Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ditangkap

Puisi
 

Anak serati ditangkap musang,
     Anak kedidi lari melompat;
Dalam hati terasa bimbang,
     Orang yang dicari belum dapat.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Kain ditangkap maka duduk.

Bermaksud :

Kemiskinan yang amat sangat.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
keok I(kéok) bunyi ayam ketika ditangkap atau kerana ketakutan; berkeok-keok, berkeokan berbunyi keok­-keok (spt bunyi ayam ketika ditangkap): pd satu tengah malam, kami terkejut oleh bunyi bising ayam berkeokan di bawah rumah.Kamus Dewan Edisi Keempat
tangkap~ basah ditangkap ketika seseorang sedang melakukan kesalahan (khasnya dlm kes khalwat); ~ buta ki menuduh orang dgn sembarangan sahaja; ~ gambar mengambil gambar; ~ gunting sj gerakan utk mengenakan lawan dlm silat; ~ lelong membeli barang yg dilelong; ~ muat mengambil mana yg sempat (ada) sahaja; ~ wap tidak berhasil atau sia-sia sahaja (perbuatan);bertangkap sl berkelahi seorang melawan seorang, bergelut, bergomol, bergusti: kedua-duanya ~, bergigit sama bercucuran darah; bertangkap-tangkapan saling bertangkap (bergelut): dua ekor harimau yg tengah ~ dgn hebat; menangkap 1. memegang sesuatu dgn tangan atau alat, memegang sesuatu yg ber­gerak cepat dll (dan tidak melepaskan­nya), me­m­erangkap binatang dsb: sukar utk ~ harimau; tempat ~ ikan; 2. menadah atau menyambut barang yg bergerak cepat atau yg dilemparkan: kamu dapati susah sangat hendak ~ bola apabila sebelah mata kamu ditutup; 3. mendatangi (menemui dsb) dan menahan orang yg berbuat kejahatan (melaku­-kan perbuatan jenayah dll), memberkas: se-baik-baik dia membuangkan pistolnya sahaja, mata-mata gelap itu ~nya; 4. mengam­­bil sbg tawanan, menawan: maka lasykarnya hulu-balang kedua itu semuanya habis dapat ditangkap oleh rakyat; 5. menerima atau memetik (siaran radio dll)): pembicaraan ini dapat ditangkap melalui mikrofon kita yg ter­sembunyi; 6. menerima atau dapat menger­ti (memahami, mengetahui, dll): dia masih tidak dapat ~ maksud kata-kata pengemis itu; 7. mencerap (dgn pancaindera), menang­gap: hanya beberapa orang yg dapat ~ maksud kata-katanya; 8. memberi hasil, mengena (pancing, jerat, dll): kailnya tidak ~; ~ angin ki tidak mendapat hasil sedikit jua pun; ~ bayang-bayang sia-sia sahaja; menangkapi menangkap berkali-kali, me­nangkap banyak-banyak, banyak yg ditang­kap: semua penjahat perang ditangkapi; menangkapkan menangkap sesuatu utk orang lain; tertangkap sudah ditangkap, terdapat, ter­kena (jerat dll), tertahan, tertawan; ~ basah = ~ tangan ditangkap (diketemui) sedang melakukan sesuatu (biasanya kejahatan); ~ muka bertemu muka dgn tiba-tiba; tangkapan 1. apa yg ditangkap, pendapatan menangkap, mangsa, tahanan: telinganya menangkap sesuatu yg menarik hati, tetapi ~ itu kurang jelas; 2. dlm keadaan tertang­kap, dlm tahanan: selepas drpd ~, aku sedar bahawa perjuangan kita hanya perjuangan kosong sahaja; ketangkapan (kena) penyakit yg datang dgn mengejut (dan boleh menyebabkan orang yg menghidapinya mati), apopleksi; penangkapan perihal menangkap, peme­gangan, penahanan, dll: pakatan sulit itu gagal dan ~ beramai-ramai telah dijalan­kan; penangkap 1. orang yg menangkap; ~ ikan nelayan; 2. alat utk menangkap; ~ suara alat utk menerima suara; sepenangkap sehasta (dr siku hingga ke buku jari).Kamus Dewan Edisi Keempat
direjengditangkap atau dipegang oleh orang ramai.Kamus Dewan Edisi Keempat
tertangkapsudah ditangkap; tertawan; terkena jerat dll.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tertangkap tanganditangkap (diketemui) sedang melakukan sesuatu (biasanya kejahatan);Kamus Dewan Edisi Keempat
tertangkap basahditangkap (diketemui) sedang melakukan sesuatu (biasanya kejahatan);Kamus Dewan Edisi Keempat
tertangkapsudah ditangkap, terdapat, ter­kena (jerat dll), tertahan, tertawan;Kamus Dewan Edisi Keempat
tangkap basahditangkap ketika seseorang sedang melakukan kesalahan (khasnya dlm kes khalwat);Kamus Dewan Edisi Keempat
tertangkap basahditangkap kerana berkhalwat;Kamus Dewan Edisi Keempat
tertangkapsudah ditangkap; tertawan; terkena jerat dll.Kamus Pelajar
12345678910...

Kembali ke atas