| perisai | 1. alat utk menangkis senjata (tikaman, pukulan, dll), taming: lembingnya ditimang-timangnya dgn ~ bergenta dikirap-kirapnya; 2. Id besi (keluli) tipis yg digunakan sbg pelindung (pd meriam dll); kereta ~ kereta tentera yg berdinding atau berlapis besi (utk melindungi drpd tembakan); 3. ki orang (benda dll) yg dijadikan pelindung diri (drpd bahaya, tuduhan, dll): abang akulah yg menjadi ~ku tiap-tiap kali aku bertengkar dgn kakakku; 4. barang drpd perak dll yg berupa perisai (taming) yg dijadikan hadiah kpd pemenang dlm pertandingan sukan dll: selesai pertandingan itu Abdul Hadi dijulang ke tepi padang membawa sebuah ~; ~ pusingan perisai yg dipertandingkan berulang-ulang (tidak terus menjadi hak pemenang pertama); berperisai memakai (mempunyai) perisai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| beranak | 1. melahirkan anak, bersalin: isterinya baru ~; dukun ~ bidan; sakit ~ sakit sewaktu melahirkan anak; 2. mempunyai anak: mereka sudah ~ dua orang; 3. dgn (bersama dgn) anaknya, kesemuanya (dua, tiga, dll orang) berserta dgn anak: orang itu tinggal tiga ~ di rumah itu; mereka datang empat ~ hendak berjumpa datuk penghulu; belum ~ sudah berbesan (dahulu) = belum ~ sudah ditimang prb keuntungan belum tentu akan dapat sudah bersenang-senang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| timang I | menimang, menimang-nimang 1. memegang anak dgn kedua-dua belah tangan sambil melambung-lambungkannya sedikit: ibu itu ~ anaknya; 2. meletakkan sesuatu pd tapak tangan serta menggerak-gerakkan tangan ke atas ke bawah: ia me-nimang-nimang gelang emas itu utk mengagak beratnya; 3. menimbang-nimbang (mempertimbangkan), memikirkan baik-baik: ~ buruk baik sesuatu rancangan; belum beranak sudah ditimang, belum duduk sudah berlunjur prb sudah bersenang-senang sebelum tercapai maksud; menimangkan sl mengangkat, mempertim-bangkan: maka anakanda baginda Raja Muzaffirlah ditimangkan baginda akan kerajaan; timangan, timang-timangan 1. = anak ~ anak yg sangat dikasihi atau dimanjakan; 2. = nama ~ nama lain drpd nama yg diberikan ketika lahir, gelaran: namanya Saliah, juga dipanggil comel sbg nama timang-timangan sejak kecil. | Kamus Dewan Edisi Keempat |