| aliran(flow) | Pergerakan objek atau peristiwa dari satu titik ke titik lain secara berjujukan. | Kamus Komputer |
| gambar rajah alir(flow diagram) | Lihat carta alir. | Kamus Komputer |
| aliran utama(primary flow) | Aliran data atau pengendalian yang ditentukan oleh sifat utama sistem yang digunakan. | Kamus Komputer |
| aliran kembali(return flow) | Hala data atau pengendalian pemprosesan yang sedang kembali ke tempat permulaan untuk memulakan pemprosesan semula. | Kamus Komputer |
| aliran dwiarah(bidirectional flow) | Aliran data atau atur cara melalui saluran yang sama tetapi mengikut dua arah yang bertentangan. | Kamus Komputer |
| aliran data(data flow) | Laluan yang diambil oleh data menerusi modul-modul sistem sewaktu berlangsungnya pemprosesan. | Kamus Komputer |
| gambar rajah alir dinamik(dynamic flow diagram) | Rajah yang menunjukkan fasa aliran pengendalian mengikut masa bagi atur cara komputer. | Kamus Komputer |
| gambar rajah alir data(data flow diagram) | Perwakilan grafik bagi sistem perisian komputer yang dapat menunjukkan punca data, lubuk data, storan data, proses yang dilakukan kepada data, dan aliran logik data di antara nod-nod data. Gambar rajah ini digunakan oleh juruanalisis sistem sebagai perkakas grafik untuk menyatakan pengaliran data dalam sesuatu sistem. Singkatan DFD. | Kamus Komputer |
| DFD | Singkatan bagi data flow diagram. Lihat gambar rajah aliran data. | Kamus Komputer |