| penghindaran | perihal (perbuatan) menghindarkan (menghindari). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| rempuhan | desakan, langgaran, serbuan: semuanya lari bercempera kerana menghindarkan diri drpd ~ lembu; rambutnya kusut kerana ~ di pintu bas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pembolotan | perihal atau perbuatan membolot (membalut, menggondol, memperoleh, dll): ketua-ketua Ghee Hin tidak berasa senang melihat ~ pajak oleh ketua-ketua orang Khek; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| berlawanan | 1. bertentangan, tidak sehaluan atau sama: pendapatnya ~ dgn apa yg dipercayai oleh ibunya; 2. berlumba (utk mencapai matlamat yg sama), bersaingan (dlm perniagaan dll): kumpulan Ghee Hin ialah puak yg ~ dgn kumpulan Hai San; 3. berlainan sekali, bertentangan (arah, sifat, tujuan, dll): kerana perangai kami yg ~ inilah agaknya rapat benar persahabatan kami; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| bolot | ; membolot 1. membalut, membungkus (dgn tergesa-gesa): badan dan kepala mereka dibolotnya dgn daun ribu-ribu; 2. memenangi, menggondol, memperoleh: dia telah berjaya ~ hampir-hampir semua hadiah; mereka itu ~ getah orang kampung dgn bayaran yg amat rendah;pembolotan perihal atau perbuatan membolot (membalut, menggondol, memperoleh, dll): ketua-ketua Ghee Hin tidak berasa senang melihat ~ pajak oleh ketua-ketua orang Khek;pembolot orang (kumpulan, pasukan, dsb) yg membolot. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| rempuh | ; berempuh-rempuh, berempuh-rempuhan berasak-asakan (berebut-rebut) hendak mendahului: ~ membeli tiket; Pak Mat berempuh-rempuhan dgn penumpang-penumpang yg berebut tempat duduk; merempuh menempuh (mencari jalan dll) dgn paksa, mengharung, menyerbu: kami ~ masuk; kami berjalan ~ orang ramai; ~ rintangan kawat berduri; ~ maut tidak mempedulikan keselamatan jiwa; rempuhan desakan, langgaran, serbuan: semuanya lari bercempera kerana menghindarkan diri drpd ~ lembu; rambutnya kusut kerana ~ di pintu bas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| hindar | pergi (dlm maksud menyuruh), nyah; menghindar pergi, mengelak, menyingkir, menyisih: seolah-olah kesakitannya telah ~ dr dirinya; menghindari mengelak supaya terbias drpd (kecelakaan, serangan, dll), menjauhkan diri drpd: pertempuran antara kita sama kita hanya dapat dihindari kalau saudara-saudara undur dr sini; menghindarkan mengelakkan (menjauhkan, menyingkirkan) drpd, membiarkan: angkatan udara kita telah dapat ~ pengeboman atas ibu kota; jawaban yg demikian sebenarnya tidak dapat mengelakkan pertanyaan dan ~ persoalan; terhindar terluput (terlepas, bebas) drpd: Yahya ~ drpd maut; terhindarkan dapat dihindarkan: kesukaran yg ~; penghindaran perihal (perbuatan) menghindarkan (menghindari). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| lawan | 1. pasangan yg tepat, jodoh: ulam ~nya sambal; ~ menari pasangan menari; 2. imbangan, tandingan: kecantikan gadis itu tidak ada ~nya di kampung kami; 3. musuh (dlm peperangan, permainan, sukan, dll), tentangan: tuan telah berjaya mengalahkan ~ tuan; 4. tentangan (spt laki-laki dgn perempuan), kebalikannya: kecil ~nya besar; gelap ~nya terang; 5. = melawan: jikalau dapat, kami ~; jikalau tidak dapat, kami berlepas diri; ~ asas Id bertentangan dgn yg lazim (pendapat dll); ~ hukum a) melawan hak; b) Id melanggar hukum; ~ politik tentangan dlm politik; berlawan 1. mempunyai lawan (tandingan dll): hulubalang terlalu perkasa tiada ~ di dlm negeri; 2. bersalahan (pd hukum, undang-undang, dll), bertentangan dgn: perbuatan yg ~ dgn undang-undang; 3. bertanding (dlm permainan dll), beradu: Baba Melaka telah ~ pantun dgn orang dr Kedah; ~ senjata; berlawanan 1. bertentangan, tidak sehaluan atau sama: pendapatnya ~ dgn apa yg dipercayai oleh ibunya; 2. berlumba (utk mencapai matlamat yg sama), bersaingan (dlm perniagaan dll): kumpulan Ghee Hin ialah puak yg ~ dgn kumpulan Hai San; 3. berlainan sekali, bertentangan (arah, sifat, tujuan, dll): kerana perangai kami yg ~ inilah agaknya rapat benar persahabatan kami; berlawankan sl menentang utk, berlawan kerana: kurang ia ~ Duli Yang Dipertuan lebih ia ~ anak isterinya bersungguh-sungguh; melawan 1. menentang (musuh, lawan, dll), menyangkal: yg hamba harap hanya ia juga akan ~ segala seteru hamba; tidak baik ~ kedua-dua ibu bapa; ~ kuman penyakit; 2. melayan (berbual dll), membuat kawan (bercakap dll): orang-orang yg dilawannya berbicara itu terdiri drpd orang-orang yg tidak berapa biasa dengannya; 3. menandingi (dlm perniagaan, perjalanan, dll), menyaingi (utk menyamai atau melebihi yg lain), beradu dgn; melawani sl menentang akan, melawan akan, memusuhi: surat ini hendak pun tidak dilawani, takut mudarat ke atas nyawa; memperlawankan 1. membuat supaya berkelahi (bermusuh, berlaga, dll), memperlagakan, mengadu; 2. menjadikan bertentangan (berlawanan dll); kelawanan ark kebolehan (kecekapan, kesanggupan) utk melawan atau berlawan; perlawanan 1. perihal melawan (menentang musuh dll), tentangan: Rommel kembali ke Jerman utk memimpin ~ terhadap pendaratan pasukan-pasukan pihak Berikat; pemerintahan Belanda di Indonesia menyerah kpd tentera Jepun dgn tidak mengadakan ~ yg tegas; 2. pertandingan (sukan dll), peraduan: pasukan hoki tersebut akan mengadakan ~ persahabatan di Melaka; 3. perihal berlawanan (spt siang dgn malam dll), pertentangan (makna dll): ~ kata; pelawan (orang yg) suka melawan atau menentang, orang dll yg dijadikan lawan, penentang, pembantah, penyangkal: diperoleh ayam akan ~ ayam Raja Chulan itu; anak ~ anak derhaka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |