| BNF | Singkatan bagi Backus-Naur form atau Backus-normal form. Lihat bentuk Backus-Naur. | Kamus Komputer |
| borang(form) | Dokumen terformat dalam bentuk kertas atau elektronik untuk merakamkan nilai atau data dalam bentuk yang kemas dan berstruktur. | Kamus Komputer |
| bentuk(form) | 1. Rupa bentuk objek dalam grafik komputer. 2. Format atur cara komputer. | Kamus Komputer |
| suap borang(form feed) | Sistem penyaluran kertas cetakan pada semua pencetak komputer yang membolehkan kertas cetakan digerakkan ke baris pertama halaman borang kertas cetakan yang mengekor. Ini membolehkan halaman yang terdahulu dipisahkan daripada helaian utama. Suap borang ini boleh digerakkan sama ada dengan menekan butang khas pada pencetak atau apabila pencetak menerima kod aksara suap borang daripada komputer. | Kamus Komputer |
| penyuapan borang(form feeding) | Tindakan menyusun dan memasukkan borang atau kertas cetakan secara automatik dengan pantas dan jitu ke dalam pencetak. | Kamus Komputer |
| bentuk berkanun(canonic form) | Bentuk persembahan fungsi, litar, atau gambar rajah dalam rupa bentuk piawai, bentuk yang biasa digunakan, atau bentuk yang paling ringkas. | Kamus Komputer |
| bentuk bebas(free form) | 1. Pengimbas optik yang kendalian pengimbasannya dikawal oleh simbol yang dimasukkan oleh peranti input pada waktu input data. 2. Tindakan mewujudkan objek secara bebas. | Kamus Komputer |
| aksara suap borang(form feed character) | Aksara kawalan yang memberitahu pencetak supaya menggerakkan kertas cetakan ke baris pertama halaman baru yang berikut. | Kamus Komputer |
| FF | Singkatan bagi form feed. Lihat suap borang. 2. Singkatan bagi flip-flop. | Kamus Komputer |
| atur cara surat acuan(form-letter program) | Atur cara automasi pejabat yang berfungsi menjana surat piawai yang dibentuk daripada surat acuan dan data. | Kamus Komputer |