| eksekutif | /éksékutif/ orang atau sekumpulan orang yg mempunyai kuasa dan tanggungjawab dlm pentadbiran atau dlm pengurusan sesebuah organisasi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| eksekutif | (éksékutif) (orang atau golongan) yg mempunyai kuasa dan tanggungjawab berkaitan dgn pentadbiran atau pengurusan sesuatu organisasi (syarikat perniagaan dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| eksekutif | /éksékutif/ orang atau sekumpulan orang yg mempunyai kuasa dan tanggungjawab dlm pentadbiran atau dlm pengurusan sesebuah organisasi. | Kamus Pelajar |
| eksekutif(executive) | Lihat atur cara eksekutif. | Kamus Komputer |
| ramah eksekutif(executive-friendly) | Ciri perkakasan atau perisian komputer yang membolehkan para eksekutif pengurusan menggunakan sistem tersebut dengan mudah dan cepat bagi tujuan pengurusan. | Kamus Komputer |
| Exco | (éksko) akronim bagi 1. Executive Councillor a) Ahli Dewan Undangan Negeri yg dilantik, sama ada oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri sesebuah negeri di Malaysia utk menganggotai badan eksekutif kerajaan negeri; b) ahli jawatankuasa sesebuah pertubuhan atau persatuan, biasanya yg besar; 2. Executive Council a) badan eksekutif yg membuat dasar bagi kerajaan negeri; b) jawatankuasa pertubuhan atau persatuan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pengarah eksekutif | ahli lembaga sesebuah syarikat yg juga merupakan staf (biasanya sepenuh masa) syarikat itu yg mempunyai tanggungjawab tertentu, mis yg berkaitan dgn kewangan dan pengeluaran; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pengarah bukan eksekutif | pengarah sesebuah syarikat yg bukan ahli sepenuh masa syarikat itu, tetapi memberikan khidmatnya dlm menasihati pengarah-pengarah lain; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| atur cara eksekutif(executive program) | 1. Atur cara yang mempunyai kuasa kawalan penyeliaan terhadap sistem dan sumber sistem. 2. Nama lain bagi sistem pengendalian komputer. | Kamus Komputer |
| jemaah menteri | badan eksekutif yg terdiri drpd para menteri, yg secara kolektif bertanggungjawab bagi menentukan dasar kerajaan, kabinet; | Kamus Dewan Edisi Keempat |