Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata entry


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
titik permulaan(entry point)1. Tahap permulaan yang perlu dicapai oleh sistem komputer bagi melaksanakan sesuatu kegunaan. 2. Tahap bagi kawalan atur cara memasuki suatu rutin atau prosedur.Kamus Komputer
sistem permulaan(entry system)Jenis sistem komputer yang perlu diperoleh buat permulaan untuk melaksanakan sesuatu kegunaan. Sistem ini boleh dikembangkan kemampuannya kemudian apabila keadaan mengizinkan.Kamus Komputer
aras permulaan(entry level)1. Tahap sesuatu pihak dibenarkan masuk untuk menggunakan sistem komputer yang dilindungi. 2. Perkakasan atau perisian paling minimum untuk pelanggan membentuk suatu sistem.Kamus Komputer
pemasukan manual(manual entry)Proses memasukkan data oleh operator atau pengguna melalui penaipan atau cara lain yang bukan automatik.Kamus Komputer
pemasukan data(data entry)Proses menukarkan data kasar kepada bentuk yang sesuai untuk diproses oleh komputer. Proses ini meliputi semua kaedah masukan komputer, seperti penaipan, pengimbasan, penulisan, dan pertuturan.Kamus Komputer
entri tertangguh(deferred entry)Masukan tertangguh sesuatu proses ke dalam subrutin kerana terpaksa menunggu kawalan dipindahkan dari atur cara utama atau subrutin lain apabila peristiwa tak segerak yang ditunggu tiba.Kamus Komputer
entri pembilang(counter entry)1. Data input yang digunakan oleh pembilang. 2. Tahap permulaan proses pembilangan.Kamus Komputer
entri data(data entry)Lihat pemasukan data.Kamus Komputer
sistem entri pesanan(order entry system)Bahagian input sistem pengurusan maklumat inventori berkomputer yang mengelolakan penerimaan pesanan pelanggan bagi barangan atau perkhidmatan.Kamus Komputer
fungsi bersihkan entri(clear entry function)Fungsi untuk membersihkan entri data.Kamus Komputer

Kembali ke atas