| mula | 1. = asal ~ asal, pokok pangkal: mari kita kembali ke ~nya; 2. yg paling awal, yg dahulu sekali, punca atau pangkal (keadaan tempat, waktu, dll); ~ pertama yg paling awal, pertama sekali; wang ~ wang yg dibayar dahulu (cengkeram, pertaruhan); 3. sebab, lantaran, fasal: apa ~nya dia datang ke mari? mula-mula 1. terlebih dahulu, pd awalnya, pertama-tama: binatang yg ~ sekali mening-galkan laut utk hidup di darat ialah cacing; 2. sejak, semenjak: ~ sampai ia belum makan lagi; semula 1. yg dahulu, yg mula-mula, sediakala: orang sakit itu sudah sembuh spt ~; 2. yg paling awal, yg pertama sekali: pendapatnya sekarang ini berlainan dr ~; 3. (sejak) awal, (dr) mula sekali: sejak ~ dia tidak bersetuju; 4. diulang sekali lagi (dr mula), lagi sekali: sejurus kemudian ia merebahkan dirinya ~ di atas katil; 5. balik (spt sediakala), kembali (spt dahulu): perasaan marah dan geramnya telah sejuk ~; membebaskan bandar itu ~ drpd tangan musuh; ~ jadi yg diwarisi baka; bermula 1. mempunyai mula (awal): penya-kit ini ~ dgn selesema; 2. berpunca, berpangkal: banjaran ini ~ dr negara Thai; 3. = bermula-mula terdahulu sekali, pertamatama: bermula-mula yg masuk neraka itu segala raja yg zalim; 4. sediakala, yg dahulu, yg mula-mula: kedua laki isteri itu pun sama-sama duduk spt ~ dan berpandang-pan-dangan; 5. = sebermula sl pembuka kata utk sesuatu kisah dll, kata permulaan utk sesuatu kisah (peristiwa dsb), pertama-tama: ~ maka sampailah umurnya delapan belas tahun; sebermula bangkai bertimbun spt gunung, darah spt laut; 6. sl (yg) awal atau asal: maka semuanya dipersembahkan oleh Laksamana, dr ~ sampai kpd akhirnya; kebermulaan perihal (keadaan) bermulanya: mustahillah utk mempercayai ~ waktu; mulai 1. mula-mula melakukan sesuatu: pd malam Jumaat ~lah ia datang mengintai di situ; pd hari itu juga aku ~ pula mengajar Tuan Thomson; 2. sejak (semenjak), dari: larangan itu berlaku ~ hari Khamis ini; memulakan 1. = memulai mula membuat (melakukan) sesuatu: dia terus menunjukkan cara mereka ~ peraduan itu; 2. melakukan (mengerjakan) dr mula, mengasaskan: me-mang sukar hendak ~ sesuatu perniagaan tetapi adalah lebih sukar lagi utk memelihara perniagaan itu; 3. membiarkan mula melakukan sesuatu: orang Parsi menunggu orang Islam ~ serangan; termula bp telah dimulakan: apabila sudah ~, susah hendak meninggalkan candu rokok ini; permulaan 1. awal, yg awal (pertama) sekali, yg terdahulu: pd peringkat ~ inilah, penyakit itu boleh mendatangkan bahaya; 2. dasar, asas: Upu Daeng Mariwah itu ialah Yang Dipertuan Muda dan ialah yg mem-buat pokok ~ sumpah setia Melayu dan Bugis; 3. pendahuluan; ~ kata (kalam) kata pendahuluan: penyiasatan ~; berpermulaan mempunyai permulaan: se-suatu perbuatan harus ~; pemula 1. orang yg mula-mula membuat sesuatu; 2. sesuatu yg dipakai utk memulakan sesuatu; 3. Id pasukan anak serigala (sebelum pengakap). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| umum I | 1. secara keseluruhan (tidak pd atau mengenai yg tertentu sahaja), bersifat menyeluruh, mengenai keseluruhan sesuatu, lwn khusus (khas): perbualan kami bersifat ~ belaka; penjelasan emaknya itu terlalu ~ dan tidak dapat meredakan kegelisahan-nya; pemandangan ~ pemandangan mengenai keseluruhan soal; pd ~nya pd keseluruhannya, ghalibnya, kebiasaannya; 2. khalayak ramai, orang banyak (bukan orang atau golongan tertentu sahaja): sebagaimana yg diketahui ~, di negeri ini cuma ada empat buah akhbar yg menyebarkan siarannya dlm Bahasa Kebangsaan; kepentingan ~ kepen-tingan orang banyak, kepentingan semua orang (tidak terbatas kpd orang atau golongan tertentu); rapat ~ rapat utk orang ramai; 3. berkaitan dgn orang ramai, utk orang ramai; pilihanraya ~ pemilihan (dgn cara mengundi) yg dilakukan oleh semua orang; rumah sakit ~ rumah sakit utk sekalian orang (bukan utk orang tertentu sahaja); 4. sudah diketahui oleh orang banyak, bukan merupakan rahsia lagi, sudah tersiar ke mana-mana: cerita itu sudah ~, tidak perlu diceritakan lagi; 5. biasa terdapat (digunakan dll) di mana-mana, sudah lazim, tidak asing lagi: sudah banyak perkataan Indonesia yg ~ dipakai di sini; seumumnya 1. sekaliannya, seluruhnya, semuanya: pendeknya perkara-perkara yg bersangkut-paut dgn kepentingan kebangsaan ~ diserahkan kpd kerajaan pusat; keten-teraman yg amat dihajati oleh manusia ~; 2. pd kebiasaannya, pd lazimnya, pd umum-nya; mengumumkan 1. memberitahu kpd orang ramai, memaklumkan, menyerantakan: beliau ~ hari ini bahawa pelajaran sains akan diadakan menerusi televisyen; 2. menyiarkan (dlm akhbar dll), menyebarkan: keputusan-keputusan lengkap peperiksaan akan di-umumkan dlm akhbar-akhbar tempatan; 3. menjadikan umum, menjadikan tersebar di merata-rata tempat, melazimkan; keumuman perihal (sifat dsb) umum, sifat menyeluruh (tidak khusus kpd sesuatu): ~ dan kekhususan tiap-tiap satu kemahiran itu tidak sama; ~ fasal-fasal yg terkandung dlm syarat-syarat dan peraturan-peraturan itu; pengumuman 1. perihal (perbuatan dsb) mengumumkan, pemberitahuan kpd orang ramai, pemakluman: kerajaan dijangka akan membuat ~ mengenai pelantikan itu tidak berapa lama lagi; 2. yg diumumkan: ~ dlm akhbar itu ringkas sahaja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sebab | yg mengakibatkan sesuatu, fasal, kerana, lantaran, mula: doktor dapat mencari ~ penyakit itu; ia dipecat ~ malas; oleh ~ kerana; ~-musabab berbagai-bagai sebab; bersebab ada sebabnya (alasan mulanya): sakit bermula mati ~; polis tidak ada kuasa utk menangkap orang dgn tidak ~; menyebabkan menjadikan sebab, meng-akibatkan: hanya belas kasihan oranglah yg ~ dia masih hidup menumpang di rumah itu; hal ini telah ~ kemarahannya semakin meluap-luap; tersebab disebabkan oleh, terjadi kerana: kuakui bahawa segala kesalahan tidak ~ oleh orang lain; penyebab 1. orang (pihak dsb) yg menjadi sebab atau punca kpd sesuatu (kejadian, peristiwa, perbuatan, dll); 2. sesuatu (spt penyakit, bencana alam, dll) yg menjadi sebab kpd sesuatu: dia tidak menyangka tindakan-nya yg menurut hati itu menjadi ~ dirinya tersadai dlm kancah kehinaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| punya | 1. = mempunyai menaruh, ada, memiliki: kau masih ~ duit?; ~ kerja Jk berhajat (mengadakan perayaan perkahwinan dll); 2. = kepunyaan sesuatu yg dimiliki, hak, milik: buku ini ~ saya bukan ~ tuan; 3. = yg ~ = tuan ~ yg memiliki, pemilik: tolong kembalikan buku ini kpd tuan ~nya; manusia sejati yg ~ segala kemungkinan; ini saya ~ saya pemiliknya (kepunyaan saya); 4. bp milik drpd; dia ~ fasal fasalnya; dia ~ rumah rumahnya; engkau ~ salah salahmu; tuan ~ hal hal tuan; 5. bp sesudah begitu lama (berjalan, berhitung, berfikir, dll), dgn sungguh-sungguh, baik-baik (utk mempersangat): jalan ~ jalan bersualah mereka dgn seorang perempuan; hitung ~ hitung wang itu ternyata kurang juga apabila dihitung-hitung atau apabila dihitung betul-betul; fikir ~ fikir akhirnya diterimanya juga tawaran itu sesudah berfikir-fikir atau sesudah difikirkan sungguh-sungguh; pilih ~ pilih terdapat nyiur ditebuk tupai apabila memilihmilih sangat terdapat yg tidak elok; sepunya dimiliki (dipunyai) bersama oleh dua pihak atau lebih: kerjasama ini jelas kelihatan dgn munculnya satu bidang ~; berpunya 1. ada yg punya (empunya), sudah dimiliki, bertuan: harta tidak ~ harta yg tidak ada pemiliknya; 2. sudah bersuami (beristeri), sudah bertunang: gadis itu sudah ~, jangan diganggu lagi; 3. berada, kaya (orang): dia suka bergaul dgn orang yg ~ sahaja; mempunyai, mengepunyai ark, mengempunyai ark memiliki, menaruh: fantasi sebenarnya suatu pembawaan yg tidak dipunyai oleh tiap-tiap orang; Pak Kaduk dan Lebai Malang memang merupakan manusia yg dungu tetapi ~ daya berfikir; mempunyakan ark 1. menjadikan milik; 2. mempunyai; kepunyaan sesuatu yg dipunyai (oleh), hak, milik: kebanyakan tanah ini ~ orang kampung; pemunya yg empunya, yg mempunyai, pemilik; empunya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| ahli I | 1. anggota (pertubuhan, persatuan, golongan, dll): ~ parti politik; ~ persatuan sejarah; 2. orang yg mahir atau mempunyai pengetahuan yg mendalam dlm sesuatu bidang, pakar: ~ bahasa; ~ muzik; ~ sains; 3. sangat mahir, pakar: kalau fasal menghias, dia memang ~; ~ bahasa orang yg mahir atau mempunyai ilmu yg mendalam dlm bidang bahasa; ~ bersekutu anggota (persatuan dll) yg tidak mempunyai taraf dan hak-hak ahli yg sepenuhnya (mempunyai hak bersuara dan hak dipilih utk memegang sesuatu jawatan); ~ biasa anggota (persatuan dll) yg mempunyai taraf dan hak-hak ahli yg sepenuhnya (mempunyai hak bersuara dan hak dipilih utk memegang sesuatu jawatan); ~ falak orang yg pakar tentang cakerawala (banyak tahu tentang kedudukan, pergerakan, dsb bulan, bintang, dll); ~ falsafah = ~ fikir orang yg mempunyai kemampuan memikirkan hal-hal yg bijaksana (yg berkaitan dgn alam, kehidupan, manusia, dll); ~ gusti orang yg pandai dan juga sering kali bergusti; ~ juri salah seorang drpd sekumpulan orang yg dipertanggungjawabkan membuat keputusan tentang sesuatu perkara yg dibicarakan dlm mahkamah; ~ kaji bumi (kaji hayat, kaji manusia, dll) orang yg pakar tentang kaji bumi (kaji hayat, kaji manusia, dll); ~ kehormat ahli yg keanggotaannya diberi sbg suatu kehormatan kerana khidmat atau jasanya (yg tidak dibayar); ~ linguistik orang yg mengkaji atau mengajarkan linguistik; ~ majlis tempatan wakil rakyat yg menjadi anggota majlis yg mentadbirkan kawasan (daerah) tempatan; ~ parlimen anggota parlimen (orang yg menduduki kerusi di Parlimen sbg wakil rakyat di sesuatu kawasan pilihan raya); ~ sains orang yg arif dlm salah satu cabang ilmu sains (spt botani) yg terlibat secara langsung dgn kerja-kerja kajian bidang ini; ~ sukan orang yg berminat dan juga sering kali mengambil bahagian dlm sukan; ~ terapi orang yg mahir dlm sesuatu jenis terapi; ~ tetap ahli yg sentiasa atau secara tetap menjadi anggota sesuatu (spt jawatankuasa dll); ~ tinju orang yg pandai bertinju dan selalu berlawan tinju; mengahlikan; ~ diri memahirkan diri dlm sesuatu ilmu pengetahuan (bidang kegiatan, pekerjaan yg dilakukan, dll), berusaha atau bergiat agar menjadi ahli: mula-mula ia ~ dirinya dlm ilmu fikah; keahlian 1. kemahiran dlm sesuatu ilmu (kepandaian, pekerjaan, dll): penterjemah yg baik memerlukan ~ seorang pengarang; 2. perihal menjadi ahli, kedudukan (hak) sbg ahli, keanggotaan: ~nya dlm kelab ini telah dibatalkan; berkeahlian mempunyai keahlian: mereka yg ~ dlm ilmu sains moden. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| hulur I | ; menghulur 1. membiarkan sesuatu (spt tali dll) lepas menjadi panjang, mengumbai: ~ tali kail; ~ tali layang-layang; 2. menjadi panjang, memanjang, mulur: plastik kalau ditarik boleh ~; 3. keluar memanjang, mengunjur: sebelah tangannya ~ keluar; 4. memanjangkan (umur, perbincangan, dll), mengundurkan masa, menunda-nunda: penukaran jantung dapat ~ umur orang yg menderita penyakit jantung; ~ perdebatan; 5. memberi sesuatu kpd seseorang dgn memanjangkan tangan sedikit, mengunjukkan: sambil ~ minuman dan buah-buahan ia merenungi muka suaminya; menghulur-hulur 1. memanjang-manjangkan (waktu, perbicaraan, dsb), menangguh-nangguh (janji, persetujuan, dsb); 2. Id, bp mentafsirkan (fasal dlm undang-undang, perjanjian, dll) mengikut kehendak sendiri (diluaskan atau disempitkan mengikut kehendak sendiri); menghuluri memberikan (menyampaikan) sesuatu kpd: maka oleh Kapitan Mor disuruhnya huluri cindai Tun Amat Ali dibawanya naik ke atas kapal; menghulurkan 1. melepaskan sesuatu (spt tali dll) agar menjadi panjang: maka tali pun dihulurkan ke bawah dan raga pun dikosongkan; 2. mengeluarkan memanjang, menganjurkan, menjulurkan, menyembulkan (kepala dll): ~ lidah utk menjilat; lazimnya, batang tumbuh tegak ke atas dan ~ daun-daun ke satu arah yg sesuai utk mendapat sebanyak-banyak cahaya; ia memanjangkan badannya yg di bahagian haluan dan ~ kepalanya; 3. memanjangkan, memperpanjang (masa, perbincangan, dll): jika perlu, waktu perundingan itu boleh dihulurkan sampai beberapa hari lagi; 4. mengunjukkan, memberikan (dgn tangan dianjurkan): ia mengambil segelas air dan ~nya kpd suaminya; ~ pertolongan; 5. Mn menghantar atau membawa sesuatu utk: ~ makanan ayah ke kebun; 6. menuruti (kehendak, hawa nafsu, dll): jangan dihulurkan sangat kehendak orang itu; ~ tangan a) menganjurkan tangan (utk bersalaman dll); b) memberikan bantuan, membantu; c) berbaik-baik kembali; huluran sesuatu yg dihulurkan, bantuan, pemberian, pertolongan; penghuluran perihal atau perbuatan menghulur(kan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tunjuk | ; ~ ajar segala macam nasihat dan ajaran. ~ muka hadir di sesuatu majlis sekejap saja. ~ perasaan perbuatan menyatakan pendapat dgn mengadakan perarakan, rapat umum dll; demonstrasi. bertunjuk-tunjukan 1 saling memperlihatkan diri. 2 saling mengacukan jari kpd satu sama lain. menunjuk 1 mengarahkan jari telunjuk ke: Jarinya ~ ke bangunan parlimen. 2 memberitahu dgn mengarahkan sesuatu ke: Jarum pendek dan jarum panjang ~ ke angka dua belas. 3 mengemukakan atau menyatakan sesuatu) sbg alasan; mengingatkan (sesuatu) dgn bukti; merujuk: Ia ~ Fasal 35 sbg dasar tindakannya itu. 4 menentukan sesiapa yg diberi tugas, dipilih, diangkat dsb: Perdana Menteri telah ~ dua orang sbg wakilnya. menunjuk-nunjuk suka memperlihatkan kelebihan diri sendiri. menunjuki memberitahu seseorang cara melakukan sesuatu; menasihati: Ali ~ adiknya cara membuat hitungan itu. menunjukkan 1 memperlihatkan sesuatu kpd: Ia ~ baju jahitannya kpd emaknya. 2 menunjuk dgn; menggunakan sesuatu utk menunjuk. 3 memberikan keterangan atau penjelasan: Ia ~ cara membuat gubahan itu. 4 menyatakan; menandakan: Kesalahannya menjawab soalan-soalan itu ~ bahawa ia tidak membaca buku di rumah. 5 memberitahukan tempat letaknya atau arah sesuatu: Polis itu ~ jalan ke pejabat pos. mempertunjukkan 1 menjadikan sesuatu (spt wayang, lakonan, tarian) dpt ditunjukkan: Rombongan itu akan ~ beberapa tarian daerah. 2 memperlihatkan barang-barang; mempamerkan: Mereka telah ~ barang-barang buatan tempatan. pertunjukan 1 sesuatu spt wayang, sandiwara yg dipertunjukkan atau yg dipertontonkan: ~ wayang itu habis pd pukul 10.00 malam. 2 benda-benda yg diperlihatkan. 3 pameran: ~ buku diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka. penunjukan perbuatan (hal dsb) menunjuk atau menunjukkan. petunjuk 1 tanda atau isyarat yg memberitahukan sesuatu: Semua pemandu mesti patuh pd ~-~ jalan raya. 2 ajaran atau nasihat: ~ guru itu jangan disia-siakan. 3 sesuatu yg menjadi panduan utk melakukan sesuatu; rujukan: Buku ini menjadi ~ kpd penuntut-penuntut. penunjuk 1 alat yg digunakan utk menunjuk atau menunjukkan: jarum ~ kelajuan. 2 orang yg menunjuk atau menunjukkan. ~ jalan a. orang yg menunjukkan jalan; mualim. b. tanda panah utk menunjukkan jalan. ~ perasaan orang yg mengadakan tunjuk perasaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| cari | 1. bp berusaha utk mendapat (menjumpai dll) sesuatu: di serata tempat saya ~ tapi tidak bertemu; 2. Mn harta milik (pencarian); ~ bagi harta pencarian yg dibahagi dua antara suami isteri (sewaktu bercerai); bercari Mn dicari (bkn persetujuan); kata dahulu bertepati, kata kemudian kata ~ prb janji mesti ditepati, hanya boleh diubah apabila sudah dirundingkan; bercari-cari dicari-cari, diada-adakan, dibuat-buat: perkara yg ~; bercari-carian saling berusaha mencari; mencari 1. berusaha utk mendapat (memperoleh) sesuatu, melihat ke sana sini dan berusaha supaya menjumpai atau mendapat kembali sesuatu yg hilang atau tidak diketahui mana perginya; 2. mengada-adakan sesuatu, sengaja menimbulkan (mengadakan): dia memang suka ~ gaduh di tempat orang ramai; ~ akal (fikiran, jalan) berusaha mendapat cara utk mencapai tujuan; ~ bala = ~ susah membuat sesuatu yg akhirnya menyusahkan; ~ daya upaya = ~ ikhtiar berusaha sungguh-sungguh; ~ enaknya (senangnya) sahaja tidak memikirkan susahnya (hanya memikirkan enaknya sahaja); ~ fasal = ~ gaduh = ~ lantaran = ~ perkara = ~ salah = ~ sebab = ~ selisih = ~ seteru berbuat sesuatu utk menimbulkan pergaduhan (permusuhan, pertengkaran, dll); ~ helah (alasan) memikirkan sesuatu utk dijadikan sebab atau alas an (melakukan atau tidak melakukan sesuatu); ~ hitungan menyelesaikan soalan hitungan (kira-kira); ~ kesalahan = ~ salah berusaha utk mengetahui kesalahan orang; ~ ketam (burung, udang, dll) menangkap ketam (burung, udang, dll); ~ laba (untung, wang) berusaha (bekerja) utk mendapat laba (untung), berusaha (bekerja) utk memperoleh rezeki; ~ muka melakukan sesuatu dgn tujuan mendapat pujian (drpd majikan dll); ~ nama berbuat sesuatu (berusaha) utk mendapat nama (sanjungan, kemasyhuran) drpd orang; ~ punca berusaha utk mengetahui sebab-sebab (kejadian, perselisihan, dll); ~ tahu hendak tahu akan hal sesuatu; enau ~ sigai prb perempuan mencari laki-laki; mencari-cari 1. mencari dgn bersungguhsungguh, terus mencari: dia pergi ke mejanya, ~ sesuatu; 2. sengaja mengadakan (helah, sebab, dll), mengada-adakan (hal, alasan, dll); mencarikan mencari sesuatu utk: Batin Itamitulah yg amat mengambil berat ~ emak ubat kelat, serta mengubatinya; tercari-cari (sedang) mencari dgn sungguh-sungguh, (sedang) giat mencari; carian sesuatu yg dicari; ~ bujang harta yg diperoleh sebelum berkahwin; pencarian 1. perihal mencari: tahun 1950 hingga kini adalah sejarah ~ penyesuaian; 2. = mata ~ pekerjaan yg dibuat sehari-hari utk penghidupan: ~ orang di sana menoreh getah; 3. pendapatan, hasil pekerjaan: ~nya yg sedikit menghalang ia menghantar anaknya ke universiti; pencari 1. orang yg mencari sesuatu yg abstrak (kebenaran, haluan, dll): ~ kebenaran ini diumpamakan spt orang buta; 2. orang yg mendapatkan nafkah (rezeki dll) utk menyara keluarga: lelaki dikatakan bekerja sbg ~ nafkah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |