| geometri | /geométri/ sains ttg perhubungan dan sifat-sifat garisan, sudut, permukaan dan bongkah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| geometri | (géométri) cabang matematik yg berkaitan dgn ukuran, sifat-sifat hubungan titik, garis, sudut, permukaan dan bongkah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| geometri | /géométri/ sains ttg perhubungan dan sifat-sifat garisan, sudut, permukaan dan bongkah. | Kamus Pelajar |
| kuboid | (Mat) bongkah geometri yg enam permukaannya berbentuk segi empat bujur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| teorem | prinsip dlm ilmu geometri yg telah dibuktikan secara logis: ~ Pythagoras. | Kamus Pelajar |
| teorem | (téorem) (Mat) prinsip (dlm ilmu geometri) yg telah dibuktikan secara logik; ~ binomial rumus yg membolehkan sesuatu ungkapan binomial digandakan dgn tidak perlu didarab berkali-kali; ~ Pythagoras teorem yg menyatakan bahawa pd segi tiga yg bersudut tepat luas segi empat sama pd garisan sendengnya sama dgn jumlah luas segi empat sama pd sempadan-sempadan sudut tepat itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| paksi(axis) | Garis rujukan bagi satah sistem geometri atau graf. | Kamus Komputer |
| paksi simetri | garis khayalan yg terdapat pd rajah geometri yg simetri. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| sinampipin | corak anyaman kaum Murut di Sarawak yg berunsurkan geometri berbentuk segi tiga tepat yg condong. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sinambalas | corak tenunan kaum Dusun dan Kadazan di Sabah yg berunsurkan geometri berbentuk jalur tanpa ruang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |