Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata duduk nya


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
mengernyam1. tidak tetap duduk­nya, gelisah, lincah; 2. bp bernafsu, gatal (bkn perempuan).Kamus Dewan Edisi Keempat
kernyam; mengernyam 1. tidak tetap duduk­nya, gelisah, lincah; 2. bp bernafsu, gatal (bkn perempuan).Kamus Dewan Edisi Keempat
di sisi1 di sebelah kanan atau kiri: Saya duduk ~nya. 2 dr segi sesuatu pandangan atau pendapat: ~ undang-undang, kita mempunyai hak yg sama.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sisi1 di sebelah kanan atau kiri: Saya duduk ~nya.Kamus Pelajar
di sisi 1 di sebelah kanan atau kiri: Saya duduk ~nya.Kamus Pelajar
ketinggian1. perihal tinggi, taraf (keadaan dsb) yg tinggi: pendidikan dapat membawa kpd kejayaan dan ~ kedudukan seseorang dlm masyarakat; sastera yg mengagungkan ~ budi; 2. (tempat dll) yg lebih tinggi duduk­nya (letaknya): peti yg berisi jenazah itu di-letakkan di tempat yg agak ~ di tengah aula; 3. terlalu tinggi: dahan itu tidak dapat dicapai-nya kerana ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
menemani1. turut serta, mengawani, meng­iringi, menyertai: dia senang melihat kawan­nya ~nya duduk di situ; malam itu Ramlan ~ Swee Meng pergi memanggil bidan; 2. ki menjadikan sbg pemakan (nasi dll), melawan­kan: sayur pucuk ubi ditemani oleh sambal belacan dan ikan goreng;Kamus Dewan Edisi Keempat
bertimpuh= duduk ~ duduk dgn melipatkan kedua-dua belah kaki dan dgn punggung di atasnya, bersimpuh: Normah ~ di atas tikar, suaminya bersila di hadapan­nya;Kamus Dewan Edisi Keempat
timpuhbertimpuh = duduk ~ duduk dgn melipatkan kedua-dua belah kaki dan dgn punggung di atasnya, bersimpuh: Normah ~ di atas tikar, suaminya bersila di hadapan­nya; timpuhan keadaan bertimpuh, simpuhan.Kamus Dewan Edisi Keempat
duduk1 meletakkan badan bertumpu pd punggung (bersila, bersimpuh dll): Dia ~ di atas permaidani merah. 2 tinggal; diam: Dia ~ di Melaka lebih kurang lima tahun. 3 letak; tempat: Tudung botol itu tidak betul ~nya, nanti tumpah pula isinya. 4 berada (di sesuatu tempat): Pd hari itu, dia cuma ~ di rumah. 5 berkahwin; bernikah. ~ berjuntai duduk di tempat yg tinggi dgn menjuntaikan kaki. ~ bersila duduk dgn melipatkan kaki dan menyilangkannya. ~ bersimpuh (bertimpuh) duduk dgn melipatkan kedua-dua belah kaki ke belakang. duduk-duduk (duduk) berehat-rehat sambil mengambil angin: Mereka suka ~ di serambi itu selepas makan. menduduki 1 duduk di: Dia masuk dan terus ~ tempat yg disediakan. 2 bertempat tinggal di; mendiami; menghuni: Tidak seorang pun yg mahu ~ rumah yg dikatakan berhantu itu. 3 memasuki atau mengambil sesuatu peperiksaan atau ujian: Razak baru saja ~ peperiksaan undang-undang. 4 mendapat; menempati: Dia ~ tempat kedua dlm pertandingan itu. 5 menyerang, mengalahkan dan menguasai sesebuah negara; menakluk: Tentera Jepun ~ Tanah Melayu dr tahun 1941 hingga tahun 1945. mendudukkan 1 menempatkan; meletakkan: Dia ~ budak itu di atas tilam. 2 mempersilakan (menyuruh) duduk: Sultan telah ~ puteranya yg bongsu di sisinya. 3 menjadikan bersuami atau beristeri; mengahwinkan; menikahkan: Telah Tun Fatimah besar, maka hendak didudukkan oleh Bendahara Seri Maharaja dgn Tun Ali. terduduk terjatuh duduk; duduk dgn tiba-tiba: Dia tergelincir terus ~ di atas simen yg kotor itu. dudukan tempat letak sesuatu alat dll: ~ spring. kedudukan 1 tempat tinggal; tempat yg didiami: ~ pengganas-pengganas itu masih belum diketahui lagi. 2 tempat letaknya: ~ negeri Sabah dan Sarawak ialah di bahagian utara Pulau Kalimantan. 3 keadaan atau selok-belok sesuatu perkara (hal): Bagaimana ~ masalah itu sekarang? 4 tingkatan taraf (darjah, martabat dll): ~ seseorang menteri dlm masyarakat adalah tinggi. 5 cara (keadaan) sesuatu benda dll diletakkan; cara (keadaan) seseorang duduk, berdiri dll: Bagaimana ~ mereka semasa kamu melawati rumah mereka? sekedudukan sama kedudukannya (bkn taraf, tempat letaknya, tempat tinggal, cara, keadaan dll). bersekedudukan 1 mempunyai kedudukan (taraf, keadaan dll) yg sama. 2 tinggal bersama spt suami isteri tanpa nikah: ditangkap kerana ~. pendudukan perbuatan menakluk sesebuah negara; penaklukan: Dlm masa 12 tahun selepas ~ Jepun, kebanyakan negara di Asia Tenggara telah mendapat kemerdekaan. penduduk orang yg menduduki sesuatu tempat (negeri dll). kependudukan segala hal mengenai penduduk sesuatu tempat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas