Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ditegur

Puisi
 

Kapal besar dari Ayupa,
     Hendak menuju kapal Bintulu;
Adik-adik jarang berjumpa,
     Belum ditegur terkidum dulu.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Biar kena tampar dengan jari yang bercincin daripada kena jentik dengan tangan yang berkudis.

Bermaksud :

Jikalau tersalah dalam sesuatu perkara, biarlah dihukum oleh orang yang berkuasa atau ditegur oleh orang yang berilmu, daripada dianiaya oleh orang kecil yang tak tahu apa-apa.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
hantu I1. ciptaan khayalan manusia yg menakutkan atau menggerunkan; bahasa ~ bahasa yg dipakai oleh pawang; jari ~ jari tengah; kena ~ = dirasuk ~ sakit kerana diganggu hantu; disapa ~ = tersapa ~ = ditegur ~ demam kerana ditegur hantu; 2. ki pengintip rahsia; ~ mata-mata pengintip rahsia bagi polis; 3. ki orang yg sangat jahat (buruk dll): ~ judi orang yg sangat suka berjudi; anak ~ anak yg sangat jahat; rupanya spt ~ rupanya tersangat buruk; 4. yg tumbuh liar, yg tumbuh dlm hutan: kacang ~; limau ~; pisang ~; ~ air hantu yg terdapat di air (di sungai dll); ~ angin hantu yg boleh mengaramkan kapal; ~ aru-aru hantu hutan; ~ bungkus hantu yg berupa mayat berbungkus; ~ bunian siluman (orang halus yg tinggal di hutan); ~ gunung (laut, rimba, sungai) hantu yg menjaga (menghuni) gunung (laut, rimba, sungai); ~ jembalang, ~ puaka, ~ tanah hantu-hantu penunggu; ~ raya hantu peliharaan utk menjadi pengawal (suruhan) tuannya; ~ toyol hantu peliharaan utk disuruh mencuri; takut di~ terpeluk ke bangkai prb mendapat kesusahan kerana takut akan sesuatu yg tidak patut ditakutkan; berhantu ada hantunya, kemasukan (kera­sukan) hantu; menghantu 1. menjadi hantu; 2. ki menimbulkan rasa takut (gelisah, resah, dsb): malam tambah ~; dia bersiar-siar ke luar kota utk melupakan kesibukan kota yg ~; menghantui 1. ki mengganggui (fikiran), mengusik (jiwa): peristiwa ngeri itu terus ~ fikirannya; 2. mempengaruhi (dgn cara menakut-nakutkan): dgn sikapnya yg agresif dia ~ manusia ke arah kekacauan dgn semboyan revolusi proletariat; kehantuan sifat atau perbuatan yg dikaitkan spt hantu: ia disejajarkan dgn sifat-sifat ~, kejelikan, dan kejahatan.Kamus Dewan Edisi Keempat
tersapa1. ark ditegur, diajak bercakap-cakap; 2. disapa, keteguran (oleh hantu, orang halus, dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
berseliparmemakai selipar: Mereka ditegur kerana hanya ~ ketika menghadiri kuliah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bermekapberhias dgn mekap; bersolek: Dia ditegur kerana asyik ~ saja.Kamus Pelajar Edisi Kedua
membengisiberlaku bengis terhadap: Guru itu ditegur kerana ~ anak muridnya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menegur2 memberikan nasihat; menasihati: Sesudah ditegur oleh ibu dan bapanya barulah dia rajin belajar.Kamus Pelajar
tegur; ~ sapa2 memberikan nasihat; menasihati: Sesudah ditegur oleh ibu dan bapanya barulah dia rajin belajar.Kamus Pelajar
lagak2 tak ubahnya spt; bagai: Apabila ditegur, ia menangis ~ anak-anak kecil.Kamus Pelajar
sadinbp pura-pura tidak tahu, acuh tak acuh: gadis itu buat ~ apabila ditegur.Kamus Dewan Edisi Keempat
kekasarankeadaan kasar; sifat kasar:Dia meminta maaf kerana ~nya itu. Dia ditegur kerana ~ tingkah lakunya.Kamus Pelajar
1234

Kembali ke atas