| faksimile | /faksimilé/ 1 salinan dokumen yg berupa teks, gambar dsb yg betul-betul menyerupai yg asal. 2 = mesin ~ alat utk menyalin dan menghantar imej cetak ke satu tempat yg lain menerusi talian telefon. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| faksimile | (faksimilé) salinan yg betul-betul menyerupai yg asal, spt gambar atau teks. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| faksimile(facsimile) | Sistem penghantaran salinan imej dokumen melalui rangkaian telefon atau rangkaian komputer. | Kamus Komputer |
| faks | singkatan bagi faksimile. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| faks(fax) | Singkatan bagi faksimile. | Kamus Komputer |
| telepemasaran | /télépemasaran/ kaedah memasarkan barang, produk dsb yg menggunakan sistem telekomunikasi, spt telefon, mesin faksimile. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| telepemasaran | (télépemasaran) teknik atau kaedah memasarkan barang dsb yg mengguna-kan sistem telekomunikasi spt telefon, mesin faksimile, teleks dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| penghantar-terima faks(fax transceiver) | Peranti yang mempunyai modul penghantar dan modul penerima yang boleh menghantar dan menerima faksimile. | Kamus Komputer |
| mesin niaga(business machine) | Perkakasan elektronik dan mekanik, seperti mesin taip, mesin salinan foto, pencetak, komputer, telefon, dan faksimile, yang digunakan dalam urusan perniagaan. | Kamus Komputer |