| fetus | /fétus/ ist anak haiwan viviparus yg belum dilahirkan, iaitu selepas peringkat embrio (pd manusia, anak itu berumur antara tujuh minggu selepas persenyawaan hingga waktu dilahirkan). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| fetus | (fétus) (Bio) anak haiwan viviparus (haiwan yg melahirkan anak) yg belum dilahirkan, iaitu selepas peringkat embrio (pd manusia anak itu berumur antara tujuh minggu selepas persenyawaan sehingga saat kelahiran). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| embriotomi | (émbriotomi) pemotongan anggota fetus yg tersekat utk memudahkannya keluar dr rahim. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| malformasi | ist pembentukan organ secara tidak normal semasa perkembangan fetus. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| malformasi | (Bio) pembentukan organ secara tidak normal semasa perkembangan fetus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| distosia | (Ubat) proses bersalin yg sukar dan lambat disebabkan oleh pelbagai masalah, spt kontraksi rahim yg tidak berkesan dan ketaknormalan saiz fetus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |