| antara muka(interface) | Bahagian yang menjadi sempadan di antara dua komponen, litar, peranti, atau sistem. Bahagian ini menyambungkan peranti yang tidak sepadan untuk membolehkan maklumat diserah atau diambil antara satu sama lain. Antara muka boleh berbentuk mekanik, seperti permukaan perkakasan bersebelahan, berbentuk elektrik, seperti titik penjelmaan aras isyarat, atau berbentuk hubungan, seperti hubungan antara manusia dan mesin. | Kamus Komputer |