| tewas | /téwas/ 1 tidak menang; kalah (dlm permainan dll): Pasukan sekolahnya telah ~ dlm pertandingan badminton antara sekolah-sekolah. 2 terkorban (dlm peperangan dll); mati: Askar-askar itu ~ dlm peperangan. menewaskan 1 mengalahkan lawan dlm pertandingan dll; menundukkan: Dia telah berjaya ~ lawannya dlm pertandingan itu. 2 membunuh musuh dlm peperangan dll; mematikan. ketewasan 1 keadaan atau hal tewas; kekalahan. 2 kecelakaan; bencana. 3 telah ditewaskan; kalah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| terampil | cekap dlm melaksanakan sesuatu, dlm menyelesaikan masalah dsb; mampu dan cekap: Sejak pulang dr kursus itu, dia begitu ~ dlm menjalankan tugasnya. menerampilkan menjadikan terampil: Kita hendaklah berusaha utk ~ diri setiap masa. keterampilan keadaan atau sifat terampil; kecekapan; kemampuan (yg tinggi): Kursus utk meningkatan ~ dan kecekapan kakitangan juga diadakan. berketerampilan mempunyai keterampilan; bersifat terampil: Mereka menganjurkan program utk melahirkan usahawan yg dinamik dan ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| rukun fikli | rukun yg berupa perbuatan dlm ibadat (spt rukuk, sujud dlm sembahyang, sai dlm ibadat haji). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| teras | 1 bahagian yg keras dlm batang kayu; hati kayu. 2 besi dsb yg dililiti wayar (dlm elektromagnet atau dlm transformer) utk menguatkan medan magnetnya. 3 ki sesuatu yg terpenting atau yg utama; sesuatu yg menjadi asas atau dasar bagi sesuatu. ~ bumi bahagian di tengah-tengah bumi. berteras mempunyai atau ada terasnya: Pokok herba tidak ~. berteraskan mempunyai sesuatu sbg teras (asas dsb); berasaskan; berdasarkan: Kebudayaan Kebangsaan Malaysia haruslah ~ kebudayaan Melayu. menerasi menjadi teras (unsur penting) kpd: Jelas kelihatan bahawa agama dan adat ~ keperibadian mereka. ~ bumi bahagian di tengah-tengah bumi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| zink oksida | ist serbuk putih kekelabu-kelabuan yg tidak larut di dlm air dan digunakan dlm alat solek, sbg bahan pewarna dlm cat dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| tatatingkat | susunan atau kedudukan tinggi rendah dlm organisasi, masyarakat dsb berdasarkan taraf atau kekuasaan; hierarki: Wujudnya ~ dlm hubungan antara individu dlm sesebuah keluarga. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| tatatanda | ist tanda atau simbol yg digunakan utk mewakili sesuatu kuantiti atau unsur dlm bentuk yg khusus, spt dlm matematik atau dlm muzik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| tatacahaya | sistem pencahayaan dlm penggambaran filem, pementasan dsb utk menghasilkan kesan tertentu: Usaha utk menghasilkan kesan yg menarik pd ~ tidak berjaya. penatacahaya orang yg mahir dlm mengendalikan tatacahaya: Tatacahaya dlm filem yg menarik itu dikendalikan oleh ~ yg sangat berpengalaman. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| tiub | 1 silinder yg dibuat drpd kaca, getah dll dan berlubang di tengah-tengahnya. 2 bahagian dlm tayar yg diisi angin. 3 struktur yg berbentuk silinder dan berlubang di tengahnya yg terdapat dlm badan atau dlm tumbuh-tumbuhan. ~ Eustachio ist tiub yg menghubungkan telinga tengah dgn farinks. ~ Fallopio ist tiub yg membawa ovum yg dihasilkan oleh ovari ke dlm rahim. ~ pengering ist tiub yg diisi dgn bahan pengering spt kalsium klorida, dan digunakan utk mengeringkan gas atau wap. ~ sinar katod ist tiub vakum yg di dlmnya terdapat sinar elektron yg difokuskan pd skrin utk menampakkan pancaran cahaya, dan digunakan dlm osiloskop, televisyen dsb. ~ vakum ist tiub yg divakumkan dan mengandungi beberapa elektrod utk mengawal pengaliran elektron. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| suntik | ; jarum ~ jarum yg digunakan utk memasukkan ubat ke dlm badan. ubat ~ ubat yg dimasukkan ke dlm badan dgn menggunakan jarum suntik. menyuntik 1 mencungkil duri keluar dr dlm daging dgn menggunakan jarum suntik. 2 mencucuk bahagian badan dgn jarum suntik utk memasukkan ubat. menyuntikkan 1 memasukkan ubat ke dlm badan dgn menggunakan jarum suntik. 2 memasukkan benih penyakit ke dlm badan. suntikan hasil (hal dsb) menyuntik atau menyuntikkan: ~ mencegah malaria. penyuntikan perbuatan menyuntik atau menyuntikkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |