| cakera(disk) | Bahantara leper berbentuk bulat yang bersalut bahan magnet dan digunakan untuk menyimpan data dan atur cara. | Kamus Komputer |
| unit cakera(disk unit) | Lihat unit cakera magnet. | Kamus Komputer |
| tudung cakera(disk cover) | 1. Penutup pada pek cakera yang melindungi cakera daripada habuk atau ancaman lain. 2. Penutup pada bekas cakera yang melindungi cakera daripada habuk atau ancaman lain. | Kamus Komputer |
| sektor cakera(disk sector) | Kawasan jejak pada permukaan cakera keras atau cakera liut yang merupakan bahagian terkecil yang boleh menampung sejumlah rentetan data. | Kamus Komputer |
| sekatan cakera(disk partition) | Kawasan dalam cakera yang dibahagikan secara logik supaya blok kecil dapat disusun dengan lebih teratur. | Kamus Komputer |
| sampul cakera(disk envelope) | Sampul kertas atau plastik untuk menyimpan cakera liut apabila cakera tidak digunakan. | Kamus Komputer |
| salinan cakera(disk copy) | Cakera yang mengandungi salinan kandungan cakera lain. | Kamus Komputer |
| saku cakera(disk pocket) | Saku kertas atau plastik pada buku atau bekas khas yang digunakan sebagai tempat menyimpan cakera liut apabila cakera tidak digunakan. | Kamus Komputer |
| pustaka cakera(disk library) | 1. Bilik khas yang digunakan untuk menyimpan pak cakera magnet dalam suasana yang selamat dan terkawal. 2. Bahagian dalam perpustakaan yang digunakan untuk menyimpan cakera yang boleh dipinjam oleh pengguna perpustakaan. 3. Kumpulan cakera yang disimpan oleh pengguna komputer. | Kamus Komputer |
| penyalinan cakera(disk copying) | Lihat penduaan cakera. | Kamus Komputer |