Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ditertawakan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
mentertawakan1. ketawa (tertawa) akan sesuatu, menggelakkan: murid-murid turut ketawa, walaupun tidak mengetahui apa yg ditertawakan oleh gurunya itu; 2. tertawa terhadap sesuatu: dia ditertawakan kerana kelucuannya; 3. tertawa kerana melihat se-suatu, mengejek, mencemuh: Fakar ~nya menjadikan hatinya semakin marah; dia memutuskan tidak akan lari kerana takut ditertawakan orang dan jadi giatan seumur hidup;Kamus Dewan Edisi Keempat
tertawaansesuatu yg ditertawakan: Telatah lucu adiknya menjadi ~ orang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tertawaansesuatu yg ditertawakan: Telatah lucu adiknya menjadi ~ orang.Kamus Pelajar
memperguraukanmempermain-mainkan supaya ditertawakan orang, memperolok-olok: adakah anak sebesar kau diperguraukan orang?Kamus Dewan Edisi Keempat
terpal, = kain ~tertawaan sesuatu yg ditertawakan: Telatah lucu adiknya menjadi ~ orang.Kamus Pelajar
mempermainkan1 memperlakukan utk bersenang-senang (mencari untung dll): Jangan suka ~ harta benda orang. 2 membuat sesuatu kpd seseorang supaya ia ditertawakan orang lain; memperolok-olokkan: Kamu suka benar ~ dia.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tawaperbuatan melahirkan rasa suka (dgn suara terkekeh-kekeh dll): kuat sungguh bunyi ~nya; ~ orang-orang yg sedang berseloroh itu kedengaran lagi; Tuan Haji Fuad menĀ­dengar deraian ~ ratusan muridnya; tertawa melahirkan rasa suka (senang hati) dgn suara terkekeh-kekeh, gelak, tergelak: kemudian ia ~ kuat-kuat; ~ kecil ketawa yg tidak kuat; ~ besar = ~ ter-bahak-bahak ketawa dgn keras dan nyaring; mentertawai 1. tertawa terhadap; 2. meng-hina, mengejek; mentertawakan 1. ketawa (tertawa) akan sesuatu, menggelakkan: murid-murid turut ketawa, walaupun tidak mengetahui apa yg ditertawakan oleh gurunya itu; 2. tertawa terhadap sesuatu: dia ditertawakan kerana kelucuannya; 3. tertawa kerana melihat se-suatu, mengejek, mencemuh: Fakar ~nya menjadikan hatinya semakin marah; dia memutuskan tidak akan lari kerana takut ditertawakan orang dan jadi giatan seumur hidup; tertawaan bahan ketawa: kelakuannya yg kebudak-budakan itu menjadi ~ orang; ketawa tawa; mengetawai mentertawai; mengetawakan mentertawakan.Kamus Dewan Edisi Keempat
guraupercakapan secara bermain-main, senda, kelakar, lawak, olok-olok: anakanda hendak mengusik ayahandakah dgn ~ jenaka anak-anda ini?; ~ senda = senda ~ berbagai-bagai kelakar; bergurau = ~ senda berbual secara bermain-main, bersenda, berjenaka, berkelakar: jangan ~ Aini, jangan berolok-olok; memperguraukan mempermain-mainkan supaya ditertawakan orang, memperolok-olok: adakah anak sebesar kau diperguraukan orang? gurauan, pergurauan senda, kelakar, jenaka.Kamus Dewan Edisi Keempat
tertawamelahirkan perasaan girang atau suka hati dgn suara terkekek-kekek; gelak: Mereka ~ berdekah-dekah mendengar budak itu berjenaka. mentertawakan 1 menjadikan atau menyebabkan tertawa: Kelakuannya itu ~ temannya. 2 tertawa akan; tertawa terhadap: Dia ~ kelakuan anaknya yg lucu itu. 3 tertawa dgn sikap mengejek atau menghina: Janganlah suka ~ orang cacat. tertawaan sesuatu yg ditertawakan: Telatah lucu adiknya menjadi ~ orang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
buaya I1. sj reptilia besar berkulit tebal, berbadan panjang dan hidup di air: Crocodilus spp.; jenis-jenisnya: ~ katak = ~ tembaga, Crocodilus porosus; ~ jolong-jolong = ~ jenjulung, Tomistoma schlegeli; ~ serunai, Crocodilus siamensis; 2. = ~ darat ki lelaki yg suka menukar-nukar pasangan wanitanya dan meninggalkan mereka setelah dinodai; adakah ~ menolak bangkai prb orang yg jahat tidak akan meninggalkan kesempatan utk membuat kejahatan; air tenang, jangan disangka tiada ~ prb orang yg tidak banyak cakap itu, jangan dipermudah (jangan disangka tiada berani dll); bergalah ke hilir tertawa ~, bersuluh di bulan terang tertawa harimau prb perbuatan yg sia-sia itu ditertawakan orang; kalau menyeberang sungai biarlah ditelan oleh ~, tetapi janganlah dipagut oleh ikan kecil-kecil prb kalau berbuat salah biarlah dihukum oleh orang besar, jangan dianiaya oleh orang kecil-kecil; tak akan terlawan ~ menyelam air prb tidak mungkin kita melawan orang yg kaya (berkuasa, pandai, dll); tak usah diajar anak ~ berenang, ia sudah pandai juga (sedia) prb tidak usah diajar orang yg sudah tahu; membuaya 1. menyerupai buaya, merangkak, meluncur; 2. berkelakuan spt buaya darat; membuayai 1. menipu, mengakali; 2. menggertak;kebuayaan sifat atau perbuatan buaya darat, sifat suka mempermainkan perempuan: ia hendak mendedahkan ~ pemuda-pemuda kota di dlm novelnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas