menubuhkan sesuatu (persatuan, syarikat dll): ~ persatuan murid tua itu telah dirasmikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| tunang I, = tunangan | pertunangan perbuatan atau hal bertunang: ~ anak raja itu telah dirasmikan. | Kamus Pelajar |
| penubuhan | perbuatan atau hal menubuhkan sesuatu (persatuan, syarikat dll): ~ persatuan murid-murid tua itu telah dirasmikan. | Kamus Pelajar |
| tubuh | penubuhan perbuatan atau hal menubuhkan sesuatu (persatuan, syarikat dll): ~ persatuan murid-murid tua itu telah dirasmikan. | Kamus Pelajar |
| nikah | akad (perjanjian) yg mengandungi lafaz ijab dan kabul yg menghalalkan pasangan lelaki dan perempuan melakukan persetubuhan, perkahwinan: telah sudah ~, maka nasi adap-adapan pun dikeluarkan orang; akad ~ perjanjian perkahwinan; wakil ~ wakil pengantin lelaki dlm upacara nikah; ~ batin perkahwinan Orang Laut yg tidak menurut agama Islam; ~ gantung perkahwinan yg sudah sah tetapi belum dirasmikan dgn perayaan (suami isteri belum tinggal serumah); ~ taklik nikah dgn syarat-syarat (apabila tidak dipenuhi, gugur talaknya dll); ~ turun malim nikah utk menutup malu sahaja (selepas nikah bercerai pula); ~ zahir perkahwinan Orang Laut menurut agama Islam; ~ maharaja Boma (bumi) prb orang yg kerap kali berkahwin atau orang yg berkahwin dgn tidak mengeluarkan belanja apa-apa; masam bagai ~ tak suka prb tidak bersenang hati spt orang yg dipaksa kahwin; bernikah mengikat hubungan sbg suami isteri yg sah, melangsungkan perkahwinan: maka ~lah Tengku Kamariah itu dgn Raja Kecil; menikah berkahwin, bernikah: maka ~lah Jaliah dgn Basir; menikahi berkahwin dgn, mengahwini: ia tentu tak mahu ~nya dan mengambilnya jadi isteri; menikahkan menjadikan sbg suami isteri; mengahwinkan: maka kadi pun tampillah ~ si Luncai dgn Tuan Puteri itu; nikah-nikahan bp selalu bernikah, suka bernikah; pernikahan perbuatan atau hal bernikah, perkahwinan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tunang I | , = tunangan bakal isteri atau bakal suami bagi seseorang; orang yg sudah mengikat perjanjian utk menjadi suami atau isteri (kpd seseorang). bertunang mengikat janji utk menjadi suami isteri; mempunyai atau ada tunangnya. bertunangan (sudah) terikat oleh janji utk menjadi suami isteri; mempunyai perhubungan sbg tunang: Udi dan Uily baru ~, belum berkahwin lagi. menunang meminta anak gadis supaya menjadi bakal isteri; meminang; melamar. menunangkan menjadikan seseorang bertunang (dgn): Dia tidak mahu ditunangkan dgn gadis itu. mempertunangkan menjadikan bertunangan: Saudara-mara dr kedua-dua belah pihak akhirnya bersetuju utk ~ mereka berdua. pertunangan perbuatan atau hal bertunang; ikatan bertunang: ~ anak raja itu telah dirasmikan. penunangan perbuatan (hal dsb) menunang atau menunangkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |